Bangun Daripada Kesedihan... Yeh!


Sebelum memulakan entry kali ni, apa kata kita nyanyi dulu lagu Genggam daripada ACAB.

Terkenang bersama mengejar pelangi
menempuhi rintangan onak berduri
kesabaran mengiringi
menanti terbitnya mentari

Telahku masih mengejar impinan ini
harapan ku ini masih belum lagi mati
tak mudah melupai
erti perjuangan ini

Genggam...tanganku
kubawa...bangunkan kau semula

Genggamlah...
tanganku...
ku...bawa...kau semula...

Terkenang bersama mengejar pelangi
menempuhi rintangan onak berduri
percaya kata ku ini
kan ku bawa kau kembali

Genggam...tanganku
ku..bawa...bangunkan kau semula

Genggamlah...
tanganku...
ku..bawa...kau semula...

Well, aku dah lari daripada perasaan down sejak pagi tadi. Terima kasih aku ucapkan kepada semua rakan blogger kerana sudi memberikan kata-kata nasihat yang begitu membantu mengembalikan semangat aku untuk bangkit semula. Ingat, setiap kritikan yang dilepaskan kepada diri kita sebenarnya harus kita jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dan perbetulkan segala kesilapan yang kita lakukan waktu lepas. Anggap semua kritikan itu positif walaupun sesetengah kritikan itu hanyalah kritikan yang dipenuhi kata-kata kurang sopan dan kurang membina. Eh? Ada ke kritikan kurang membina?

Semasa aku tulis entry ni, aku baru balik daripada keluar beli roti dan topup kat Pekan Kuala Lipis. Rempit dari IPGM dalam keadaan hujan renyai-renyai tapi tetap naik 90kmj. Bahaya! Tapi itulah, orang tua nasihat tak nak dengar. Aku memang camtu, selagi tak kena pada diri sendiri selagi tu tak nak dengar nasihat. On the way balik daripada Pekan Kuala Lipis, ada satu kemalangan baru berlaku. Uiks! Tak sampai 10 minit aku lalu jalan tu tadi dah ada orang eksiden. Sebuah kereta melanggar penghadang jalan di tepi selekoh. Sumpah taubat lepas blah jek dari lokasi eksiden tu, aku rempit 40-50kmj jek. Skema rama aku bawak motor. Heh! Jika aku rempit lagi waktu hujan, adakah aku masih membawa motor pada kelajuan 40kmj? Susah nak jawab. Hehee...

Gambar hiasan jek.. :P

Pengajaran yang aku dapat, bawaklah motor slow-slow sewaktu hujan renyai turun. Kalau hujan baru nak turun? Pecut habis-habis supaya selamat sampai ke tempat berteduh. Hihi... Siang tadi aku dan member seperjuangan rempit ke Lata Meraung. Memang cun tempat tu. Esok lusa aku cerita kat blog ni. Nak cerita sekarang gambar tak sempat ambik daripada kawan-kawan.

Akhir sekali, masa aku tengah edit nak post entry ni, aku baru habis siapkan workgroup untuk Bahan Bantu Mengajar Literasi Bahasa. Fuh! Siap jugak untuk alat kad selak. Esok alat kedua roda impian plak menyusul. Isnin ni kalau tak jadi perbentangan untuk alat ni, siap! Hehehe.. Gurau jek encik pensyarah yek. Jangan potong markah sahsiah sudah… :P

*aku nak mintak maaf la kalau aku menjeng sangat dalam entry yang lepas tu. Tapi cikgu aku cakap kalau rasa sedih kita kena luahkan kepada kawan kita atau tulis jek kat mana-mana supaya perasaan sedih tu tak menguasai kita dan semakin berkurangan. Peace!

*rempit bukan bermaksud merempit tetapi membawa maksud jalan-jalan atau menunggang motosikal. Heh!

*update: segala isi entry ni merupakan perjalanan hidup aku daripada pukul 8.30 malam hingga 12.00 tgh malam, 1/8/2009

Comments

Nadiene said…
ko ingat lagi tak senior kite kat hostel dulu,, diowang bace knowledge skin head (skin head again rational predation)..name majalah tu ' jatuh, bangun , lari bersama" ..mmm, yg aku nak gtau,skin head pon ade falsafah even diowang ganas & anti goverment .. ni kan pula kita yg tepelajar,, huuh.. sedih pembawa semangat!!!
Admin said…
hehe dilla tekun wt keje tuh!!
cean die xnpak muke ambik gmba,,
hehe..
adilah md shah said…
salam..alhamdulillah...macam nila..baca tajuk en3 pun dah tahu ayish ni besemangat..kalau rasa down lg ingatlah tu baru sikit ujian dari Allah supaya ayish xlalai..ok...heppi2!! tp beringat..chaiyok2..
bagus bro..
takpe..
x salah nak beremosi..
luahkan je la kan..
kita kan negara demokrasi..
kite bebas bersuara..
Cik Yaya said…
cmtu la bro~
tamo nanges2..
hahahaha~~~~
TerubukMasin said…
bro..lu tkyh nk down2 lae..lu kena keraskn hati...lu tu nk jadi cegukn,kena tahan bro..

p/s bro, lu minat bola ke..gua nk cari peminat MU..gua dh nk naik demam nie...EPL dh nk start..
Deqna said…
=))))


suke hati bile tgk Ayisy gembire..
teruskan..


;)
ayisy said…
Opss! Sory lambat respon komen korang. Hari ni aku bz wat kerja utk submit esok. Iye! Kita tak boleh terlalu bersedih dgn apa yg terjadi. Cuba bangkit semula dengan semangat baru! Daus, kalau dengar lagu Skin Head, ada gak faedahnya. Ada tujuan dan maksud yg baik. Bukan macam lagu2 artis yg bermotifkan cinta semata-mata. Hahaha...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???