Kuala Lipis... Sudah Dua Tahun Aku Bersama Kau...


Ohhyeehh! Rasa macam nak giler meroyan jek bila Ayisy berjaya dapat tawaran melanjutkan pelajaran di IPGM KTAA pada bulan Jun 2007. Masa tu Ayisy masuk form 6 kat SMKDBL. Setiap hari berharap agar permohonan ke IPGM itu berjaya. Bukan tidak bahagia hidup sebagai budak form 6 yang tak glemer bagi sesetengah pelajar yang gedik dan perasan, tapi Ayisy rasa takut nak teruskan form 6. Walaupun begitu, Ayisy rasa hidup selama sebulan sebagai pelajar pra universiti di SMKDBL merupakan pengalaman terindah. Sebulan! Yup! Sebulan sahaja tapi macam-macam Ayisy buat dalam tempoh sebulan. Bermula dengan Karnival Asrama(menang dapat nombor 3 tuu..), Hari Kantin, jadi pailang bawak motor ke asrama dan terakhir...dijemput ke majlis alumni SMKDBL di Putrajaya sebab buat show. What??? Buat Show? Eheh! Ayisy menyanyi koir beb. Pertama dan terakhir. Dan paling tak boleh blah, Ayisy, Daus dan Haikal jadi rakan seperjuangan ketika itu dan Haikal merupakan sahabat baru, berkawan hanya 3minggu tapi dah boleh rapat dan haru-biru. Sekarang... Di manakah kau Haikal? Aku mencari kau.... Aku harap bila kau taip nama kau kat google, kau jumpa blog aku. Eheh!

Orait, tamat ayat pembukaan Ayisy. Sebenarnya nak cerita pasal hidup baru Ayisy di IPGMKTAA ni. Boleh dikatakan kehidupan di IPGMKTAA ni sangat berbeza dengan kehidupan di sekolah dulu lah (SMKDBL). Di sekolah, Ayisy duk asrama, happy dikelilingi rakan-rakan sekepala, life sangat enjoy walaupun sengkek dengan duit rm10 seminggu tapi tetap boleh pergi mall dan yang paling penting bahagia. Kalau nak cerita dari form 1 sampai form 5, boleh buat novel bersiri. Ayisy tak sangka kehidupan di IPGMKTAA ni sangat berlainan dengan apa yang Ayisy fikirkan. Sebelum masuk, selalu fikir mesti seronok kan duk sana. Tapi bila masuk jek Pekan Kuala Lipis tu,... WTH? Adakah Ayisy akan melalui hidup penuh kebosanan di sini? Yes! Memang betol pun apa yang Ayisy fikirkan masa tu. Tapi takper, bak kata orang tua-tua, jangan suka kutuk-kutuk tempat orang, nanti kawen dengan orang situ. Ya Ampunn... Mintak-mintak jodoh aku area-area Batu Pahat jek. Boleh pergi Carrefour selalu. Yeh! Carrefour? Heeee... Lagipun sekarang dah tak bosan sangat sebabnya ntahlah. Agaknya dah tersuka kot life kat K.Lipis ni.. Oh… Maybe?

Oklah, mungkin entry kali ni agak panjang dengan gambar sebab Ayisy nak tunjukkan life Ayisy dari mula masuk IPGMKTAA ni sampaila sekarang. Kalau korang terer, mungkin boleh nampak perubahan Ayisy dan rakan-rakan daripada segi fizikal dan mental. Kalau dulu mungkin muka Ayisy skema, sekarang tak kot. :p Hafiz, aku tahu kau jeles muka aku dah tak jambu lagi, so takyah la kau ulang lagi perkataan muka jambu kat aku. Hua3! So, enjoy it! Yang aweks-aweks kalau berkenan dengan kawan-kawan Ayisy, boleh bagitahu kat Ayisy, nanti Ayisy tolong yang mana mampu eh. Heeeh.. :p

Minggu pertama di IPTAA Julai 2007, belum kenal sangat dengan classmate. Muka suci jek... :) Ayisy paling kanan.

Ni semester dua program persediaan. Dah mula tunjuk samseng ala Sarip Dol. Ayisy pun terikut-ikut sampai muka yang tak ganas pun nak buat ganas. Tengok mamat dua dari kiri tu.

Ohyehh! Ni masa semester tiga program persediaan. Muka semakin kemelayuan. "Sopan santun anak Melayu... Senyum terukir, senyum terukir bila disapa, dalam pantun kukirim rindu, rindu mengalir, rindu mengalir di dalam kata... Lemak manis ala amboi2!!!" chewah...!

-Enjin motor JGH 13** ni takkan mati selagi aku tak mati sekali!-

Hak3! Yang ni masa semester pertama program ijazah. Dah mula pandai bermotor-motoran budak-budak ni. Haish!

Yang ni pun masa semestar pertama program ijazah. Muka semakin kental, hati semakin kering. Aweks makin tergoda. Forget It! :p

What the shame!!! Makan durian pun nak amik gambar? hehehe.. Gambar paling latest Ayisy.

Orait, camne? Nampak tak perjalanan hidup Ayisy. Kalau tak nampak takper. Ayisy tak pakse korang nampak. So, rasa-rasa adakah Ayisy akan menulis blog sampai dah jadi cikgu nanti? Kalau masih, entry yang dulu-dulu tu akan menjadi kenangan Ayisy semasa di IPGMKTAA. Ohh.. Alangkah baiknya kalau Ayisy mula menulis blog ketika zaman sekolah dulu... Sob3! Babai... *Kepada adik-adik junior seluruh IPGM Malaysia, Ayisy ucapkan semoga berjaya dalam bidang masing-masing eh!

Comments

Along Fina said…
hahaha...
bape lame dah simpan gamba2 nie?
ayisy said…
emm? ntahla.. dalam 2 tahun kot.. huhuhu..
wah2..rajin nya bakal cikgu update cite yer~
salam...
ayisy..
ee..sedap nyer durian...
meh la antor sinieh....
hua hua..
nak jugak..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???