Monday, 14 December 2009

Makan-makan Di Radix Fried Chicken (RFC)


Itu dia!!! Jom kita serang!!! Mangan-mangan!

Masa kecik dulu aku memang tak suka makan. Mak ayah suruh makan nasi tak suka. Datang rumah orang kasik makan nasi malas giler nak makan. Hehe. Tapi bila dah besar makan ajer kerjanya. Cuti ni habis semua jenis makanan aku bantai. Daripada yang tradisional hinggalah yang moden. Terbaru aku mencuba satu lagi restoran fastfood keluaran bumiputera. Bangga siyut! Tepuk tangan tepuk tangan! Haha. Nama restoran nih RFC (Radix Fried Chicken), baru dibuka di Kluang. Nak cuba RFC punya pasal sanggup aku dan member turun Kluang dari Batu Pahat. Yeh!

Aku bersama Hafiz dan Fid bersemangat mencari RFC Kluang. Siap surf internet dulu cari lokasi restoran tuh. Hihi... Masuk jek restoran tu, pelayan menyambut dengan memberi salam. Wah! Gumbiranya! Masuk restoran dengan muka pening sebab 1st time datang tapi tetap dilayan ramah oleh pelayan. Habis semua menu dan harga diterangkan.

Order! Nyum-nyum! Fid sedang berfikir mahu makan apa.

Duti-duit! Haha. Sebelah aku Fid. Nak kenal dengan dia? Klik sini.

Yummy2!

Muka puas!

Bagi aku, menu dia memang boleh sekilo lah dengan KFC. Paling best ayam dia pedas seh! Masyukk! Cuma coleslaw dia kena bagi up sikit. Rasa kurang lemak. Aku order air koko Radix memang superb macam Hot Choc Cadbury. Yummy! Kemudahan seperti sinki dan tandas sangat baik. Bagi aku satu jek kekurangan RFC nih, kenapa tak buat promosi dan iklan besar-besar bagi menarik pelanggan datang. Sebelum ni aku tak tahu pun apa tu RFC, Fid cakap baru aku tahu. Ok, sekian terima kasih. Harap tokey RFC buatlah promosi untuk meningkatkan jenama korang supaya setanding dengan restoran fastfood lain. Chanteks!

Info tambahan tentang RFC ni boleh layari http://hpa.com.my/metrohpa/?cat=19

30 comments:

noor afzan said...

kat kluang je ke ada?
isk2 bilo la nak merasa nih..?

fiD said...

apis pulok nak balek cepat, aduyai, heee

ayisy said...

noor afzan, tak pasti la. Kat kawasan utara Malaysia banyak kot. Lagipun jenama ni baru nak up. Huhu..

fid, dia takot keter kene rembat. hehehe

Finaz said...

1st time dgr RFC. Kalo ada kat Lembah Klang nak gak try. Cam best jer.. tapi RFC nih ada kaitan dgn Coffee Radix tu ker?

ayisy said...

Kak Finaz, dengar kata RFC ni banyak kat Utara. Dia bawah syarikat HPA. Jadi memang Coffee Radix tu sama syarikat dgn RFC ni. Huhu..

FiFFyMaFiA (",) said...

napa dorang tiru nama kfc? napa xda trademark sendiri?

ayisy said...

fiffymafia, saya tak pasti la. Mungkin ni cara diaorang market. Tapi RFC memang sedap dan boleh lawan KFC dia punyer rasa. Huhu.. :)

sue said...

dapnye... neway...jon join gengblogger. besh!!

ayisy said...

memang sedap! air kokonya sedap! hehehe. camne nak join geng blogger?

sue said...

g ke gengblogger.com okeyh...
join tau

ayisy said...

Orait!!!

amirsyah al-bahanji said...

ha.. tu la ayish. aku promote barang hpa kat maktab, ko xnak tau. kalo tak, dah lame ko tau pasal RFC ni. hehe..

apepun, memang membanggakan kan? tak sangka la orang Islam boleh maju ekonomi sampai tahap ni. bukan setakat RFC je tau. try la bukak web site die. ceh, pomot lak..

ayuh support produk muslim!

ayisy said...

amirsyah, hahaha.. eh? kau ada promote brg HPA ke? Kalau air coke HPA tu bukan aku taknak. Sebab masa tu aku dah kenyang. Hehe...

Memang membanggakan. Cuti ni aku merayap banyak dah org Islam berniaga. Tak susah nak cari kedai milik org Islam. Kat bandar2 besar pun camtu gak.

