Saturday, 18 July 2009

Dari IPGMKTAA ke Lata Jarum


Memulakan perjalanan dengan muka senyum sombeng.. :p

Ok guys! Sehari dua ni Ayisy agak sibuk sikit. Minggu lepas merayap dengan member pergi Lata Jarum dan Raub. Minggu ni kuliah berjela-jela la plak. Waktu PJK penat sey main bola beracun. Heh! Cam budak kecik plak kan. Tapi itulah sebenarnya yang membuatkan Ayisy happy dan penat. Enjoy It!

Nak cerita sikit pasal minggu lepas. Tah kenapa tiba-tiba member Ayisy ajak pergi mandi kat air terjun Lata Jarum Raub, jadi Ayisy pun on jela. Duduk bilik di pagi Ahad ni bukan ada benda pun ye tak. Ayisy gerak dari IPTAA dalam pukul 8.00 pagi. Mak aih.. awal giler taknak sejuk plak kan... Tapi layan jek la. Masa mula perjalanan tu, kompom Ayisy pikir kena tinggal sebab motor Ayisy naik 100kmj jek. Tapi tah camne mood motor Ayisy pagi tu baik, dia naik 110kmj. Steady jek. Turun bukit jejak 120kmj. Agaknya kalau pasang NOS kereta, mau jejak 150kmj agaknya.

Penulis blog yang sedang berusaha gigih mendirikan batu.. Tengok batu bulat tu. Hehehe... Batu tu Ayisy yang 'staykan' camtu.

Setelah menunggang motor selama lebih kurang 1jam, akhirnya sampailah Ayisy ni Lata Jarum. Pehal tah dia letak nama Lata Jarum. Agaknya dulu kat situ ada kilang buat jarum sebelah lata tu kot. Hehe... Bayangkan dalam pukul 9pagi yang masih sejuk tu pergi mandi kat air terjun, tak nak beku plak kan. Ayisy cuma celup-celup kaki jek kat dalam air. Nak mandi tak tahan sejuk woo. Bila air paras perut jek, tangan dah gigil. Hee... Pukul 10 baru Ayisy berjaya merendamkan diri kat dalam air. Tengah syok main air, ternampak beberapa orang brader tengah imbangkan batu kecik kat atas batu besar. Peh! Style giler beb dia boleh dirikan batu kecik yang hujungnya tajam kat atas batu lain. Seolah-olah batu tu kena sihir.

Member Ayisy yang sedang berusaha.. Oh yehh!

Kitaorang yang teruja ni pun apalagi pergi cuba buat la. Ayisy amik satu batu bulat pastu letak kat atas batu besar. Setting punyer setting dia boleh berdiri kat atas batu. Ceh! Ngatkan susah sangat. Rupanyer kene pandai cari tapak yang sesuai untuk membolehkan batu tu berdiri. Member Ayisy yang lain lagi giler, batu yang tajam pun boleh berdiri gak. Siap bergambar-gambar lagi dengan kamera Sony Cybershot si Fahmi tu.

Kasik bakar sama ini gambar! Penulis blog sedang kerek yang amat dengan batu hasil kerjanya.

Lepas mandi, kitaorang pergi Raub. Ngatkan nak usha barang, tapi semua kedai tutup daa... Hampess tol. Kempunan Ayisy nak beli bateri handphone baru. Tau beli kat Lipis jek. Huh! Tah camne tiba-tiba boleh bertemu dengan member Ayisy yang berkonvoi ke KL Jumaat lepas. Diaorang on the way balik ke Lipis. Jumpa punyer jumpa, sorang member Ayisy nak tukar sport rim motor. So kitaorang pergi temankan. Bila dah ramai-ramai kat kedai motor tu, ramai la yang membakor member suruh beli tu beli ni. Amoi kedai tu plak boleh promote lampu belakang EX5 ala-ala 135lc. Mak datokkk, punyer la cun lampu tu. Harga rm50jek. Nasib baik Sabtu lepas Ayisy pergi seminar PNB. So keperluan yang penting, kemewahan tak penting. Hehehe... Kalau tak pergi PNB tu, mesti Ayisy dah angkat lampu tu. Orang yang follow belakang Ayisy mesti accident sebab silau sangat tengok lampu EX5 baru tu. Hak3! Kesian kawan Ayisy yang bersungguh-sungguh bakor Ayisy soh beli lampu tu tapi Ayisy tak beli.

