Swatch Watch Review.


Swatch Solid Mind

Dulu, aku tak minat jam jenama Swatch. Mungkin disebabkan designnya yang kebudak-budakan dan menggunakan movement quartz. Ada juga jam Swatch yang menggunakan movement mekanikal tapi harganya mencanak la beb. Sekarang,bila teringin nak pakai jam Swiss Made, aku cuba usha jam Swatch. Dalam hati aku tak kisah lah quartz ke budak-budak ke janji nak Swiss Made. Jadi, jam paling murah Swiss Made adalah Swatch. RM160 dah dapat. Huhu. Bawak RM200 macam-macam pilihan boleh beli.

Jam Swatch mula dikeluarkan pada tahun 1983 untuk bersaing dengan jam-jam dari Jepun yang ketika itu sedang menguasai dunia. Dengan design yang catchy dan harga berpatutan, kini The Swatch Group menjadi salah sebuah syarikat jam terbesar di dunia. Yah!

Jam-jam Swatch dikeluarkan dengan menggunakan beberapa jenis material seperti plastik, aluminium, st. steel, silver dan sebagainya. Walaupun banyak jam Swatch menggunakan plastik sebagai case, aku tengok buatannya cukup halus dan cantik. Nak banding dengan jam plastik Casio, Swatch lebih halus buatannya. Ini pendapat aku la.


Caseback plastik lut cahaya membolehkan enjin dilihat. Tapi kalau dia buat macam Seiko 5 mesti lagi cun. Hanya bahagian bateri boleh dibuka.

Selama nih aku anggap jam plastik Swatch macam mainan atau jam-jam pasar lambak. Tapi lepas aku pegang dengan tangan sendiri, buatannya memang superb dan tak hairanlah jam Swatch menjadi kegilaan aweks-aweks Malaya. Hahaha. Start dari situ aku mula minat jam Swatch. Ditambah lagi terdapat jam case backnya lut cahaya yang membolehkan kita melihat movement dalam jam, memang buat aku tak lena tidur lah. Hehe.

Hampir semua case back jam Swatch aku tengok tak boleh buka dan bercantum dengan keseluruhan body jam. Bahagian bateri jek boleh buka. Memang cun la tapi kalau rosak tak cun lah kan. “Waranti 2 tahun kalau rosak bawak pergi mana-mana butik Swatch, boleh tukar baru” kata aweks seller tu. Kih3!


Dari sudut tepi. Crown tenggelam dan tersembunyi. Dari depan tak nampak. Crown plastik dan aku rasa macam tak selamat nak tarik ganas-ganas. Emmmm...

Bunyi jam ni agak kuat berdetik. Ni la jam quartz pertama berjarum saat aku.

Di pergelangan tangan. Lug jam Swatch kebanyakan macam ni. Ada tiga kolum (eh, apa ekk istilah sebenar). Hehe. Jadi agak sukar untuk tukar dengan tali jam jenama lain.

Disebabkan ia dibuat dari plastik, aku tak rasa jam ni lasak. Setakat nak buat melaram boleh la. Buat masuk kebun tak sesuai kot. Kalau jatuh giler-giler pun aku rasa boleh kondem. Akhir kata, jam Swatch telah mengubah selera aku dari tak minat jam fesyen/budak-budak dan quartz kepada minat. Aku tengok jam-jam aku yang lain terus nampak buruk dan tak style bila dah pakai Swatch. Hahaha..

*terima kasih kepada Fid kerana menemankan aku beli jam ni di Johor Bahru.

Comments

hans said…
aku xsuka pakai jam
mesti hancur jam tu kalau aku pakai
haha
vanillabean123 said…
wa..smart ah jam nyh..
ayisy said…
hans, huhu.. aku plak mmg giler jam. dari kecik suka kumpul jam. tp bila dah besar baru mampu beli.

violet, terima kasih. :)
Anonymous said…
ekeke.. lepasni kumpul jam dinding lak k.. ekekek
ayisy said…
fiffymafia, hehehe. jam dinding dah ada rumah nanti kot baru kumpul. hehe..
duniajam said…
satu kelemahan Swatch.... kalau rosak, terus buang je. Kena beli lain. Kalau masih dalam warranty mungkin diorang akan tukar jam baru untuk ko.