Tapi member aku cakap ada barang makanan guna imej Islam padahal tokey bukan Islam. Emmm....

Deqna A.J said...

AYISY,aku yakin lah lepass nih badan kau akan tembam mcm belon udara panas tu.

hahaha.mkn jewk kejo ko cuti ni eaa.

Deqna A.J said...

fid tu mcm comell je.kim slm kat fid ko tuh.

;p

ayisy said...

deqna, hehehe. Tapi badan aku jenis kurus. Klu tembam pun naik sem jek kurus balik. keh3!

Fid mmg comel. Nnt aku kim salam kat dia. :)

zella said...

nmpak sedap jer.. tp xprnah nmpak kt area klang valley la...

zool said...

Bila nak sampai Melaka ni

megat said...

erk? tak pernah dengar pun pasal RFC ni? kat kluang eh? tak jauh berjiran je dgn kota tinggi.

nanti bawak anak bini pegi cuba (he3). info cun! thanks!

ayisy said...

zella, bg saya mmg sedap. boleh lawan KFC la. huhu... Kat area Klang Valley tak pasti la plak. Dengarnya area Utara Malaysia byk. Kat selatan ni pun baru 1 ni saya jumpa.

zool, Melaka? Aku selalu gak lepak Melaka. Hehe

ayisy said...

megat, saya pun baru dengar ni. RFC ni dgrnya bawah anak syarikat HPA. Stkat ni kat Johor saya jumpa di Kluang jek. Megat org Kota eh? Apa lagi, turun Kluang! Hehe...

Aidi-Safuan said...

xpernah jumpa lagi.ciss

ayisy said...

Aidi-Safuan. Aku pun ni baru 1st time jumpa. Mungkin baru nak naik kot. Lama2 banyak la cawangannya tu nanti. Hehehe..

mukasurat17 said...

terliur2....
RFC gempak ah. tp xpenah jumpe pon.

ayisy said...

mukasurat17, RFC memang gempak! Huhu. menu dia boleh tahan. Sedap! Setakat ni cawangan dia belum meluas lagi. Tunggu masa akan datang, mesti dah banyak. Hehe..

amirsyah al-bahanji said...

haha.. aku mls nk cite beria2 sangat kat orang.. stakat ni bnyk pkai sndri je.. heh

tapi klo ko dpt kenal lebih dlm dengan HPA, mgkn ko pn akn kagum, macam aku kagum.

bbrp pkara yg aku leh cite:
1. 100% muslim. dari pengarah urusan, pengarah2 lain, pengurus2 lain, pkerja2, smpi ahli bwah. ahli bwh tu dibuka jgk utk bkn Islam, tp x ramai yg bthn sbb mgkn xthn dgn unsur keislaman yang begitu kedepan. faham2 je la kan..

2. kilang diorang dah ade brapa tah serata msia ni. lebih 7 dh kot.

3. pekerja kilang - wajib org islam, msti ttup aurat, sblm keje wajib solat dhuha dan baca mathurat. (berkat2..)

4. kalau ckp psl MLM - yg ni MLM Syariah ptama di Malaysia. diorg siap tnjuk senarai panel syariah. alhamdulillah, semuanya memang berkelayakan dalam bisnes syariah.

5. aku pnh join kursus die - sebijik cam khemah ibadah. ade qiamullail, solat jemaah, lagu tema nsyid, dsb. hotel tmpt diorg bt kursus tu dpstikan tak jual arak.

tu serba sedikit la pasal HPA yg aku tau. klo nak tau lebih, mai bilik.. haha

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

ayisy said...

amirsyah, terima kasih utk info kau tuh. Semoga kau berjaya dlm bidang yg kau buat tu. :)

bujang susah, terima kasih saudara. blog tips blogger tu mmg penuh informasi. sebelum ni saya cari maklumat pasal read more. jadi di blog saudara ada tutorial tersebut. ada masa saya akan cuba aplikasikan. terima kasih!

zaza said...

actually i keje ngan HQ HPA kt perlis...so thanks for ur support g mkn kt cawangan terbaru kami...

i bhgian accounting..so the next cawangan maybe rawang....

jemput lah lg ea dtg RFC...halal gtu...hehe

ayisy said...

zaza, oh! kerja di HQ HPA eh? wahh.. apa lagi, buatlah cawangan di Batu Pahat atau Kuala Lipis. Hehe.. Batu Pahat kampung saya, Kuala Lipis tempat belajar saya. hihihi...