SBE dan Aku Seorang Jawa Tegar. Kah3!


Kabare Wak Mustar!!!

Oh... Esok merupakan hari pertama aku untuk SBE semester ni. SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis Pahang, wait for me bebeh! Dan, pemakaian penutup muka adalah amat penting ketika berada di sekolah. Selesa atau tidak itu tidak penting, yang penting virus selesema babi a.k.a jabit perlu dijauhi. Di saat selesema babi ini mencokot manusia, tokey-tokey pembuat topeng penutup muka mungkin sedang tersenyum sendirian kerana barang mereka laris di pasaran. Huh! RM3 untuk 5 keping topeng? Itulah harga yang aku laburkan untuk membelinya semalam.

Beginilah realiti hidup. Orang yang berfikiran jauh akan mencari peluang dalam masalah. Contoh mudah kes di atas. Aku? Apa peluang yang aku cari dalam masalah selesema H1N1? Menulis artikel mengenai H1N1? Ramai yang sudah menulis. Buat vaksin H1N1? Biologi aku hanya B3 ketika SPM. Mencari peluang untuk bercuti kerana H1N1? Heh!

Topik lain pula. Siapa di sini yang berketurunan Jawa? Hah! Mungkin ada di antara korang yang sudah tahu penulis blog ini berkuturunan Jawa tegar. Kabare wak? Golek opo? Heheh... Maaflah, vocab Jawa aku amat membanggakan. Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku dapat semalam. Sebuah lagu bertajuk Hari Ini Dan Semalam tetapi dalam versi Jawa. Dinyanyikan oleh Jalil Hamid. Lagu ni dah lama tapi aku baru tahu semalam. Kelakar, funny, lawak dan best! 5 bintang untuk lagu ni. Sayang nak dengar lagu ni? Play kat box bawah ni ehh.. :)


gambar gua ambil daripada : kembara-giantpolar.blogspot.com

Comments

paraxixth said…
gua jawa juga. ini lagu hari ini dan semalam.

nyong paham sitik-sitik jowo nie.
ngomong nyong tak ngerti.
zetty said…
org pun jawa jgk...
tp kn..org kurang ckit nk pham ape y org ckp...nk ckp ape ntah lg...hehehee...
tp ape2 pun..lgu tue mmang best...lawak2...hahahah
pelangi hafyza said…
aik??
buat sbe kat lipis ke??
ingat x saba nk blik bp?
hik3..
Precious said…
Haku suker mee jawa dan rojak jawa ...
err..
saya bukan orang jawa laaa..
adesss~
aZRi aZLaN said…
aku jawa.

dah mention pun kat previous entry aku.

tp kan aku xreti nk ckp dan xreti nak faham apa yg orang cakap.
ayisy said…
haha.. paraxixth, zetty dan azri azlan wong jowo ehh? Pass tangan beb! Hehehe...

A'ah, buat kat Kuala Lipis jek. Batu Pahat ada H1N1. Hahaha..

Azri, ko pun wong Jowo? Hahaha.. Sedare la kita.. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???