Ooi Burger Tepi Jalan.!


*kredit to wattakthudey.blogspot.com

Kenapa Ayisy cakap burger tepi jalan? Kenapa tak cakap burger Mc... Mc apa ekk. Haha.. Orait! Siyes! Sebabnya semalam Ayisy makan burger tepi jalan. Ntah kenapa tiba-tiba malam semalam perut lapar. Malas punyer pasal nak pergi cari nasi, tu yang pergi usha burger tepi jalan. Dan entry ni bukanlah entry yang ditujukan khas untuk memboikot restoran-restoran terkenal yang menjual burger bertingkat-tingkat tu. Hihi..

Burger aku yang siap sedia untuk dibuka.

Hee.. Ok, antara sebab kenapa Ayisy suka sama itu burger tepi jalan adalah sebabnya ia tersangatlah sedap dan berkualiti. Kualiti di sini bukan kualiti macam burger tepi jalan yang biasa-biasa tu atau macam burger tepi jalan dulu-dulu. Yang ni lain punya beb, rasa standard burger kat restoran terkenal tu. Yang paling penting adalah harganya yang cuma rm2.40, tiga atau empat kali ganda lebih murah daripada harga kat restoran tu.

Yahhh! Tu dia. Burger ayam aku yang comel.

Tapi yang memusykilkan Ayisy la, kenapa burger tepi jalan kurang popular dan tidak mendapat sambutan hangat? Kalau burger kat restoran walaupun tak sedap dan mahal nak mampos tapi tetap hot! Mungkin orang kita ni terpengaruh sangat dengan iklan dan menganggap burger kat tepi jalan tak standard. Apa class burger tepi jalan yer makcik? Class tak class. Sedap ke tak sedap ke tetap nak burger restoran Mc.. Mc apa ekk..? Lupa lagi la plak. Menda la mentaliti macam tu. Patutnye kita support la kawan-kawan kita yang baru nak mula bisnes burger tepi jalan tu ye tak…

Sos melimpah ruah macam da*r*h. Uuuuuuw..

Haha... Ayisy cerita benda alah ni bukan apa sebab Ayisy dah lama tak makan burger tepi jalan. Tu yang bila makan semalam mak aih rasa macam tak percaya plak burger tepi jalan standard dah sama macam kat restoran. Malas nak cerita panjang, Ayisy nak promote kat korang semua marilah kita support burger tepi jalan yang sangat style tu. Bukan rugi apa pun kan, lagipun yang jual tu orang Melayu gak so tolong menolong la kan. Bagi perniagaan diaorang maju dan meletop. Yehh!

Makanan seimbang susu+burger ayam

*Malam ni makan burger tepi jalan lagi sebab dah gian sambil layan lagu Ikenai Taiyou dari Orange Range (soundtrack Hana Kimi). Yaaaaakkkhhhh! Naananananaaananauu…! Nak layan gak? Klik sini.

**Makan burger biar berpada-pada. Kalau tak badan boleh tembam. Ayisy takpelah sebab maintain cekeding jek.

***vote for burger ramly!

Comments

paan said…
kurang setuju la..aku rasa burger tepi jalan memang popular la.huhu
Mizah Ady said…
sy pon pminat burger tepi jln :)
PK said…
slm..
Bakal guru dik arr atau dh jadi guru???hehe...blajar bebaik ekk..jgn kuat sangat makan burger tu..slm kenal..
huhu..
ni yg nak mintak ko blanje ak beger ni..
huhu..
ayisy said…
yeeh! sokonglah burger tepi jalan!
burger pon ada ke, kah3x...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???