Bro! Gua nak beli lampu EX5 tu.. Nak beli.. Nak beli...!!!

Paling tak boleh blah bila amoi kedai tu tak percaya yang kitorang semua dari IPGM. Dia ingat kitaorang rempit tak berpelajaran. Kemon la amoi... Kalau betol pun kitaorang rempit, kitaorang mesti tergolong dalam kalangan rempit berijazah perguruan yang mempunyai masa depan gemilang , cemerlang dan terbilang. Hee....Last-last, member-member Ayisy tunjukkan kad identiti IPGM kat amoi tu, baru la dia percaya. Dengan senyum sombengnya amoi tu bagi kad perniagaan kat kitaorang. Hak3!

Lepas settle semua, kitaorang pun pulang beramai-ramai ke Lipis. Lipis!!! We come back! Tapi Lipis tak menjawab sebab terlalu sunyi. Kah3! Sory la kalau entry ni takder kena mengena dengan kehidupan korang. Saja nak cerita. Seronok cerita kat orang nih. Hehe.. Ok, see you next time bro.

15 comments:

pejuangkesan said...

Laa..apasal ko hitamkan muka...ni mesti tknk org kenalkn..hehehe

aZRi aZLaN said...

hah, asal hitamkan muka? weh, amoi tu pandang org sblh mata la. siot pnya amoi. hahaha...

♥♥me ~ cik sara said...

wahh besh nye IPGM kmoo dekat ngan air terjun..

leh g slalu time tension2..

AzwaZynal said...

kakaka...gilek ah kalu moto ko leh naik smp 150kmj..
mau aku pinjam buat balik raya kang!

babymiLosh said...

inchik,,,
mengapakah semuanya disensorkan?
hehehehe~~~

uwaaa.. da lama xmen ayor terjun..
haishhhhh~~

Maya MoRay said...

camne batu tu leh brdiri cmtu ?
cambest je

deqna =D said...

best2~~!!!

tapi apsal itamkan muke??
takut owg nengok muke kamoo yg ensem tu ke??

ehhehee~~ =P

ayisy said...

to pejuangkesan= saja hitamkan sbb muka tu macam kurang elok utk dilihat. Hehehe..

azri azlan= hehehe... muka kurang sopan la nak tunjuk... amoi tu aku maafkan, sbb dia bg kad.

me-cik sara= Yessh! mmg byk air terjun area ipgm Ayisy. Huhuhuhu...

AzwaZynal= Hehehe... Kalau betol naik 150kmj? Kau nak pinjam?

Babymolosh= Yg disensorkan itu agak kurang elok untuk dilihat. hihihihi...

Maya Moray= Batu tu kalau kita setting betul2 mmg boleh berdiri mcm tu. Tak caya nnt pergi air terjun try buat.. :)

Deqna= Hehehe... Yg Ayisy hitamkan tu sbb kurang elok utk dilihat... :)

fiD said...

bagus kau tutup aurat ea... itamkan la lagi..huuhhu.. lutut pon aurat...

ayisy said...

hahaha.. tutup jgn tak tutup..!

mr_dealova said...

mane pic aku ni???

mr_dealova said...

mane pic aku ni???

ayisy said...

oh my gochh! takder ehh? sory la weyyhh.. :(

FiNa said...

lpas ni nak buat gak la batu camtu.. erk..! susa tak??

ayisy said...

senang jek buat batu camtu.. huhuhu.. cari tapak yg ngam2 dgn hujung batu tu.. :)