Thursday, 23 July 2009

Hey Adsense, Adverlets dan Nuffnang!


Uissh! $9.98 jek? Kemut la ko ni Google. Aku orang sengkek, bagi la lebih sikit. :p

Ehem… Korang tahu Google Adsense? Adverlets? Nuffnang? Kalau yang tahu tu baguslah. Yang join Ayisy ucapkan semoga berjaya dan dimurahkan rezeki. Yang tidak tahu pula boleh cari kat google. Ala… Malas la nak cari kat google Ayisy. Yela-yela, meh sini Ayisy bagitahu eh. Adsense, Adverlets dan Nuffnang tu merupakan sebuah company yang menyediakan iklan untuk kamu letak di blog. Setiap kali orang datang ke blog kamu dan klik pada iklan tersebut, kamu akan dapat duit. Selalu setiap satu klik dia akan bayar rm0.15. Tapi Ayisy pernah dapat satu klik USD0.50. Adverlets plak Ayisy kurang pasti camne dia kira tapi ada orang kata setiap satu pelawat unik kamu akan dapat rm0.02. Maknanya kalau sehari kamu dapat 1000 pelawat unik, kamu boleh dapat rm20.00. Wow! Boleh kawen awal nih!

Orait, Ayisy punya cerita plak. Tersenyum sombeng bila tengok akaun Google Adsense Ayisy mempunyai pendapatan yang amatlah ciput. Rasa macam nak nangis bila tengok taiko Adsense Malaysia boleh dapat USD10-100 dalam sehari. Peh! Mencanak sey diaorang punyer pendapatan Adsense. Ayisy bila la nak jadi macam tu. Nasib baik Ayisy buat benda tu sekadar suka-suka. Kalau benda tu semua satu-satunya pendapatan dalam hidup, makan pasir perisa strawberi la jawabnya. Huiks!

Iklan-iklan. Hua3! Ni la gambar Ayisy masa sekolah dulu. Saja nak eksen.

Ayisy mula berAdsense sejak bulan Jun 2009 kalau tak silap. Tapi akaun Adsense sejak bulan April 2009 lagi dah ada. Huhu… Dan hasilnya cuma la USD9.98, lebih kurang rm35.00 kot. Tapi tu kira ok kot bagi orang yang tak tahu menahu tentang IT dan langsung tak pernah dapat pendidikan formal berkaitan It macam Ayisy ni. Heee…

Lepas join Adsense, ntah camne Ayisy boleh terbaca satu blog yang menulis entry berkaitan Nuffnang dan Adverlets. So apelagi, Ayisy pun acu cuba try test la benda alah ni. Letak kat blog ayisy.blogspot.com. Ayisy join dalam pertengahan bulan Jun lepas. Kalau nak dibandingkan Nuffnang dengan Adverlets, Adverlets paling mencanak dia punyer income. Nuffnang sampai sekarang masih kosong. Tapi Ayisy suka Nuffnang sebab kita boleh tengok statistik pengunjung blog kita walaupun Ayisy boleh guna servis lain cuma Nuffnang lebih mesra pengguna.

Adverlets Ayisy yang baru dapat rm4.16. Kemut gak! Huh!

Setakat ni dah rm4.16 dalam akaun Adverlets dalam tempoh hampir sebulan menggunakannya. Ciput sey tahap tahik hidung masam tol. Takpelah, lagipun Ayisy letak iklan Adverlets tu suka-suka jek sebab nak bagi comel sikit blog ni. Ada orang kata Adverlets ni Scam. Kalau betol Scam, gua cam muka lu Adverlets. Kita settle tepi mahkamah. Heeee.. :p

Jadi kawan-kawan, yang rasa-rasa nak simpan duit untuk hantaran kawen dengan aweks cun jual mahal apelagi, join la Adsense, Nuffnang atau Adverlets. Mana tahu korang ada rezeki. Korang takut kene tipu? Ntahla. Benda kat internet ni bukan leh percaya. Tapi kalau Google Adsense tu memang dah terbukti betol. Dah nama pun Google, syarikat gergasi kat internet tu, kalau tipu gak memang nak mampos. Hari ni Google tipu, esok pagi berjuta-juta orang saman kau Pakcik Google. Heheh! Ayisy yang main-main join benda alah ni pun boleh dapat rm35, lagikan korang yang betul-betul serius join. Ye tak? Nilai murninya, cubalah join yek. Tak rugi pun, free jek.

Nuffnang... Ko buat aku rasa macam nak tercengeng plak. Umpama Pungguk Rindukan Bulan Jatuh Ke Riba. Huk3!

Ayisy ada teringin gak nak main jual-jual barang kat ebay tapi takut tak boleh bahagikan masa dengan pelajaran la. Huhu… Takpelah, nanti kalau dah kawen, Ayisy and wife nak bukak kedai la. Auwwww…! Sumpah mereng kepala Ayisy bila berfikiran sebegitu. But, tak salah kan merancang dan memasang impian. Tak ada yang mustahil kalau kita betul-betul nak dan berusaha kan. Ok, Ayisy nak makan keropok ikan ni, bye!

6 comments:

AzwaZynal said...

ouh
aku punya acc nuffnang dah ada rm1.25!
kekeke..
eh macam mana nak join google adsense tuh?

ayisy said...

pehh! cmne ko bleh dapat rm1.25 daripada nuffnang tu? aku kosong lagik.. Huk3!!!

ahsfantasy24 said...

wah.. gamba daus..=)

ayisy said...

yup! mahu berkenalan dengannya? boleh hubungi saya sbg org tengah.. :)

student said...

sikit-sikit lama-lama jadi kaya bro!

;)

Redlomo said...

make more money with your blog with http://www.nufftag.com/signup.php?id=redlomo