Sunday, 6 December 2009

Ninja Assassin Movie


Hai, nama saya Rain.

Ninja Assassin. Puh, terbelit urat kentut nak sebut assassin tuh. Semalam baru lepas tengok filem Ninja Assassin. Sebelum tengok, aku tak harap la filem ni hebat sehebat filem Ayat-ayat Cinta. Ceh! Pe jadah bandingkan filem aksi dengan filem jiwang. Haha... Aku agak filem ni macam filem kungfu cina lakonan Jackie Chan tu. Tapi aku silap. Filem ni memang lazat dowh! Penuh dengan adegan putus badan, kelar muka, perut ditoreh dan paling ngeri ialah picit pusat sampai sakit satu malam. Huh!

Hai, nama saya Rain. Berapa kali mahu saya ulang?

Filem ni buat aku dari mula tengok sampai habis duduk tak senang. Dilakonkan oleh pelakon Korea terkenal, Rain. "Hai, nama saya Rain". Hahaha. Dia melakonkan watak Raizo iaitu hero dalam filem nih. Dia belajar Ninja sejak daripada kecil di sebuah tempat tersembunyi yang melahirkan ninja-ninja pembunuh sejati. Dia diasuh oleh ayah angkat (tok guru) sehingga besar. Dia ni bercinta dengan seorang awek ninja (Kiriko). Pada suatu hari, Kiriko nak larikan diri daripada pusat latihan ninja pembunuh tu tetapi berjaya ditangkap lalu dihukum bunuh. So apelagi, sedih la kan si Raizo tu.

Ketika Raizo berjaya melakukan tugas membunuh seseorang untuk mendapatkan seutas jam tangan emas, dia diberi penghormatan oleh tok gurunya untuk membunuh seorang ninja yang khianat. Tapi Raizo tak buat dan sebenarnya Raizo ni pengkhianat terhadap tok gurunya dan ninja-ninja lain. Iyelah, sape suruh bunuh awek dia kan, mestilah dia sedih dan khianat. Akhirnya dia diburu oleh tok guru dan ninja-ninja lain. Macam biasalah, akhirnya hero mesti menang. Hehehe..

Masa adegan Raizo nak rembat jam emas tu, aku risau gak sebab aku ni minat jam. Kang tak pasal-pasal ninja buru aku untuk curi jam. Hak3! Gurau jek. Papepun, memang berbaloi lah tengok filem ni sebagai hiburan musim cuti. Kalau korang tak pernah tengok aksi ninja, tontonlah filem ni. Ninja bukan macam kungfu yang dah boring aku tengok. Haha... Ninja ni boleh hilang-hilang macam Jumper. Lepas tu kalau nak serang seseorang, dia kasik surat dulu, lepas mangsa bukak surat keluar pasir hitam baru ninja ni serang. Kesimpulannya, kalau korang dapat sepucuk surat yang berisi pasir hitam, jaga-jaga lah, tu maknanya ninja-ninja nak datang rumah kau. Hahahahahahak! Gurau jek.

7 comments:

diba said...

wah..yeke..diba xdr rase nk tg cite 2...sbb mmg igt msti kungfu2 bese je..huhu
tpi kire ok la...so leh bg brp star ni??hee

ayisy said...

diba, mula2 mmg ingat mcm kungfu2 tu tp yg ni lain sikit. Nama pun ninja kan. Huhuhu.. Selalu kungfu main terajang tumbuk jek kan. Ni main tikam, pancung, potong badan dan kelar-mengelar darah2. Hehehehe.. Boleh bg 4 star!

.sHaZa. said...

wah kire thrill jgk la cter neh yer..oke2..aknkku ke cinema 2moro jgk!
hehe

.sHaZa. said...

ayisy,twilight new moon neh not bad gakla.jacob tuh plak yg menyerlah.but da muvie is stil slow.
but shaza suker.hu.
n xsaba nk tggu eclipse n breaking dawn plk pasneh.
hoho.

ayisy said...

shaza, citer mmg agak ngeri. 18sg. Huhu..

Tahun lepas tgok twilight mmg best. Tahun ni plak mmg tgh pk nak pergi tgok. Huhuuuuu!

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

nanti aku tengok la cite ni...nampak macam best..

ayisy said...

pejuang kesenian extreme, selamat menonton filem ni nanti. :)