Makan-makan Di Radix Fried Chicken (RFC)
Itu dia!!! Jom kita serang!!! Mangan-mangan!
Masa kecik dulu aku memang tak suka makan. Mak ayah suruh makan nasi tak suka. Datang rumah orang kasik makan nasi malas giler nak makan. Hehe. Tapi bila dah besar makan ajer kerjanya. Cuti ni habis semua jenis makanan aku bantai. Daripada yang tradisional hinggalah yang moden. Terbaru aku mencuba satu lagi restoran fastfood keluaran bumiputera. Bangga siyut! Tepuk tangan tepuk tangan! Haha. Nama restoran nih RFC (Radix Fried Chicken), baru dibuka di Kluang. Nak cuba RFC punya pasal sanggup aku dan member turun Kluang dari Batu Pahat. Yeh!
Aku bersama Hafiz dan Fid bersemangat mencari RFC Kluang. Siap surf internet dulu cari lokasi restoran tuh. Hihi... Masuk jek restoran tu, pelayan menyambut dengan memberi salam. Wah! Gumbiranya! Masuk restoran dengan muka pening sebab 1st time datang tapi tetap dilayan ramah oleh pelayan. Habis semua menu dan harga diterangkan.
Order! Nyum-nyum! Fid sedang berfikir mahu makan apa.
Duti-duit! Haha. Sebelah aku Fid. Nak kenal dengan dia? Klik sini.
Yummy2!
Muka puas!
Bagi aku, menu dia memang boleh sekilo lah dengan KFC. Paling best ayam dia pedas seh! Masyukk! Cuma coleslaw dia kena bagi up sikit. Rasa kurang lemak. Aku order air koko Radix memang superb macam Hot Choc Cadbury. Yummy! Kemudahan seperti sinki dan tandas sangat baik. Bagi aku satu jek kekurangan RFC nih, kenapa tak buat promosi dan iklan besar-besar bagi menarik pelanggan datang. Sebelum ni aku tak tahu pun apa tu RFC, Fid cakap baru aku tahu. Ok, sekian terima kasih. Harap tokey RFC buatlah promosi untuk meningkatkan jenama korang supaya setanding dengan restoran fastfood lain. Chanteks!
Info tambahan tentang RFC ni boleh layari http://hpa.com.my/metrohpa/?cat=19
Comments
isk2 bilo la nak merasa nih..?
fid, dia takot keter kene rembat. hehehe
join tau
apepun, memang membanggakan kan? tak sangka la orang Islam boleh maju ekonomi sampai tahap ni. bukan setakat RFC je tau. try la bukak web site die. ceh, pomot lak..
ayuh support produk muslim!
Memang membanggakan. Cuti ni aku merayap banyak dah org Islam berniaga. Tak susah nak cari kedai milik org Islam. Kat bandar2 besar pun camtu gak.
Tapi member aku cakap ada barang makanan guna imej Islam padahal tokey bukan Islam. Emmm....
hahaha.mkn jewk kejo ko cuti ni eaa.
;p
Fid mmg comel. Nnt aku kim salam kat dia. :)
nanti bawak anak bini pegi cuba (he3). info cun! thanks!
zool, Melaka? Aku selalu gak lepak Melaka. Hehe
RFC gempak ah. tp xpenah jumpe pon.
tapi klo ko dpt kenal lebih dlm dengan HPA, mgkn ko pn akn kagum, macam aku kagum.
bbrp pkara yg aku leh cite:
1. 100% muslim. dari pengarah urusan, pengarah2 lain, pengurus2 lain, pkerja2, smpi ahli bwah. ahli bwh tu dibuka jgk utk bkn Islam, tp x ramai yg bthn sbb mgkn xthn dgn unsur keislaman yang begitu kedepan. faham2 je la kan..
2. kilang diorang dah ade brapa tah serata msia ni. lebih 7 dh kot.
3. pekerja kilang - wajib org islam, msti ttup aurat, sblm keje wajib solat dhuha dan baca mathurat. (berkat2..)
4. kalau ckp psl MLM - yg ni MLM Syariah ptama di Malaysia. diorg siap tnjuk senarai panel syariah. alhamdulillah, semuanya memang berkelayakan dalam bisnes syariah.
5. aku pnh join kursus die - sebijik cam khemah ibadah. ade qiamullail, solat jemaah, lagu tema nsyid, dsb. hotel tmpt diorg bt kursus tu dpstikan tak jual arak.
tu serba sedikit la pasal HPA yg aku tau. klo nak tau lebih, mai bilik.. haha
bujang susah, terima kasih saudara. blog tips blogger tu mmg penuh informasi. sebelum ni saya cari maklumat pasal read more. jadi di blog saudara ada tutorial tersebut. ada masa saya akan cuba aplikasikan. terima kasih!
i bhgian accounting..so the next cawangan maybe rawang....
jemput lah lg ea dtg RFC...halal gtu...hehe