Angry Counter Strike Gamer. WTH!


GoGoGo...

Orait! Pernah main Counter Strike? Apakah perasaan korang semasa bermain Counter Strike? Seronok? Terbakar? Marah? Suka? Rasa macam Pejuang Taliban berjihad? Ataupun rasa macam anggota SWAT sedang menyelamatkan tebusan?

Hehe... Kalau kat IPGM Ayisy, tahun lepas hot giler main Counter Strike. Maklumlah, semua dah ada laptop ditambah pula dengan coverage WIFI satu blog kediaman. So apelagi, bergasak satu blog kediaman. Sekali main berjam-jam sampai tak ingat dunia. Masing-masing dok bilik bertempur secara online. Giler la budak zaman sekarang. Budak zaman dulu bertempur kat dalam hutan atau kebun, budak sekarang rilexx sudah, dalam bilik pun boleh. Walaupun game ni dah berzaman tapi tetap sedap untuk dimain. Apetah lagi bergasak sesama rakan sendiri di dalam bilik yang sungguh selesa, percuma dan guna laptop sendiri. Tak macam kat CC, komputer burok, bising dan tak selesa serta perlu dibayar mengikut jam. Ditambah lagi dengan perangai budak sekolah yang berlagak ala-ala samseng Sarip Dol Kampung Dusun, lagi la geli Ayisy tengok. Kesian ekk tengok budak-budak kita...

Sesekali layan game ni bersama member syok gak. Tak dapat tembak kawan betol-betol, tembak dalam laptop pun puas gak. Kui3! Yang asler main game ni namanya akan disebut-sebut dan yang tangannya pengkor pegang mouse juga akan disebut-sebut namanya. Bila masing-masing tak puas hati, apelagi berentap la malam tu. Tapi korang pernah tak tengok member korang yang giler meroyan bila main Counter Strike? Kalau takder, Alhamdulillah... Kalau ada yang giler meroyan tu, sumbat jek mulut diaorang dengan stokin busuk korang. :p

Untuk menambah feel korang yang nak tahu camne orang giler meroyan main Counter Strike ni, layan video ni. Kompom korang akan cakap "mende la mamat ni, emo macam pompuan!" Opppsss... Tak semua pompuan emo. Hihihi... Video 1st tu memang nak kene lesing, yang 2nd tu bodoh sebab marah sampai komputer rosak. Bangang gak ekk orang putehh ni... Peace!


Comments

Nadiene said…
ahahahah.... country strike ok beb,, tp pening bilew lame maen,, aku menyampah yg jadi terrorist macam pakaian taliban org arab..hahaa...
Anonymous said…
hahaha.. tp yg pakai baju mcm taliban tu bukan org arab.. tp mat saleh gak.. cuba check biodatanya.. hehehe..
Deqna said…
ekhemm..


saje je ceq tumpang lalu noo...

p/s : lek r weyhh..cuti bulan 8 ni balik ler BP...ngheee~~~
ayisy said…
bulan 8? lama lg tuuuu.. tp masa tu dah puasa... hehehe...
.millalara. said…
haishh.. ni la lelaki..
kalu da layan CS tu,, da x hengat dunia da.. haishhh~

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???