Ronggeng Di Tanjung Piai. "Penghujung Benua Asia"



Tanjung Piai. Mungkin nama tempat ni tak sepopular Tanjung Rambutan ataupun Tanjung Harapan. Haha... Gurau jek. Well, Tanjung Piai merupakan satu tempat di mana ia terletak di hujung benua Asia paling ke selatan ataupun orang kata "Penghujung Benua Asia".

Sepanjang cuti ni aku dah bosan selalu shopping dan makan-makan jek. Jadi kali ni apa kata aku pergi ke tempat alam semulajadi. Hehe. Kalau kat Pahang aku selalu lepak air terjun, jadi bila dah kat Johor nak lepak air terjun jauh sangat. Fikir-fikir kat Johor ni ada apa ekk. Last-last dapat idea pergi Tanjung Piai. Yeh! Hari tu aku ada baca satu blog peminat jam dan dia cerita masa pergi Tanjung Piai. Tengok gambar macam masyuk. Tu yang menggeletis nak pergi. :P

Tanjung Piai ni terletak di daerah Pontian. Kalau dari Batu Pahat naik motor dalam 2 jam, dari Johor Bahru aku rasa dalam 1 jam gitulah. Dari Kuala Lumpur aku rasa dekat 5-6 jam kot. Dari Laos aku rasa mau makan dua hari. Hehe. So, aku bermotoran jek sebab Hafiz malu-malu plak nak sebat kereta abang dia. Malu kucing plak mentang-mentang kat rumah jadi pusat asuhan kucing. Keh3!

Apekebenda alahnya Tanjung Piai ni? Bila korang jejak jek kaki di Tanjung Piai, pemandangan yang korang nampak ialah hutan paya bakau, lumpur, laut dan jeti. Bayaran masuk cuma RM3.00 untuk pelajar. Orang biasa aku tak perasan la plak. Siapa yang bawak superbike dan kereta dikenakan bayaran parking. Bawak motor kecik macam aku free jek. Kalau kena bayar gak aku sut kepala diaorang nanti. Senang cerita bawak la duit spare bila ke sini.

Parking jek motor, aku dan member disambut oleh monyet-monyet. Ceh! Nasib baik monyet tu tak pow makanan aku. Hahaha. Mula-mula jalan kaki di jeti hingga ke tengah laut. Masyuk bai lepaks kat jeti tuh. Angin kencang lebat, banyak kapal-kapal besar kelihatan di laut. Binaan jeti aku tengok ok lah, kemas dan kukuh. Rasa selamat bila lepaks tengah laut. Kalau pihak pengurusan tempat ni pasang karaoke atau dangdut, mesti masyuk kan? Hak3! Boleh harok marok atas laut pastu kena sampuk hantu laut. Kih3!

Puas lepaks atas jeti, aku dan member jalan di laluan-laluan khas yang dibina melalui hutan paya bakau. Di sini korang boleh melihat banyak spesies siput, ketam, pokok bakau dan sebagainya. Sampah-sarap di tepi laut memang canteks! Haha. Sembang lebat. Ok, sesiapa yang kepengen nak jejak kaki di hujung benua Asia, jom pergi Tanjung Piai. Aku cadangkan korang bawaklah makanan ke, radio ke bagi meriah sikit masa pergi tuh. Budak U atau IPT jika tengah buat projek pasal hutan paya bakau, pergi sini la. Memang sesuai wa cakap lu. Ok, assalamualaikum!

*tambahan, aku rasa pihak pengurusan Tanjung Piai buatlah banyak promosi, aktiviti dan kemudahan seperti tempat makan, hiburan dan sebagainya supaya lebih banyak pelawat datang. Keadaan tempat ni agak sunyi la. Cara?

Jeti sepanjang 300m ++.

Di atas jeti.

Kesibukan kapal-kapal di laut.

Yeh! Titik terselatan Tanah Besar Asia!!! Wuhuu..!

Di atas titik tersebut.

???

Bandar-bandar di dunia boleh kita tahu berapa jaraknya dari sini.

Comments

Deqna said…
sejak 2menjak nih.ko slalu bg ak jeles dgn entry jalan2 ko.haha.
best sgt ke tanjung piai?shopping2 ke ada x?

aku nak pi jugak!huhuhu
ayisy said…
deqna, hehehe.. Tanjung Piai cuma laut jek. Takde tempat shopping. Hehehe..

Tapi klu kau dah balik IPGM, cuba turun JB. Naik bas dlm 2 jam jek. JB byk tempat shopping. Lagipun JB tempat fesyen.
zella y said…
syoknyer jln2...
;)
ayisy said…
zella, jalan2 mmg syok. selagi cuti selagi tu jalan2. hehehe..
Anonymous said…
salam bro..
saya pon da pergi tempat tu..tp tak ke area yg bro bagitau..tp mmg best arh dpt pegi tg.piai. Da lama berangan akhirnya dpt gak pegi
ayisy said…
conan, aku rasa tempat yg aku pergi baru buat kot. sebab dulu aku pernah ergi takder plak tempat mcm skrg. hehe..
Nadiene said…
bile la nak masuk utusan nie =)
ayisy said…
fid, mintak2 keluar cepat. hahaha..
penah gi sini sekali..
masa final yeat kat UTM dulu..
pergh..sama je..
ayisy said…
noor afzan, oh dulu belajar di UTM eh. Dekat jek kan dengan Tanjung Piai. Huhu,..
duniajam said…
Diorang dah buang globe tu? Aku pi hari tu masih ada lagi.
ayisy said…
Ha'ah. Tinggal rangka jek. Tak tahu la diaorang buang ke atau kena ribut. Hehe..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???