Friday, 3 July 2009

Teori Konspirasi Kanak-kanak


Ok guys. Dalam hidup korang semua, mesti ada kepercayaan karut yang korang percaya masa kecik-kecik dulu kan. Cuba ingat masa zaman sekolah rendah dulu, area-area darjah satu, dua dan tiga. Ada tak? Ayisy nak citer dan kongsi sikit kepercayaan karut yang telah menguasai akal fikiran Ayisy masa sekolah rendah dulu. Hahaha.. Let’s check it out!
*update:mungkin teori ini korang tak pernah dengar. Lain tempat, lain teori dia. Hehehe..

1. Habuk@sampah korek pensil menjadi kupu-kupu kalau simpan dalam beg.

Hak3! Ingat lagi dulu time kawan Ayisy cakap, "kau simpan habuk korek pensil tu dalam beg, nanti lama-lama dia jadi kupu-kupu". Punyer la sengal Ayisy masa tu sebab percaya cakap mamat bangang tu. So, apalagi, lepas Ayisy korek pensil jek, Ayisy amik habuknya dan letak kat dalam poket beg. Mak aih.. Pengotor betol gua ni. Ayisy menunggu dengan penuh harapan agar habuk pensil tadi bertukar menjadi kupu-kupu...:p. Bila tanya kawan tadi apsal tak jadi kupu-kupu, dah lama ni simpan. Dia pun dengan muka confident cakap sabar la, kadang-kadang jadi, kadang-kadang tidak. Cuba buat balik. Cess! Ayisy dengan pandernyer ikut jek cakap die sebab dah teruja sangat nak tengok habuk pensil jadi kupu-kupu. Hampeh! Last-last Ayisy sedar yang diri ini telah ditipu bulat-bulat. Huh! Siap kau nanti, jumpa balik aku jotos kepala kau.

2. Tiup slow-slow ekor kapal terbang kertas bagi lama sikit terbang.

Haa.. Yang ni satu lagi teori kejuruteraan pesawat zaman kecik-kecik dulu. Korang semua mesti pernah main kapal terbang kertas kan? Tau cara nak bagi dia terbang lama kat udara? Caranya senang jek, sebelum kita baling kapal terbang kertas tu, kita tiup dulu bahagian ekor dia bagi hangat. Kemudian baru baling. Dammm! Sekali lagi Ayisy ditipu. Tapi takpe, naseb baik mase tu kecik lagi. Kalau sekarang ada orang cakap camtu lagi, aku sumbat *o*t*t dia dengan cili kering. Bagi cair taik dia. Wahhahaha..

3. Lepas kena ketuk kepala, ketuk balik dagu korang. Kalau tak, rumah korang terbakar.

"Woi, ketuk dagu, kalau tak rumah ko terbakor". Itulah ayat yang Ayisy selalu dengar bile kepala kita diketuk member. Macam syii***l men ketuk-ketuk kepala. Pastu suruh orang ketuk dagu plak. Kalau tak, rumah kita terbakar. Cihh! Kenapa la Ayisy boleh percaya benda karut ni. Bidaah!

4. Tak boleh makan hujung kon aiskrim. Nanti cepat mati.

Ini satu lagi teori bangang yang Ayisy percaya kecik dulu. What the shame??? Tengah sedap-sedap makan aiskrim cornetto, bila sampai hujung jek, kene buang. Dah la hujung kon tu ada cokelat yang sungguh enak, tapi tak boleh makan sebab kalau makan cepat mati. Oh..shi***t. Meleleh air mata tengok hujung kon aiskrim tu kene buang tanpa kerelaan kita. :(

5. Kalau baca doa, tadah tangan rapat-rapat, kalau tak rapat, nanti pahala tu tumpah.

What? Pahala pun boleh tumpah-tumpah ke? Hak3! Ayisy...Ayisy... Tapi ni bukan teori kawan-kawan, sebab Ayisy ingat lagi, ada sorang ustaz kat sekolah agama dulu yang cakap teori ni. Huhu.. Mungkin dia nak ajar cara tadah tangan masa berdoa, tapi dia nak kita cepat ikut, tu yang dia cakap camtu. Dan Ayisy masih ingat lagi dia buat demonstrasi tadah tangan masa berdoa. Dia suruh tadah tangan rapat-rapat. Kalau tak rapat, pahala tumpah. Pastu nak membuktikan apa yg dia cakap, dia amik duit syiling, gigit dan jatuhkan kat tadah tangan. Kalau tangan rapat duit tak jatuh ke lantai, kalau tak rapat duit tu jatuh. Kirenya duit tu macam pahala la. Hehehe.. Satu lagi, masa baca doa, kawan-kawan Ayisy siap kaut tangan Ayisy masa berdoa tu, konon-konon amik pahala Ayisy la kat dalam tangan tu. Kui3! Sengal tol Ayisy masa tu sebab kaut balik pahala kat tangan kawan tu tadi. Last-last, berlaku adegan kaut-mengaut pahala dalam tangan. Ceh!

Tapi apepun, tu merupakan kenangan paling sengal dalam hidup kite kan. Korang pulak jangan la rasa diri korang bodoh kalau ianya berlaku dalam diri korang dulu-dulu. Bak kata orang tua "budak-budak, biaselah". Forget It! hahaha.. demam Upik Abu dan Laura belum surut lagi.

*banyak lagi sebenarnya teori-teori macam ni, tapi Ayisy tak ingat. Kalau korang nak tambah, silakan! Hehehe... :)

10 comments:

paan said...

bukan sume teori nie aku penah dgr..kalo teori aiskrim tue,xsgp aku nak terima...sayang siot..bahagian bawah tu la yg plg sedap...

Nur Hidayah said...

haha..mmg sume teori ak pnh dgr..tp yg kupu2 tu agak menggong..haha..yg xthn tu kalo pensel warne or pensel jer jd pendek kne buang nnti mama mati..hahaha...rase cm kurang pandai jer mase kecik...

AzwaZynal said...

hahaha takleh blah ouh mase kecik2..
ikot je pe mbe ckp..
kekekke..
da besa baru tau betapa sengal nye.. :p

WaNnY said...

ak tak pena dengar sumenye...haha..tapi bese laa kanak2 kan? ske mende2 merapik...hahaha..
bes pe jadi kanak2~

paan said...

kanak2 kan suka berimaginasi...

aZRi aZLaN said...

hahaha, semuanya aku pernah dgr. yg paling best skali yg kapal terbang kertas tuh. mmg aku buat smpi skrg wlpn ianya dusta semata-mata.

i_m diba said...

btul ke..nape diba kcik xpnah dgr pn teori2 ni..cm xlogik lnsung je..haha

ayisy said...

huhu.. mungkin teori2 ni berlaku sekitar tempat Ayisy jek kot. Azri tu pun rumahnya area2 Ayisy. Peace! :)

shazclan said...

kenangan kot semua tue...mane boleh nak lupe...hehe

ayisy said...

huhu.. betul tu azri. aku pun kalau main kapal terbang kertas masih lagi mengamalkan petua meniup ekornya dahulu sebelum diterbangkan. Hak3!!!