Wednesday, 15 July 2009

Graffiti Islamic Dan Khat


Bro yang lukis khat graffiti ni.. Style!

Assalamualaikum. Ingat entry Ayisy yang lepas berkaitan graffiti? Kalau ingat, apa pandangan korang terhadap graffiti? Mungkin orang yang skema dan tidak terpengaruh dengan serba sedikit budaya barat akan mengatakan buang masa dan tak berfaedah benda alah bernama graffiti tu. Golongan berfikiran perasan diaorang bagus pula akan mengatakan graffiti itu vandalisme dan negatif. Tak dinafikan sebilangan remaja yang terlibat dengan budaya sebegini terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan vandalisme. Tapi ingat, bukan semua sebegitu. Ala.. perkataan macam ni mesti korang dah muak dengar kan? "Tak semua" ,"Tak semua macam tu...", "Ada yang baik, ada yang jahat."

Mesej positif yang ingin disampaikan.. :)

Baiklah. Kenapa bila yang negatif kita perlu kecoh-kecohkan? Yang positif kita tak nak kecohkan plak. Sama macam surat khabar dan tv sekarang, selalu cerita keburukan orang. Kebaikan orang payah pulak nak cerita. Kenapa yang selalu kita lihat dan baca adalah cerita mengenai remaja bergaduh, ponteng dan mencuri. Kenapa tidak cerita tentang pelajar yang membantu insan-insan memerlukan dan juga pelajar-pelajar yang berjaya di sekolah.Yup! Mungkin ada tapi kurang. Dan yang ada tu pulak biasanya keluar masa keputusan peperiksaan besar macam SPM. Hampeh... Sama dengan cerita pasal guru. Ohhh, bila guru buat salah, kecoh satu kampung. Tapi kalau guru buat baik, ada nak kecoh?

Mesej keamanan tertera dalam khat graffiti ni.. :)

Ehhh.. Terlajak perahu plak. Takper-takper kita dayung terus. Heee... Berbalik kepada tajuk entry kali ni. Korang pernah terbayang atau terfikir tak yang seni graffiti tu boleh kita masukkan unsur-unsur Islam kedalamnya. Mungkin selama ni graffiti banyak bermotifkan ketidakpuas hati individu, mengandungi kata-kata kurang elok dan senang cerita tidak mempunyai makna yang baik. Tapi semalam Ayisy terbaca artikel mengenai khat graffiti. Fulamakk.. Mesti style weyy..! Korang boleh baca kat sini.

Pastu apalagi, Ayisy pun research la kat internet. Rupenyer dah banyak orang yang buat khat graffiti. Ceh! Baru Ayisy perasan. So, apalagi kawan-kawan yang reti lukis graffiti, cuba la korang lukis khat graffiti kat tempat macam sekolah ke, ipgm ke, ipta ke.. Kompom style mile...! Hik3!

Style yoo.. Hehehe...

Dengan bangganya, Ayisy kasi korang tengok betapa stylenyer khat graffiti ni. Rasa-rasa Ayisy nak belajar buat lah. Hehe... K, sekian dulu untuk entry kali ni. Terima kasih!

Gambar-gambar diambil daripada:


5 comments:

♥♥me ~ cik sara said...

oo..nice la graffiti khat tu..
kreatif n optimistic..kn..

ayisy said...

Yess.. Ayisy tambah lagi, STYLE! Hehehe..

pejuangkesan said...

slm Ayisy..

Memang kreatif...ko nk cuba wt kat mana dik..habis kang dinding IP tmpt ko tu..hehehe..

ayisy said...

hehehe... kalau aku buat kat ipgm, mati kena sound dengan pengarah... :p

FiNa said...

smarttttttttttt...