Monday, 21 December 2009

Aku Dapat Panggilan Menang Hadiah Macam Syiall Jek.

Yey! Dapat duit free! Lepas tu duit free jek kasik orang. Haha..

Aku dapat panggilan setan mana entah cakap aku menang cabutan bertuah bernilai RM5000. Muahahaha. Tengah sedap makan dengar bunyi telefon. Tengok skrin tulis Private Number jadi aku angkat jelah. Aku hello tanya ni siapa dia boleh buat bodoh plak dan cakap dari Kuala Lumpur kalau tak silap. Dengan nada konfiden dia cakap punya lah tenang, nombor telefon aku memenangi cabutan bertuah dan terpilih memenangi hadiah RM5000. Well, bila dia cakap camtu jek aku mula cuak teringat kisah ada orang kena pukau la, kena seludup dadah di luar negara lah. Belum sempat dia habis cakap aku dah tutup telefon mana tahu dia nak pukau aku ke. Potong stim aku nak makan jek.

Woi setan, kalau betul aku menang RM5000, bagi duit dulu lah baru aku percaya. Ni takder angin ribut tup-tup aku menang. Masuk pertandingan pun takder. Aku tahu setan macam lu sajek nak kencing pastu rompak orang takpun jadikan agen seludup dadah kan. Kat TV banyak dah cerita. Tapi aku cuak gak kalau dia pakai ilmu apa-apa untuk tarik aku. Bahaya woo... So, kalau terkena pada korang, tak payah la percaya. Mana ada orang nak bagi free duit banyak-banyak. Dah tu guna Private Number. Per barang! Kalau usha aweks pun aweks tak layan la wey. hak3!

Dah-dah. Stop.. Bye!

*gambar aku copy paste dari ehow.com

18 comments:

Cik norfa said...

bagus tindakan itu..memang jangan percaya langsung..
tapi dulu my sis ada kena..tapi dia layan..dia borak2 dulu..siap konon2 orang tu bagi no akaun dia lagi suh bankin kan duit kat dia kalau nak hadiah tu..ceh...! akak aku layan jerk.dia kata loghat macam indonesian...

Aidi-Safuan said...

haha...teringat time kat dalam klas ade sorang member tetiber menjerit "yeah!" kuat2. bila tanya,dia tunjuk sms dia menang braper puluh ribu tah daripada tongkat ali power root.huhu

zella said...

hehehhe...
tipu je tu...
prnah gak kena camni...
ckp la menag rm 1 juta pun daku xpercaya klu setakat ckp ngan air liur jer... hahahha

ocha said...

haha...jgn percaya..jgn percaya...=D

diba said...

tu la..mane ade org snang2 nk bg duit,,ceh...skng mmmg bnyk sgt kes pukau..bahaye2..huhu

ahsfantasy24 said...

hmm btol tuu, xya lyan..
kte pown pna tkena..
dusta smata2..huk3!

Nazz@Purple said...

Penah2 gak dpt panggilan tu..cam ner no sy terpilih..dia kate system cabut secara rawak..pastu dia mintak no acc la..pastu kene masukkan duit bape dulu la..baru dpt adiah tu..pale otak dia la kalo nak org percaye..

hati2..memang tak de bende yg dtg dgn mudah sekrang nie.

.::R A F I::. said...

aku pon pernah dapat mesej ckp cmtu..

sindiket tipu orang je tuh

seyesli ah

SuRayA^i. said...

ak pun penah kene mcm ni~~~
mse tu ak br bgn tdo pastu bgn2 je ade sms ckp ak mng brape ribu ntah..lalu ak yg tgh lalok tu pon trus call number tu..tp Allah nk tlg kot mse tu..bile die tnye no akaun ak trus krdit ak abes. slamat~~

Finaz said...

Ayisy, betul sgt tindakan u tuh.. hampeh diorg nih. Kekadang tertanya2 dari mana diaorg dpt no hp kita ek?

p/s: akak paham perasan ko yg TERpotong stim TIME makan lak lah dia nak call...hampeh betul!

