Friday, 4 December 2009

Reunion Asbenta SMKDBL

Tidak ada perkataan untuk menggambarkan perasaan ketika dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan seperjuangan ketika zaman sekolah dulu. Tadi malam warden asrama SMKDBL telah membuat majlis reunion untuk penghuni asrama SMKDBL. Tak sangka, mula-mula ingat cuma junior-junior jek datang tapi rupanya senior-senior pun datang. Hak3! Teringat senior-senior aku yang kuat membuli dan perangan terejal masa kat asrama dulu. Tapi sekarang dah baik dah. Kelakar betul bila berjumpa kembali. Ada yang dah gemuk, rambut panjang dan ada jugak perangai tetap sama macam dulu lagi. Rocks!

Tempoh masa lima tahun telah banyak berubah. Baik dari segi fizikal sekolah mahupun fizikal pelajarnya. Haha... Lima tahun dulu... Lama tu beb. Tapi aku memang respek lah dengan dua orang warden kami yang masih ingat nama-nama pelajar yang tinggal di asrama. Nama senior aku pun masih ingat lagi tuh. Makan kismis jenama apa lah agaknya. Apa pun, aku rasa pelajar tingkatan lima dan enam pada tahun ini adalah batch terakhir yang aku masih boleh kenal diaorang. Yang tingkatan enam tuh kiranya sezaman dengan aku lah.

Well, majlis reunion ni dengan dimulakan jamuan makan seterusnya diakhiri dengan karaoke. Sesi karaoke ni dimonopoli oleh abang-abang senior aku. Hak3! Tengok diaorang nyanyi memang tak berubah masa diaorang nyanyi lima tahun dulu. Huh! Majlis berakhir sekitar jam 12 tengah malam. Aku dah badi nak balik lalu jalan Tanjung Labuh Batu Pahat beb. Nasib baik Hafiz follow aku. Tak nak seram plak kan lalu kawasan kubur Cina dan selekoh-selekoh maut tengah malam. Pecut habis bawak motor. Kereta dah takder. Sebuah dua jek kalau jumpa. Ok, aku harap tahun depan dapat lagi kita buat majlis reunion sebegini. Bukan senang ye tak nak jumpa balik kawan-kawan lama, kawan-kawan yang buli kita dulu, kawan-kawan yang kita buli dulu, cikgu-cikgu dan sebagainyalah. Hak3! See you tahun depan plak ok!


Dari zaman dulu sampai sekarang, muka ni memang muka karaoke. Hehehe...

Nyanyi jangan tak nyanyi.

Jamuan disediakan secara percuma. Datang bawak perut jek.

Junior

Senior, junior dengan warden kami.

Maaflah gambar kabur. Gambar ambil pakai HP jek. Gambar baik punyer aku belum terima daripada rakan-rakan.


4 comments:

fiD said...

kerugian aku nie, xpeww,,, nanti wat lagi taun depan kan, ohhooho,, aku nampak ainol mancah dah gemok!

ayisy said...

fid, ainol mancah mmg gemok. Jalak pun gemok, Haris pun gemok. Hahaha. Yang menten cuma Emi, Azam, Ikhwan Nabil, Apo dgn Zai.

Finaz said...

"Baik dari segi fizikal sekolah mahupun fizikal pelajarnya" hehe.. lawak2..

ayisy said...

Finaz, hehehe.. fizikal budak dah ada yg gemuk lah, tembam lah. Macam-macam. :)