Monday, 13 July 2009

Buat Graffiti Jom!


Yo! Wassup! Hee.. Korang jangan ingat Ayisy mat hip hop plak. Saja cakap camtu sebab hari ni Ayisy nak kongsi satu benda yang Ayisy baru jumpa iaitu website yang membolehkan korang buat graffiti dengan mudah. Korang tahu apa tu graffiti? Graffiti adalah contengan atau lukisan di dinding-dinding bangunan, rumah atau kedai. Kalau korang tengok header blog Ayisy, haa.. tu la graffiti. Huhu... Dan yang paling membanggakan Ayisy, sebelum menulis artikel ni, Ayisy pergi search maklumat berkaitan graffiti, jadi Ayisy terjumpa satu artikel mengatakan sekumpulan remaja yang berasal dari Batu Pahat Johor memulakan langkah pertama dalam bidang seni graffiti di Malaysia. Huuuhuu! Yoo! Yoo! Ya! Auu..Auuu! Tak percaya, jom usha laman web ni. Klik sini. Patotlah hip hop hot gila area tahun 2001-2003 dulu kat BP! Style yoo.. Ceh..!


Korang minat dengan graffiti? Tapi tak reti nak lukis atau lukisan korang tak smart? Takper, sekarang dah canggih, korang tak payah cari dinding rumah orang, kedai orang atau sekolah untuk melepaskan gian melukis graffiti. Gunakan kemudahan teknologi maklumat yang ada. Dan yang paling penting, korang tak perlu takut kena marah dengan pihak berkuasa yang jeles sebab mereka tak dapat lukis secantik korang di dinding-dinding bangunan. Haha..

Ok, kalau yang dah gian nak lukis graffiti tapi takda bajet nak beli alatnya atau takder tempat, boleh layari website ni http://www.graffiticreator.net/. Bagi Ayisy,website ni memang d'bomm! Senang, mesra pengguna dan style. Korang hanya perlu pilih style yang diminati, taip perkataan yang korang nak, tekan generate dan design sendiri ikut suka hati korang. Nak print pun boleh. Hehe...

Lain-lain website yang boleh diusha adalah:

Kepada hardcore hip-hop, mungkin korang takder masalah membaca tulisan pada graffiti. Tapi yang langsung tak pernah ambil tahu apa itu graffiti, mungkin akan cakap, menda la tulisan ni. Macam ulat gendon, tak paham! Sakit mata baca! Mak aih..tulisan sanskrit ke apa ni? Kemon la... Dah tak minat boleh blah. Hehe.. Gurau jek. Lain orang lain minat ye tak. Peace! Ayisy pun sejak dua menjak ni baru minat seni graffiti. Apsal ntah.


Emm. Kenapa la Ayisy boleh cerita benda ni ekk. Oh.. Ayisy sedang terkenang zaman persekolahan yang penuh dengan kenangan manis. Antaranya? Zaman hip hop la beb! Kasut Nike AirForce, Adidas Superstar dan Adidas Stan Smith.... Memang tak dapat dipisahkan dengan zaman tersebut. Lagu-lagu rap berkumandang di corong-corong radio dan paling style member Ayisy buat lagu rap dan rakam. Tajuknya apa ekk? PERGI... Tu kot tajuknya. Woii budak SDBL, Ayisy nak lagu tu... Azri! Tahu tak lagu tu? Budak kelas kau kan yang buat... Kalau ada send kat Ayisy ok.

Orait.. See you next time bro! Enjoy your life!

*picture kredit to:
free-graffiti-creator.blogspot.com
www.graffitimuseum.com

10 comments:

paan said...

panjangnya post..aku minat grafiti..leh wat satu utk header blog.

ayisy said...

huhu.. panjang ke? entry ni aku tulis tanpa perancangan. Main taip jek... :)

Nur Hidayah said...

lovr grafitti....by the way..sepupu yaya ader msuk ipgm k.lipis..so buli je la..haha...gelak jaat..

ayisy said...

oh..siapa-siapa? nak kene buli nih! hehehe...

aZRi aZLaN said...

ada mmg ada. budin, singh, pau yg wat n etc. ntahla. aku xda lagu tuh. t aku tlg crikn...

ayisy said...

oh.. dah jumpa bg aku azri! huhu..

AzwaZynal said...

haha aku minat gk mende ni.. :D
style gile lah sape reti wt..
ngee..

ayisy said...

Yess! memang style! Hidup graffiti!

lanz said...

aku salah sorang peminat seni graffiti gak...
aku harap ko bleh lah lawat aku nye blog (http:lanz-blackbook.blogspot.com)...
bile dah lawat tu kasi la komen skali...

hannz said...

aku mint gila weyh dgn garft but membe akuu sume mcmm haramm .
hope kau leyh infom aku .cne nk join dlm event ke hapee .gila harap naa join community grafting ni.fb : Hann.Zeef