Ijan said...

mmg de call rmbang cmni ah.aku pernah dpt call btau kad kredit aku menang cabutan bertuah.tp aku kad kredit pn xde.hahaha.lol

ayisy said...

kepada cik norfa, aidi safuan, zella, ocha, diba, ahsfantasy, nazzpurple, rafi, suraya, finaz, ijan.... Memang kita tak boleh percaya dgn panggilan atau sms yg mengatakan kita menang hadiah. Banyak kes orang kena tipu melalui cara nih. Lebih kesian bila tgok ada rakyat kita kena tangkap di luar negara akibat sindiket seludup dadah. Mula2 mereka dikatakan menang hadiah pergi oversea padahal nak dijadikan sindiket dadah. emmmm...

maaflah lambt balas komen korang, aku sakit gigi tadi sampai tak booleh nak ngadap laptop. hehehe.. apa-apa pun, terima kasih. :)

hans said...

hahahahah
aku sangat malas nak layan2 benda macam tu
ari tu ada nyonya tua call aku cakap aku dapat astro percuma 3 bulan
aku sembang kejap pastu aku bosan aku tutup hp
hahahah

ayisy said...

hans, hahaha... org zaman skrg mcm2 teknik buat nak tarik org.. Baik buat iklan di TV3, komfom ramai yg masuk. hehe..

sniffa93_aznil4eva said...

wahaa bgs!

slalunya kalau angkat tepon rumah org mesti baca doa dulu..haha gila lah takot coz tepon rumah xnampak number mereka yg kol en.

bgs2~!

ayisy said...

sniffa93, huhu... dulu masa zaman pakai telefon rumah, selalu org telefon salah number. skrg telefon rumah jd hiasan jek. :)

dunia said...

Janganlah percaya benda2 camni. Semua penipu belaka. Bila start keja, beli kereta, dah ada kad kredit... makin banyak benda camni akan kita terima. Bila nama & data kita dah ada di bank, maka banyaklah benda2 ni akan datang. Sekarang aku dah jarang terima benda2 ni. Dulu masa mula kerja, mmg banyak. Mungkin dah kena blacklist dengan diorang kot aku tak berjaya makan racun diorang.

Macam2 cara diorang nak perangkap kita. Cakap menang la, nak offer kad itu la kad ini lah, agen insuran lah... Semua tu hanya nak curi data peribadi lebih-lebih lagi nombo kad kredit kita. Aku & wife dah banyak kali dapat panggilan. Pernah seminggu berturut-turut macam2 syarikat telefon offer kad VIP lah, kad offer lah. Bukan free pun. Kena byr diorang. Cara nak byr? Kad kreditlah. Pandai tul nak curi nombo. Diorang nak nombo kad kita je. Bila dah ada nombo kita, bolehlah diklonkan kad kita tu. Tu yg banyak data bank kita bocor. Sapa yang bocorkan? Kita sendirilah.

Syarikat yg offer tu lak tak wujud pun. Tak didaftarkan pun. Nombo plak private taknak kasi kita trace. Ada gak berani call guna henfon sendiri.

Aku cakap dari pengalaman sendiri & kawan2. Sebab kita punya detail, syarikat2 ni dah ada. Ada org 'dalam' bank & syarikat telekomunikasi yang jual data kita kat diorang. Diorang akan call kita untuk offer kad diorg konon2. Padahal tak wujud pun sampai ada syarikat yg jual agama pun aku pernah terima.

Kawan aku burn RM500 dengan syarikat penipu ni. Tak wujud pun. Jangan percayalah adik2 sekalian dgn apa2 saja tawaran yg kita dapat dengan telefon, JANGAN PERCAYA LANGSUNG.

Ramai orang yg tak boleh dipercayai skrg. Orang dah tak kira halal haram cari rezeki skrg ni. Asalkan dapat duit, tak kiahlah bangsa sendiri yang tergadai, jatuh maruah & buang agama. Hati-hati semua.

ayisy said...

dunia, terima kasih dgn info yg diberikan. skrg mcm2 cara org nak dapatkan duit. member saya pun pernah terkena. org skrg kena lebih berhati2. terbaru tgok di media orang guna cara pukau. tu lagi bahaya. risau bila tgok.