Saturday, 26 December 2009

Mi Bandung Muar Sedap Dowh!


Restoran Mi Bandung Muar.

Hari Sabtu lepas aku nak pergi Muar. Teringin nak rasa Mi Bandung Muar. Dengar cerita sedap nak mampus. Aku pun tak pernah rasa. Tengah syok merempit tiba-tiba hujan plak di tengah jalan. Terus tak jadi pergi. Selasa lepas sekali lagi aku pergi bersama member. Wuuhuuu! Hujan gak tapi dah jauh perjalanan so redah jek hujan. Hehe.

Susah gak nak cari warong yang jual Mi Bandung Muar yang spesial. Terpusing-pusing bandar Muar beberapa kali sehinggalah terjumpa seorang mak cik yang baik. Mak cik tu tunjukkan lokasi restoran/warong Mi Bandung Muar yang tersedap di Muar. Haha. Terima kasih mak cik.

Lepas jek jumpa restoran Mi Bandung Muar, kami order dan makan dengan masyuknya. Peh! Walawehhh! Sedap Dowh Mi Bandung Muar. Dia punyer kuah aku minum sampai licin... Huuuuhhhh! Sedap! Siyes! Tak menyesal aku redah hujan semata-mata nak rasa Mi Bandung Muar. Hehe. Harga murah jek RM3.50. Nyum3!

Keadaan dalam restoran yang cantik.

Itu dia dua orang chef sedang membuat Mi Bandung Muorr!

Haha. Ni la namanya menatang Mi Bandung Muar.

Yummy!

"Ayisy, nak sikit mi bandung?" kata kucing ini.

Sebelum balik, aku bertiga lepak jap di Sungai Muar. Apa entah nama tempat tu. Memang syok la sebab ada angin bertiup, kawasan riadah, kedai-kedai dan tempat istirehat. Cuci mata tengok orang berlatih kayak di sungai. Huhu..

Lepaks di tepi Sungai Muar.

Ok, hari-hari akan datang aku tak tahulah nak cuba apa. Mungkin aku nak usha J.CO plak. Ada peluang aku review di blog ni. Woit TV3, aku rasa nak jadi pengacara Jalan-jalan Cari Makan lah. Hak3!

24 comments:

zella said...

sedapnyer mee bandung...
dulu kat kolej ade restoran jual mee bandung muar... sedap gak...
tp org ckp lg best yg kat muar punyer...

p/s: dh gi johor tp xsmpat gi mkn mee bandung... =(

ayisy said...

zella, dulu saya pun selalu nampak mi bandung tp tak terfikir nak makan. Sekarang baru terfikir. Hehe. Saya rasa memang kat Muar punyer best. Lagipun mi bandung trademark Muar. :)

kasutburuk said...

wow...sdpnye dpt mkn mee bandung muar kat muar...

tp ada lg 1 yg sdp+best= mee bandung yg dimasak oleh bapak wawa hehe...

bapak wawa pny mee bandung mmg best ntah bila lah bapak die nak bukak kedai....huuuu

ayisy said...

kasutburuk, huhu. Bapak wawa? Bila kau rasa mi bandung bapak wawa?

hans said...

oit,jgn memandai nak ganti maria tunku sabri
aku take over dlu
hahahah
gemuk la weih ko ganti dia
aku xper
dah memang gemuk
kuikuikui

hans said...

sedap ker oit?
nanti bawa aku gi makan sana

ayisy said...

hans, hahaha... ala, nnt kau dah kejer kat tv3 panggil la aku jadi crew kau. hehe.. Kat Muar mi bandungnya mmg sedap giler. Nanti aku dah jadi pengacara Jalan2 Cari Makan aku belanja kau. :)

hans said...

hhahaha
ko memang tak takut gemuk ekk?
pasnih ko jadi ayish tunku sabri la
ekekeke
jgn risau la...doakan aku insyaallah kalau dapat jadi aku panggil la ko

hans said...

eh ko lahir 88 ke 89?
bagitahu dkt chatbox...

sya_am said...

leh ganti maria tunku sabri neh..hehe~

pUrpLekitTy said...

yupp,,mi bndung mu0 mmg sdap..!
baek pnyer..!
da sllu sgt da mkn..
[kerek sat..]
h0h0~

~Vi0LeT=) said...

perghh...
miz mee bndung mu0..he3

~Vi0LeT=) said...

perghh...
miz mee bndung mu0..he3

nursarah87 said...

mmg sedap..org cina pun puji mee bandung muar sedap, org melayu apatah lagi...huhu

fiD said...

macam aku jek yg masak nie,ohhoohh

ayisy said...

sya_am, hehehe. kalau boleh ganti best gak. boleh buat part time. :P

purplekitty, wah..untungnya dpt mkn mi bandung selalu. kat tempat sy tak sedap sgt mcm kat Muar. Huhu..

violet, huhu.. Muar.,,bukan Muorrr.. Hehe..

nursarah, gempak gak mi bandung muar ni. selama ni tak tahu la plak. hehe..

fid, kau ke aweks kau? ekekeke...

syeramomo said...

o0o..
lw cm 2 km0o knela dtg mu0 sllu..!
hahaha~

miaishika said...

waaa~~~sdap2~pasni try asam pdas lak k...hihi...
ngan mee rebus taw...hoho

ayisy said...

syeramomo, kalau cuti panjang lg mmg saya selalu dtg muor. skrg cuti tinggal seminggu.. huk! sy belajar kat negeri orang, jauh dari Johor.

miaishika, yup kalau ada peluang mmg nak cuba asam pedas dan mee rebus kat Muar plak. Hehe. Mcm2 ada kat Muar rupenyer. Selama ni saya tak tahu. :P

Nazz@Purple said...

Memang layak jd pengacara jln2 cari makan la ko ni ayisy..

kasutburuk said...

aku ada g umah die ngn family time cuti2 m'sia bulan 6 dulu....

ko xnk tunjuk skill msk mee bandung??kata org johor kn....hehe

Rose Idayu Roslan said...

pernah makan mee bandung muar kt kdi tu..memang the best laa..
kdi tu dekat je ngn skola dlu..
rindu plk kt muar.haha

.millalara. said...

yeahhh..pnah makan disitu juga ohh.. terbaekkk!

haaa.. J.co tetap menjadi pojaan hati compared to big epel,, dunkin,, krispy kreme dan donat atas tabur gula itu.. huuu~

ayisy said...

nazz@purple, tp masalahnya nnt sy keje cikgu. huhuhu..

kasutburuk, oh.. aku reti masak megi bandung. sedap gak lah. hahaha...

rose idayu roslan, oh.. kire femes gak ekk warong ni. byk org tahu. :)

millalara, wah! ramai org cerita psal j.co ni. tak sbr nak try. huuuhu..