Sunday, 26 July 2009

Tag 2 in 1

Ehem... Rasanya Ayisy amat jarang update blog waktu tengah hari, tapi hari ni agak berlainan plak. Selalu Ayisy akan post update sebelum pergi kuliah jam 7.45pagi. Tapi jangan ingat Ayisy taip entry baru pagi-pagi buta, sebenarnya Ayisy taip sehari sebelum di post kemudian save sebagai draft. Huhu..

Hari ni Ayisy tidur lama sikit sebab semalam merempit ke Temerloh. Saja tengok tempat orang, seronok jelajah tempat orang ni. Huhu... Ayisy pergi cuma berempat jek semalam. Kepada kaki-kaki motor yang rasa nak asah tayar korang boleh cuba jalan Jerantut menghala ke Benta. Sure jalannya macam Awana Genting tapi tak la segiler Awana. Keliling cuma hutan tebal jek. Sory tak dapat cerita pasal perjalanan semalam sebab sekeping gambar pun Ayisy tak ambik. Tak tau la kenapa. Huhu. Ok, hari ni Ayisy nak jawab Tag yang diberi oleh Idayu dan Aisha. Terima kasih.

Daripada Ahsfantasy24.

1. Pernah melihat kisah kura² dan arnab?

Tak pernah lihat. Dengar cikgu cerita ada la. Hehe

2. Kenapa watak kura² dan arnab dipilih?

Sebab binatang lain low profile. Malu nak melakonkan watak tersebut. Kura-kura dengan arnab jek yang sudah mendapat latihan di ASWARA.

3. Anda suka jadi arnab yang kurang laju? or kura-kura yang lemau?

Arnab. Kurang laju boleh setting kat enjin tapi kalau dah lemau maknanya enjin masuk air banjir.

4. kenapa ending, kura² yang menang?

Kura-kura tu main tipu sebab membuat pengubahsuaian pada enjin secara berlebihan dan tak ikut standard.

5. Dimanakah terletaknya kekuatan kura².
Enjin 150cc, 2lejang dan menggunakan minyak 2T. Arnab guna 4lejang mana boleh lawan enjin 2lejang.

6. Punca sebenar arnab kalah?

Dah tahu enjin 2lejang lagi laju, semestinya Encik Kura-kura menang.

7. Jika arnab yang menang, apakah tajuk cerita yang sesuai? arnab laju tp lemau?

or kura² terkedek²? or else?

Arnab dengan enjin terbaru 4lejang dengan sejukan cecair dan juga tayar tubeless yang sememangnya terbukti di litar.

8. Nak tag sape je?

Yang rasa nak jawab tag ni dengan berkhemah. Jangan jadi macam Ayisy, tak paham bahasa. Yuhuuu!


Daripada Aisha

1. Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
Uih! Bahaya soalan ni. Ok, Ayisy jawab. Tangan

2. How did u feel when u woke up this morning?
Sejuk...sejuk... Bukak tingkap tak nampak pape. Kabus jek macam kat Cameron Highland. Betul..! Nak rasa meh datang Kuala Lipis. :)


Nak tengok kabus jom datang Kuala Lipis. Tak payah pergi Cameron Highland. Huhu.. Gambar kat atas ni diambil di Terenggun, Kuala Lipis.

3. Who was the last person / people you took photo with ?
Member-member seIPGM masa kat Karnival Nasyid tu.

4. Would u consider urself spoiled ?
Bila internet tak dapat nak connect. Rasa macam nak marah tapi kalau pergi serang Celcom Centre kompom disambut dengan mesra sampai hilang marah. Eheh!

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
Ada.

6. Do you want someone to be dead?
Yes! Yahudi dan Amerika tapi yang jahat jela. Yang baik tak tersenarai. Peace!

7. What does your last text message say?
Hari ni aku tak hantar mesej kat siapa2... Semalam chat dengan Daus, jom pergi blog die di http://mfirdaus89.blogspot.com/

8. What are you thinking right now ?
Hari Sabtu lepas Ayisy nampak motor RX-Z baru kat dalam kedai. Bapak smart! Dah kerja nak beli. Kalau ada murid yang garit motor aku, aku buang sekolah terus! Yeh!


Tengok! Dihormati dan Disanjungi. Kalau cikgu yang bawak adakah dihormati dan disanjungi? Hik3!

9. Do you want someone to be with you right now ?
Nak. Ayisy tengah sorang-sorang ni kat depan blog. Tadi warden spotcheck bilik, nasib baik takder paper. Tahu kunci bilik tadi. Heh!

10. What was the time you went to bed last night ?
12.00 malam tepat waktu Malaysia.

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
The Summit Parade Batu Pahat yang penuh kenangan masa zaman bajet dah besar (zaman sekolah menengah).


The Summit Parade BP. 1001 satu kenangan terpahat di tempat ini.

12. Is someone on your mind right now?
Warden yang telah spotcheck bilik tadi. Paisey beb.

13. Who was the last person who text you ?

Ahsfantasy.

14. TEN Lucky Person to do this quiz.

Ayisy tak nak memaksa. Siapa nak, ambil. Jangan malu-malu.

7 comments:

ahsfantasy24 said...

oww nk jd arnb ek??hehe..
nk abbk gak tag 2 tp tnggu ad mood dlu nk wt, nga gram kt brodbang nie,,
huhu..='(

.sHaZa. said...

wow..tu btul ke view kat k.lipis?
sgt menenangknla ayisy..
hu..
p/s:ayisy,uitm cuti semgu!yeay!hehe

ayisy said...

Yup! memang betul! Emm? Peh! Aku nak cuti gak!! Ahhhhh!

syireen said...

oit...btol ke gmbr kat ats tu terenggun cm lain jek...

azli said...

To ayisy jangan merempit ok.. dah kemaruk lah ko ni nak beli RXZ..
Yang sebenarnya metos arnab kura-kura ade betulnya gak.. dalam kalender lunar taun baru ciner arnab termasuk dalam 12 binatang yg sampai. tp kura kura termasuk dalam fungsui cina maksudnya selamat dlm hidup & panjang umur..antara 4 lejang dan 2 lejang ada baik dan buruk yang ko kaitkan dengan arnab kura2 tu dgn motor apapasal .sabar ye..sabar.. nah kalu orang cina memang jarang diorang beli motor arnab coz arnab pendek umur. org cina lebih suka beli motor kura2 coz lebih selamat lebih tahan lama lebih panjang umur.. Nah fikir-fikir dan renung-renungkanlah nukilan http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Anonymous said...

In it something is also idea good, agree with you.

Anonymous said...

I was reading an artice on yahoo today stating that movie companies are starting to outsource there special effects to India. So my question is, and anyone in the movie business I would like responses from you to, with the article stating that the cost of making the big special effects going down do you all see a time in the future where the special effects on direct to dvd ficks are on the same level as the big hollywood flicks?
[url=http://www.topvideoconverter.com/convert-x-to-dvd/]convert video to dvd[/url]