Zaman Pakai Walkman Kaset.
Ni walkman Sony aku. Beli tahun 2002 kalau tak silap.
Kecik-kecik zaman sekolah menengah dulu benda alah ni la paling harammm! Haha. Dah la mahal masa tu. Aku beli RM95 rasa kaya giler seh. Haha. Dulu mana ada MP3 apa jadah tu semua (kalau ada masih sikit). Zaman awal tahun 2000 orang masih pakai kaset dan cd lagi. Walkman pun besar cam syiall. Pakai masa dalam bas peh memang kerek lah. Lagi-lagi kalau pakai walkman jenama Sony atau Aiwa. Cuma satu jek aku tak pernah buat, gantung walkman kat pinggang. Sebab kalau pakai bapak poyo nak mampus. Hehehe.
Walkman ni haram dibawa ke asrama. Nak bawak pandai-pandai save la kan. Senior pinjam memang sakit pale la, pinjam pastu buat macam bapak dia belikan plak. Satu hal nak beli kaset. Yang ori mau makan RM17 masa tu. Mahal bai sebab duit masa sekolah RM10 seminggu. Dapat angkat sebijik kaset fuh suka beb. Tapi pakai kaset leceh, bila nak dengar satu-satu lagu kena reverse atau rewind. Dah la lambat nak tunggu pastu kena pandai-pandai agak. Bukan macam MP3 atau CD tekan jek lagu yang kita nak terus play.
Sebab utama aku pakai walkman nak dengar radio. Masa tu tengah giler radio habis semua penyampai radio kegemaran aku hafal namanya. Frekuensi tiap-tiap channel radio pun aku hafal. Masa zaman tu radio Era tengah popular. Tiap minggu tunggu carta Era. Haha. Walkman-walkman. Mengajar erti susah payah untuk mendapatkan hiburan. Sekarang? Haha. Buka laptop double klik jek dah berbunyi. Nak lagu baru cari dan muat turun tak sampai 10 minit dah dapat. Percuma plak tu. Hak3! Mudahnya zaman sekarang.
Ok, tu jelah nak cerita. Cerita banyak-banyak kang terlebih kencang plak. Huhu. Bye!
Radio masih berfungsi baik. Kaset kondem sikit.
Pakai walkman mesti mahu ada style!
Tapi aku tak pernah pakai walkman camni. Jadah haram mencapap!
Terbaek dari zaman dahulu.
Comments
aku pakai walkman free yg bila bateri energizer tu jer
hahaha
skrg ada MP3 dah
aku letak dkt dalam poket mp3 aku pastu sambung dkt telinga
layan jer
same gk cm camera kasi masuk kodak tu..skg dh xpyh kodak2...digital jer semuanyer...hehe
aini, huhu. walkman tu agak femes sebab antara plg murah. nak beli yg rm200 ke atas tak mampu masa tu. :)
zella, huhu. Saya beli handphone yg ada mp3, masa mula2 jek pakai. dah ada laptop tak pakai2. hehe.
zaza, hehe. susah nak jumpa walkman skrg. kat kedai dah takder jual. klu ada pun kedai2 buruk jek. kamera pun senasib. dah takder org pakai filem kodak tu. hehe..
hp aku murah jer
xder mp3
tu aku beli tu
layan dalam bas waktu balik umah
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini
memang betul lah aku kat asrama pun curi-curi bawak... tapi last-last kena curi ngan warden ceh tak guna punya warden
tp pastu die mmg beli mp3 pon. lame dh menyimpan cita2 tuh, ptt pn pkai earphone. heh
amirsyah, oh..ada gak org camtu ekk. mungkin bg dia style kot. hehe..