Old School Watch Advertisement.

Kalau yang minat jam tangan, apa kata kita layan jap iklan-iklan jam tangan zaman dulu-dulu. Sekarang aku tengok macam dah takder jek iklan jam tangan kat TV. Syarikat jam dah tak cukup duit ke nak buat iklan? Hik3! Aku cuma nampak iklan jam kat majalah dan surat khabar jek. Tu pun jenama mewah yang tak semua rakyat Malaysia mampu beli termasuk aku. Mungkin zaman sekarang orang dah tak minat pakai jam tangan kot sebab dah ada jam kat handphone. Bagi aku walaupun pakai handphone, leceh sey nak korek kocek tengok handphone. Nak tekan-tekan bagi lampu nyala lagi. Hehehe...

Satu lagi yang aku sedih majalah jam tangan luar negara asyik cakap pasal jam mewah jek. Bosan siyut... Website pasal jam pun sama. Bosan sebab tak mampu beli. Kalau aku jutawan pun aku takkan beli sebab bagi aku jam beratus ribu macam tak berbaloi dibeli walaupun aku minat jam. Baik beli rumah takpun kereta mewah. Haha. Merepek dah. Jom cuci mata sambil tengok teknologi pengiklanan dan jam tangan zaman dulu-dulu. OOOOOrriiiiienntt! Peh, tak boleh blah siyut suara dalam iklan tuh. Kih3!

Comments

syazanaramli said…
aisy....sy nk tny psl ads by nufnang tu..
y da reg da kt nuffnang...pt da veryfy email sume.pt cne sy nk dpt advertsment dia? n perlu ke sy add gadget(ads) kt layout g? ke xyh? ke cne? hope dpt lg..
ni blog sy, tp br je...xbes sgt pon k..
http://syazanaramli.blogspot.com/
kelakar tengok iklan dulu....
Nak jual jam punya pasal..
ayisy said…
syazanaramli, lepas register di nuffnang, klik add ads, pilih saiz advertsment dan copy kod yang diberi. Lepas tu pergi dekat blog, pilih gadget HTML/JavaScript, paste jek kat situ. :)
ayisy said…
pejuang kesenian extreme, dulu2 iklan mmg kelakar, grafik retro. Suara skema. Haha..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...