Saturday, 25 July 2009

Karnival Nasyid Negeri Pahang Di Kuala Lipis.


Nampak siapa yang kat pentas tu? Haa yang tu Kumpulan Rabbani tengah buat gig. Pale hotak kau Ayisy buat gig, buat persembahan la.

Nasyid. Well, daripada Ayisy kecik lagi dah tahu apa itu nasyid. Sejak zaman Raihan sampaila zaman sekarang, boleh dikatakan hidup Ayisy dihiasi persembahan nasyid. Zaman sekolah tak yah cerita la, dah nama duduk asrama, kompom-kompom ada aktiviti bernasyid-nasyid ni. Ala Ayisy ni, cerita jek kencang, tapi dia tak pernah pun masuk nasyid. Iyela, orang suara tak gemersik kan, nak wat camne. Huk3! Seumur hidup Ayisy, sekali jek bernasyid, tu pun masa dah masuk IPGM, wakil unit. Nyanyi bukak-bukak mulut jek, pastu ada orang kata nyanyi macam budak tadika. Huh! Cucuk idong baru tahu.

Kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani dan Hijjaz ni popular masa zaman 90an dan awal 2000. Sekarang masih popular lagi tapi Ayisy rasa tak lah segempak macam dulu. Buktinya, zaman awal Raihan dulu berjaya mencatat penjualan album sebanyak 700,000 unit dan menjadi artis Malaysia pertama mencatat angka jualan seperti itu. Fuh! Mawi pun tak macam tu. Hihi.. Ayisy tak minat Mawi tapi ramai yang minat apesal haa? Yela, manusia ni rambut hitam sama-sama tapi besar lubang telinga lain-lain. Heh! Family Ayisy pun beli gak album tu dan semestinya yang ori! Haha.

Ayisy bersama teman.

Rabu lepas ada karnival nasyid peringkat negeri Pahang kat Kuala Lipis. Sebenarnya, nilah kali pertama Ayisy tengok karnival nasyid yang melibatkan budak, brader, akak, makcik, pakcik dan juga atok nenek. Peh kencang! Gempak gak diaorang ni. Tapi Ayisy memang tak puas hati IPGM Ayisy dapat nombor dua padahal Ayisy rasa team IPGM Afzan lagi sedap! Sure beb! Takpelah, bukannya ko yang masuk pun Ayisy.

Geng IPGMKTAA selepas puas melantak makan free. Nampak abang yang pakai songkok tengah duduk, tu wakil mufti Negeri Johor. Hak3! Sory Fahdil.

Masa karnival tu ada kumpulan Rabbani buat persembahan tapi agak mengecewakan Ayisy la sebab diaorang nyanyi dua lagu jek. Pastu lagu tu Ayisy tak pernah dengar. Mungkin pihak penganjur bayar ciput kot tu yang tak best. Huhu... Ok lah, tak nak tulis banyak-banyak, Ayisy nak kongsi gambar sepanjang karnival tersebut. Yeh!

Orang Malaysia kalau bab makan free laju ajek.

Kan bagus kalau pihak penganjur jemput Siti Nurhaliza buat persembahan kat sini. Kan dia tu lahir kat Kuala Lipis. Why not untuk memberi sedikit persembahan untuk jiran tetangganya. Heh!

Makcik tudung putih kat belakang tu mesti tengah kata, cukup-cukup la Ayisy, asyik bergambaran jek.

4 comments:

noor afzan said...

hahaha~
x kan siti nak wat persembahan lam karnival nasyid..
agagga~

fiD said...

kalu aku yg wat mesti terpegun org2 kat ctu..huauhauh

pejuangkesan said...

ko ni kalau bergambar semangat arr..hehehe..posing maut tu..

*raihan, rabbani n lelain tk dtg ke??

deqna said...

ayisy ko nampak hensem giler ah pakai baju batik~~

=P

cewah,,hang mesty kembang deqna pujii wahaha~~ =D

p/s : nty add ym deqna_dandelion@ y.c ea,ade mende sket nak borak,,