Sebab... jam cermin Swatch di sealed terus ke casing dia. Kalau rosak, takda cara nak buka enjin. Kira pakai buang je la jam ni.

Aku ada 1 Irony Chronograph keluaran tahun 1995. Sampai sekarang berfungsi dengan cukup baik. Dari segi lasak, pada aku agak kurang. Jam aku ni pula hanya water resistant. Aku rasa aktiviti lasak kurang sesuai. Jam memang best tapi aku jarang pakai sebab nampak fancy sangat. Kurang sesuai dengan aku yang dah nak tua ni. Hehehe... Simpan buat koleksi.

Tapi Swatch adalah jam Swiss yang bebaloi & amat berpatutan dengan harganya. Tahan lama jika dijaga elok.

Tapi jangan risau sebab Swatch adalah tuan kepada ETA movement.... Supplier enjin kpd jenama jam terhebat dunia!
ayisy said…
duniajam, Hehe. Jam Swatch ni mmg pakai buang jek. Seller tu sendiri ckp klu rosak mmg tak boleh baiki. Aku beli pun sebab mmg teringin nak pakai Swiss Made. Movement ETA. Hehe.. Jam Swatch aku ni aku letak dlm kotak jek. Tak pakai pun sbb aku kalau jalan2 naik motor jd lebih selesa pakai G-Shock. Kalau member bwak kereta jek baru pakai. Hehe..

noor afzan, ya! saya tahu warna merah tu kan? hehe..
Nadiene said…
perh! memang pro la brade dunia jam tue, hheeheheh..

yup! aku mimpi lagi ko kasi jam kat aku, heheh =P
ayisy said…
fid, hahaha. mmg pro. nak tgok blog dia ni haa >>> http://duniajam.blogspot.com/

mimpi lagi? mintak la sheila belikan. hik3!
Aidi-Safuan said…
wah...duta jam swatch~
ayisy said…
aidi-safuan, haha. mana ada. kalau aku duta ak payah aku beli jam. semua free jek.
Kaito said…
aku pernah gak minat jam Swatch ni....tengok design dia menarik je...tapi ramai cakap jam ni tak tahan lama....tak tau la kenapa
ayisy said…
kaito, aku tgok jam Swatch dibuat dari plastik. Mungkin tak tahan lasak. Jadi jam ni hanya sesuai utk dress up jek. Utk aktiviti lasak amat tak sesuai. Nak lasak lebih sesuai guna G-Shock. Huhu..
AmirSyah Mazlan said…
aku plak ske pkai jam, tp mudah hilang.. huhu

aku rase dh 3 kali jam aku hilang..

dulu q&q skali..
pasti q&q lagi..
baru2 ni casio..

sume hilang.. g mane tah! adoi...

atas sebab itulah, aku berazam untuk tidak memakai jam tangan dah.. tengok kat enset je.. haha.. hope enset aku x hilang..

tapi xtau la pasni kalau hati tbukak nak beli jam lg.. mgkn lepas dapat elaun sem dpn. hehehe
ayisy said…
aku dulu selalu gak hilang jam masa zaman sekolah. Bila dah masuk ipgm dah tak hilang dah. hehehe..
curious said…
Hai,kat JB kat mane nak dapat Swatch..dan kedai mana yang jual Edifice murah2?
ayisy said…
curious, Kat JB ada butik Swatch di City Square. Kalau jam edifice pulak aku tak pasti kedai mana yg murah. Cuba survey dulu dan bandingkan harga antara kedai lepas tu cari harga yg terbaik. :)
Anonymous said…
This website is the best I appreciated it substantially
Yang Hayati said…
Saya pakai jam swatch rm180... plastik.. 5 tahun dah..jatuh kene gelek basikal anak pun penah..pakai mandi laut n mandi swimming pool pun penah.. jatuh dlm sinki penuh sabun pun pernah..bateri tahan setahun 3 bulan genap. Getah pegang tali jam tercabut dua kali. Tukar getah kecik tu rm50..mahal..tapi puas hati pakai swatch ni..lasak

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...