Yummy! Jom Cuba Nasi Bariani Power.


Bahagian Hadapan Restoran Bariani Power!

Restoran Bariani Power. Fuh...Glamorous! Pernah makan di sini? Kalau jalan-jalan di Batu Pahat tak sah kalau tak singgah makan Nasi Bariani. Nasi Bariani spesial sikit sebab susah nak dapat. Selalu orang buat masa kerja kahwin jek atau kenduri. Jadi kalau teringin nak makan pergi jek mana-mana warong/restoran yang menyediakan Nasi Bariani. Sekarang banyak pilihan restoran Nasi Bariani di Batu Pahat. Daerah lain aku belum usha lagi. Hehe...

Terbaru aku usha Restoran Nasi Bariani Power di Taman Soga. Dekat-dekat dengan Hospital Besar Batu Pahat. Ni kali kedua aku pergi. Best ke Nasi Bariani ni? Bagi aku memang best sebab sedap bai. Haha. Nasi Bariani Ayam/Kambing/Lembu peh!!! Manis nyum2!

Kalau nak test Nasi Bariani Gam pun ada. Yang ni spesial punyer dan harga selalunya lebih mahal sikit. Rasanya lagi kaw-kaw la. Kalau nak rasa kena pergi awal-awal sikit sebab hari tu aku pergi dah habis. Aiseymen, terlepas plak. Hehe..

Nyum3!

Nasi Bariani Ayam

Di sini ada kucing yang sangat cumell. Tapi dia baik tak mintak makan sebab dah gemok! Hari-hari makan nasi bariani tu pasal gemok.

Meja dan kerusi eksklusif.

Ok, aku senaraikan beberapa warong/restoran Nasi Bariani yang terdapat di Batu Pahat. Kalau korang nak rasa, pilih jek mana-mana tapi aku cadangkan Restoran Bariani Power! Yeh! Harga korang bawak jek sekeping RM10 dah dapat hidangan lengkap siap air. Cara?

*Nasi Bariani Power di Taman Soga.

*Nasi Bariani Gam di Taman Bukit Pasir.

*Nasi Bariani Mat Shah berdekatan jambatan Sg. Batu Pahat. Kawasan warong berderet tuh.

*Ruz Aladdin Restaurant - Briyani Gam Johor. (Lot 1243, Jalan Ulu Klang, Batu 4, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.) Ni siapa duk Kuala Lumpur/Selangor boleh pergi.

Comments

Suraya I. said…
walaweyh~~ns briani popular eh dkt bp? why la xpenah tau~harus pegi lps nh huhu~
naz. said…
wei aku pernah pergi situ. haha sumpah sedap giler. ;p
tak rugi woh.
ayisy said…
suraya, ha'ah. Popular di BP. Dulu tak tahu pun. Lepas belajar kat Pahang, lect tanya pasal Nasi Bariani BP. Paisey aku tak tau sehh.. Hak3!

Azwa, Hahaha. Sedap kan sedap kan? Mmg tak rugi. Lepas ni entry pasal cikong plak. hahaha..
zella y said…
sedapnya!
lapar plak hujan2 ni... =p
Anonymous said…
huhu..bru je lps lunch,
tetibe lapo lak nasi beriani...
area jb xde ke nasi beriani hah??
jauhnyer nk turun BP.
hans said…
weih,aku suka makan
paling asli nasib beriani gam memang dkt johor
sedap
Ya Allah
sonok makan time bulan posa ari tu
jom gi makan sekali weih
aku belanja pakai duit ko
hehehe
Sayang Amirah said…
nasi beriani kat tesco shah alam sedap ! :D

tapi yg ni lom penah try ag hee
ayisy said…
zella, apa lagi jom pegi makan. hehe.. saya cuti ni berat naik :P

zaza, Jb saya tak pasti la ada ke tak. Hehe. Daerah lain Muar ada kot. JB>>BP 2 jam jek. Saya selalu gak turun JB. :)

hans, hahaha. Kalau masa berbuka lagi masyuk bai. hehe.. kau belanja pakai duit aku? hak3!
ayisy said…
sayang, oh dekat shah alam pun ada eh. jadi org selangor marilah serbu nasi bariani tesco shah alam. huhuhu..
hans said…
hahaha
aku belanja pakai duit ko
aku ikhlas tau belanja ko
haha
eh,kalau ada fb atau ym sila add aku yer cikgu BM
ayisy said…
haha.. Ok, nanti aku add FB.
hans said…
thanks add aku wak kempret
hehehehe
ayisy said…
huhu.. sama2. Nama di FB tu nama samaran jek.
Afzainizam said…
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

salam untuk ayisy aku selalu gak pergi sana tak kiralah bukit soga tu ke kat hospital ke sebelah jambatan ke peserai tu ke... selalu je aku pergi nasi dia dah habis... tapi memang best paasal tu lah aku tak putus asa selalu je datang...

kalau kat kenduri kawin aku suka makan nasi area batu pahat pasal nasi beryani dia memang berasa best sangatlah.... terutama kat area parit mahang... best sangat
ayisy said…
afzainizam, oh, selalu gak ek bro turun BP. Memang kene pergi awal sbb cepat habis. Barang sedap! hehehe.. Kalau turun BP contact2 aku la. Hehe..
ayisy said…
noor afzan, hehehe. promote tmpt sndiri. :P
hans said…
hahahah
ayish...
aku suka nama ayish dari wak kempret
hahaha
ayisy said…
hans, haha.. Wak jempret nama klasik. :P
BiEha Besh said…
naper tak roger??dah dekat sangat ngan umah akak,,1 minit pun tak sampai,,,hihihhi,,sedap ke makan situh,?
ayisy said…
bieha besh, ala..camne nak roger takder no telefon.. hehehe.. Rasanya sedap lah. Kira puas hati lah :)
Unknown said…
akak selalu pegi kat nasi beriyani Mohd Shah. best, memang best, siap ada otak-otak lagi
ayisy said…
mila, Oh, kat Peserai tu kan. Kat situ memang ada otak2. Sg.Lurus pun ada gak otak2. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...