Wednesday, 8 July 2009

G-Shock. Life Is Tough.


Listen to me! Mungkin entry kali ni tak masuk kepala korang sebab tak minat. Tapi tak mengapa, kita baca jek. G-Shock? Ada apa dengan G-Shock? Yup! Mungkin semua orang pernah dengar perkataan G-Shock. Bila sebut G-Shock, semua orang pasti akan terbayang jam tangan berbentuk radikal, ganas, maskulin dan agak besar. Sure budak pompuan tak suka kan. Kalau ada yang suka pun berapa kerat jek. Lagipun Casio dah keluarkan G-Shock khas untuk aweks-aweks iaitu Baby-G. So aweks-aweks yang minat G-Shock boleh pegi usha Baby-G yer. Ayisy sejak kecik admire jam G-Shock ni. Ingat lagi masa sekolah rendah dulu, kat pasar lambak ada jual jam ni tapi versi tiruan punyer. Harga lebih kurang rm15. Walaupun rm15, masa kecik mana ada duit nak beli ye tak? Tengok jela member pakai. Kalau ada yang mencapap tu sabar dan layankan jela. Masuk sekolah menengah plak, tengok abang-abang senior pakai jam G-Shock. Masa tu musim giler jam ni. Model DW6600C-1V dan DW6900-1V paling hot dan menjadi kegilaan budak-budak sekolah Ayisy. Ngatkan nak beli gak tapi usha kat kedai harga mak datokk rm199. Hak3! Masa tu Ayisy pandang rm199 macam rm999 masa sekarang. Well..budak-budak lagi kan, duit kocek masa tu pun rm10 seminggu. Camne nak beli ye tak. Skodeng-skodeng orang punyer jam jela.

G-Shock edisi khas untuk jejaka jambu. Yeh! Auwwww!

*foto credit to http://www.kanyeuniversecity.com/

Tup-tup, Ayisy dah besar sekarang. Maklumlah umur dah masuk angka puluh minggu lepas. Thanks a lot diucapkan kepada yang mengwish besday Ayisy aritu. Yang tak wish takpe sebab Ayisy pun tak wish jugak kat korang. Kira halal la kan. Bila masuk IPGM (IPTAA), otomatik Ayisy dibayar elaun untuk bersuka ria. Yeehaa! Bersuka ria yer... Tak tau kalau cabut lari dari IPGM kena bayar rm120000.00. Heee... Elaun masa degree ni lebih kurang rm510 sebulan. Ditambah dengan duduk kat ceruk ni, boleh la Ayisy simpan sikit untuk bersuka ria. So, bila dah pegang duit banyak, baru la kita boleh beli apa yang kita nak dan impikan masa sekolah yee encik Ayisy. Apa yang penting keinginan nak jam G-Shock tu mesti ditunaikan! Tak kira la kalau ada orang kata jam tu out of date ke, style budak-budak ke janji gua happy. Kalau dah kemarok pekakkan telinga jek, pejam mata, hulur duit dan beli. Wuuu!

Bila disingkap sejarah jam G-Shock ni, sebenarnya dah 25tahun jam ni berada di pasaran. Lebih tua dari Ayisy rupanya. Agaknya zaman mak ayah kita dulu femes jam ni kot. Dan sekarang jam G-Shock mempunyai peminat fanatiknya. Tak caya, cuba cari kat google, beratus-ratus website dan blog yang dipunyai peminat G-Shock ni. Siap ada fanclub gitu.. Ayisy pun join gak fanclub kat facebook. Saja nak mencapapkan muka kat situ. Why not to mencapap?

Haa.. Yang ni G-Shock untuk binatang plak khasnya beruang Panda. Ahakz!

Ayisy cerita macam nak rak, macam la Ayisy ada berpuluh-puluh jam G-Shock ni. Realitinya? Ayisy cuma ada dua jam G-Shock saja. Tu pun boleh dikira peminat G-Shock ke? Boleh aje ye tak. Antara model G-Shock yang Ayisy minat la antaranya Classic, Mudman, Riseman dan Giez. Lelaki Katak(frogman) minat gak tapi besar sangat. Apa kejadahnya dia letak nama Frogman? Letak la nama Sharkman ke, Jawsman ke baru la enak didengar. Lagipun katak mana boleh menyelam dalam-dalam sangat sampai 200m kalau nak mencerminkan jam tersebut yang sememangnya dikhaskan untuk penyelam. Lainla kalau jam tu dikhaskan untuk penangkap-penangkap katak professional, barula boleh letak nama Frogman kat jam tu. Hahaha... Takpun nak lagi sedap letak la nama orang Jawa macam Suratman, Markiman, Budiman dan Sukarman. Heee... Kompom G-Shock sold out kat Indonesia dan Malaysia kalau letak nama macam tu.

Jam G-Shock ni khas untuk pemburu dan penangkap katak professional. :p

Untuk mengakhiri entry ni, ni Ayisy selitkan beberapa gambar menarik berkaitan jam G-Shock dan of coz Ayisy punya sendiri. Untuk yang dah gian nak beli jam G-Shock gak, boleh usha website ni. Klik Sini. Harga pasaran semurah rm160 dan semahal rm1300. Nak lagi murah pergi usha kat pasar malam, kat situ boleh dapat rm10 untuk model Frogman. Akhir kata, Life Is Tough!

Hah! Yang ni Ayisy punya. Snap guna handphone 1.3mp ajek. Loko betul...! Yang kiri model Mudman G9000MS-1 Military Inspired, yang kanan plak G-Shock Polygon Slim Series.

6 comments:

aZRi aZLaN said...

psl jam, aku xbkira sgt. skrg pun aku pakai jam psr mlm. hahaha...

weh, ada apa2 kesistimewaan ke g-shock ni slain tgk jam?

ayisy said...

huhu.. aku pun ada pakai jam pasar malam.. style jgak! aku pki g-shock bukan sebab fungsi/keistimewaanya, tapi sebab bg aku style dan maskulin.. Hak3!!!

amalina wahida said...

pergh!!
panjang lebar betol penerangan..

*kira orait lah utk dikatakan addict g-shock*

ayisy said...

hehehe.. syok menulis.. tu yg terpanjang... :)

fiD said...

akulah pengkritik jam tu,,huhuuh

ayisy said...

hehehe.. thanks fiD