Aku Dapat Panggilan Menang Hadiah Macam Syiall Jek.
Yey! Dapat duit free! Lepas tu duit free jek kasik orang. Haha..
Aku dapat panggilan setan mana entah cakap aku menang cabutan bertuah bernilai RM5000. Muahahaha. Tengah sedap makan dengar bunyi telefon. Tengok skrin tulis Private Number jadi aku angkat jelah. Aku hello tanya ni siapa dia boleh buat bodoh plak dan cakap dari Kuala Lumpur kalau tak silap. Dengan nada konfiden dia cakap punya lah tenang, nombor telefon aku memenangi cabutan bertuah dan terpilih memenangi hadiah RM5000. Well, bila dia cakap camtu jek aku mula cuak teringat kisah ada orang kena pukau la, kena seludup dadah di luar negara lah. Belum sempat dia habis cakap aku dah tutup telefon mana tahu dia nak pukau aku ke. Potong stim aku nak makan jek.
Woi setan, kalau betul aku menang RM5000, bagi duit dulu lah baru aku percaya. Ni takder angin ribut tup-tup aku menang. Masuk pertandingan pun takder. Aku tahu setan macam lu sajek nak kencing pastu rompak orang takpun jadikan agen seludup dadah kan. Kat TV banyak dah cerita. Tapi aku cuak gak kalau dia pakai ilmu apa-apa untuk tarik aku. Bahaya woo... So, kalau terkena pada korang, tak payah la percaya. Mana ada orang nak bagi free duit banyak-banyak. Dah tu guna Private Number. Per barang! Kalau usha aweks pun aweks tak layan la wey. hak3!
Dah-dah. Stop.. Bye!
*gambar aku copy paste dari ehow.com
Comments
tapi dulu my sis ada kena..tapi dia layan..dia borak2 dulu..siap konon2 orang tu bagi no akaun dia lagi suh bankin kan duit kat dia kalau nak hadiah tu..ceh...! akak aku layan jerk.dia kata loghat macam indonesian...
tipu je tu...
prnah gak kena camni...
ckp la menag rm 1 juta pun daku xpercaya klu setakat ckp ngan air liur jer... hahahha
kte pown pna tkena..
dusta smata2..huk3!
hati2..memang tak de bende yg dtg dgn mudah sekrang nie.
sindiket tipu orang je tuh
seyesli ah
mse tu ak br bgn tdo pastu bgn2 je ade sms ckp ak mng brape ribu ntah..lalu ak yg tgh lalok tu pon trus call number tu..tp Allah nk tlg kot mse tu..bile die tnye no akaun ak trus krdit ak abes. slamat~~
p/s: akak paham perasan ko yg TERpotong stim TIME makan lak lah dia nak call...hampeh betul!
maaflah lambt balas komen korang, aku sakit gigi tadi sampai tak booleh nak ngadap laptop. hehehe.. apa-apa pun, terima kasih. :)
aku sangat malas nak layan2 benda macam tu
ari tu ada nyonya tua call aku cakap aku dapat astro percuma 3 bulan
aku sembang kejap pastu aku bosan aku tutup hp
hahahah
slalunya kalau angkat tepon rumah org mesti baca doa dulu..haha gila lah takot coz tepon rumah xnampak number mereka yg kol en.
bgs2~!
Macam2 cara diorang nak perangkap kita. Cakap menang la, nak offer kad itu la kad ini lah, agen insuran lah... Semua tu hanya nak curi data peribadi lebih-lebih lagi nombo kad kredit kita. Aku & wife dah banyak kali dapat panggilan. Pernah seminggu berturut-turut macam2 syarikat telefon offer kad VIP lah, kad offer lah. Bukan free pun. Kena byr diorang. Cara nak byr? Kad kreditlah. Pandai tul nak curi nombo. Diorang nak nombo kad kita je. Bila dah ada nombo kita, bolehlah diklonkan kad kita tu. Tu yg banyak data bank kita bocor. Sapa yang bocorkan? Kita sendirilah.
Syarikat yg offer tu lak tak wujud pun. Tak didaftarkan pun. Nombo plak private taknak kasi kita trace. Ada gak berani call guna henfon sendiri.
Aku cakap dari pengalaman sendiri & kawan2. Sebab kita punya detail, syarikat2 ni dah ada. Ada org 'dalam' bank & syarikat telekomunikasi yang jual data kita kat diorang. Diorang akan call kita untuk offer kad diorg konon2. Padahal tak wujud pun sampai ada syarikat yg jual agama pun aku pernah terima.
Kawan aku burn RM500 dengan syarikat penipu ni. Tak wujud pun. Jangan percayalah adik2 sekalian dgn apa2 saja tawaran yg kita dapat dengan telefon, JANGAN PERCAYA LANGSUNG.
Ramai orang yg tak boleh dipercayai skrg. Orang dah tak kira halal haram cari rezeki skrg ni. Asalkan dapat duit, tak kiahlah bangsa sendiri yang tergadai, jatuh maruah & buang agama. Hati-hati semua.