Monday, 6 July 2009

Kalaulah Aku Tahu...

-Kalaulah dulu aku tahu yang aku melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan dan bahasa, dah lama aku amik subjek sastera dan tak perlu bersusah payah belajar subjek sains tulen yang boleh menyebabkan otak aku terputus sarafnya.

-Kalaulah dulu aku tahu internet itu boleh membantu aku menyiapkan assigment dalam masa yang singkat, dah lama aku mengurat pakej broadband kat Malaysia ni. Selamat tinggal library yang boringg.. Sebenarnya aku malas pergi library sebab tak suka cari buku.

-Kalaulah aku tahu kebaikan membeli external hdd yang boleh disumbat bergigabait fail, taklah aku bongok sangat membeli dua pendrive(8gb dan 2gb) yang berjumlah rm150(masa dulu). Padahal kalau beli external hdd baru rm200. Huh!

-Kalaulah dulu aku tahu Google Adsense wujud pada tahun 2003(kalau tak silap), sudah tentu aku akan buat website atau blog berdasarkan niche keyword pada masa tu. Dan sekarang blog tersebut pasti atau paling kurang telah memberikan aku beratus-ratus dolar Amerika. Huh!

-Kalaulah dulu aku tahu internet tu boleh memberi berjuta-juta maklumat dan menghilangkan boring, dah lama aku apply broadband atau streamyx masa dulu-dulu. Ni tak, akhir tahun 2008 baru nak apply. Dan selepas mempunyai broadband, barulah aku mengenali apa itu html, css, meta tag, blog, advertising program, niche keyword, page rank, seo, flash, java, scam, spam, online banking dan sebagainya. Dulu aku cuma tahu yahoo, google dan friendster jek. Bongoknyerr…

-Kalaulah dulu aku tahu dengan adanya internet kita boleh hidup tanpa televisyen, dvd player, radio, konsol video game, telefon dan sebagainya, dah lama aku mendaftarkan diri di Celcom Broadband. Ohh.. Walaupun Celcom Broadband kadang-kadang pander dan dihina sehina-hinanya, tapi kau tetap style bagi aku. Haha... Terima kasih Celcom Broadband kerana membuatkan hidup aku ceria.

-Kalaulah dulu aku tahu Facebook tu ada konspirasi dengan orang jahat(paham-paham jela siapa), takkan ku sentuh muka buku itu apatah lagi mendaftarkan diri di situ. Dah terhantuk baru tergadah.

-Kalaulah dulu aku tahu yang YM,Skype itu membolehkan kita menghubungi rakan secara percuma, dah lama aku bakar sim kad Happy yang menipu tu. Masa beli dia cakap call 45minit=99sen untuk ke semua telco. Tapi lepas dapat sim tu jek, dia cakap 45minit=99sen untuk happy ke happy jek. Shit!

-Kalaulah dulu aku tahu yang laman web macam Friendster, Myspace dan Facebook boleh menarik berjuta-juta pengguna, mungkin pada tahun 2000(sebelum semua tu ada) aku dah buat laman web macam tu dan sekarang aku tidak perlu lagi bersusah payah sambung belajar kerana aku sudah bergelar jutawan macam tokey myspace, facebook dan friendster. Haha..

-Kalaulah dulu aku tahu yang blog itu sungguh menyeronokkan dan boleh share pengetahuan korang, dah lama aku join blog. Mungkin seawal tahun 2002 aku dah mula berblogger. Tapi realitinya, masa tu aku masih di form 1 dan belum tahu apa itu internet. Yang aku tahu cuma Yahoo!. Buat karangan pun terabur lagi.

-Kalaulah semester ni aku tahu setiap hari ada pjk, tak akan aku beli seluar slack dan tali leher baru untuk semester ni. Ciss.. Habiskan duit aku jek.

-Kalaulah aku tahu yang track suit aku koyak minggu lepas, akan ku beli track suit baru masa kat BP aritu. Eh? Apa kene mengena track suit dengan BP. Mungkin al-ikhsan kot.. Hek eleh... Macam takder tempat lain jek nak beli barang sukan. Hak3!!!

Kalaulah aku tahu apa yang aku tulis di atas cuma merepek, akan ku post di blog http://ayisy.blogspot.com ku ini.. Heee...

5 comments:

deqna =D said...

kalaulah aku tahu yg sbenarnye ayisy ni dak maktab gak,bek taun lepas lg i folow blog u..

hekhek..=P

aZRi aZLaN said...

hahaha, kalaulah aku tau ko tau tntg internet, dh lama aku tnya ko. weh, nk tnya psl adsense. apa bnda alah tuh? trgkan cket...

amalina wahida said...

kalaulah aku tahu ramai dak2 ipgm yg de blog dah lama follower aku ramai ngan dak2 ipgm..



*so.. follow2 my blog eh.. =D

mr_dealova said...

kalau la aku tahu aku kna jadi KU, aku x datang maktab awal2 sem baru ni

ayisy said...

fahmi..terima jela takdir yg Maha Esa... Peace!