Saturday, 5 December 2009

Wajah Baru Friendster


*Siapa tahu bila Friendster bertukar wajah? Aku baru tahu semalam :P

Dulu sebelum budak-budak main Facebook, diaorang layan Friendster, Myspace dan Tagged kan. Aku pun gitu gak, layan Friendster dulu kemudian main kayu tiga dengan Facebook. Hahaha. Lepas jumpa Facebook, terus aku lupakan nafkah Friendster sampai berhabuk bersawang dibuatnya. Bila semalam aku login untuk menjenguk Friendster tu, aikkk! Dah lain dah. Sejak bila plak dia menghiaskan dirinya? Macam mana aku boleh terlambat untuk tahu ni. Hehehe.

Biasalah, bila dah ramai orang curang, baru nak tergadah menghiaskan diri dan jaga badan. Dulu taknak sampai orang dah bosan tercanguk depan laptop tengok dia ni. Friedster ni bukan apa, bagi aku la dia ni kurang komunikatif la. Maksudnya susah nak komen, nak tukar status dan sebagainya. Ditambah pula dengan lagu-lagu, grafik flash dan sebagainya yang bagi aku melambatkan proses memuat turun data (ceh, ayat nak BM).

Takperlah Friendster, suka hati kau la nak buat apa. Yang penting, banyak kenangan sepanjang kita bersama dulu ye tak. Kau la banyak mengajar aku camne nak letak flash la, kod HTML la, tukar-tukar background lah. Kalau kau takder, mesti aku bodoh giler pasal komputer kan.

Apapun tahniah la buat Friendster yang berjaya mengubah imejnya yang lebih catchy tu. Dah macam cokelat Cloud 9 aku tengok. Hik3!


Kemas gak lah.

13 comments:

Finaz said...

akak x tahu. ni baru tau. isk..isk.. ktinggalan zaman betul..

muiz said...

nie baru aku thu...
nak check tgk gak la

ziRaH <3 y0u! said...

haha..
i pun bru tau smlm..
hee~
same lah!
;P

diba said...

ayisy...diba pn bru je tau..nak tgk ah pasni...hee

ayisy said...

Finaz, saya tahu pun sbb kawan ckp. Kalau kwn tak ckp mmg smpai skrg la tak tahu. Kih3!

Muiz, check jgn tak check. Hahaha..

zirah, yup! kita sama. Hehehe. Ke mmg baru smlm dia ubah. emmm?

diba, tengok jgn tak tengok. mana tau lepas ni jatuh hati dgn friendster plak. kih3!

fiD said...

perh! aku baru bukak ari tue, dah ubah!

Miss Lula said...

pun baru tau semalam..
heh..
lebih smooth kan? :D

AzwaZynal said...

haha aku nak tambah! dia bukan ada kale hijau je. :P
ada biru dan purple jugak! :P

ayisy said...

fid, dia berubah pun kita still dgn fb. hahaha..

Miss Lula, mmg lagi smooth dan sedap mata memandang. Tulisan pun besar. Hehe..

Azwa, oh, ada lagi 2 warna lain ehh. Makin dasyat friendster ni. Huhuhu...

.sHaZa. said...

hu.
fs da tuka wajah??
eish2x.
lme beno da aku xjenguk fs aku tuh.
da bekapuk kat ctu.
haha.

ayisy said...

shaza, a'ah. dah lain. huhuuhu.. cpat tengok! :)

akubukanartis said...

fs dah bertukar wajah tapi still tak dapat grab my attention. i just dont know why. huhu

ayisy said...

akubukanartis, ha'ah. walaupun bertukar wajah tapi fungsi sama jek. Ttp boring. hehe..