Oh Damm! Gua Insan Lahir Bulan Julai.


Yeh! 7!

Sebenarnya, aku tak berapa percaya sangat pada benda-benda ni tapi kalau baca sebagai panduan apa salahnya kan. Tadi malam tengah bosan-bosan terbaca tentang artikel rahsia bulan kelahiran. Aku baca yang telah dikaji oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Semua dah kenal kan. Kalau tak kenal komfem korang duduk Samoa kot. Haha..

Aku dilahirkan pada bulan Julai. Jangan tengok profile di Facebook atau mana-mana website aku sebab semua tu aku tipu jek. Yang sebenarnya Dragon Ball lahir pada bulan 7. Ya, bulan 7. Hehe. Di IPGM aku ada dua orang member yang lahir pada tarikh sama. Wuuutt! Give me five bro! Ikut pengalaman aku, orang-orang di sekeliling aku jarang lahir pada bulan Julai. Kalau buat kumpulan ikut bulan kelahiran, bulan Julai ciput jek orangnya. Tak tahu lah kenapa. Haha... Mungkin bulan Julai bukan musim berbuah kot. Kah3!

Ok, aku senaraikan ciri-ciri orang orang yang lahir pada bulan Julai menurut Rahsia Bulan Kelahiran yang telah dikaji oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Belek-belek, ada la yang kena dengan diri aku dan ada yang tak kena. Jadi, aku kupas sedikit ciri yang kena dan tak kena dengan diri aku. Hahaha.. Yang tak tersenarai tu hanya aku yang tahu. Muahaha. Cek..cek...cekidot!

JULAI

* Sangat suka didamping.

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

* Agak pendiam kecuali dirangsang.

* Ada harga dan maruah diri.

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

* Sangat menjaga hati orang lain.

* Sangat peramah.

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

* Berjiwa sentimental.

* Jarang berdendam.

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

* Tidak suka benda remeh-temeh.

* Membimbing cara fizikal dan mental.

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.

* Tinggi daya simpati.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

* Mudah dan rajin belajar.

* Suka muhasabah diri.

* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

* Suka mendiamkan diri.

* Suka duduk di rumah.

* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

* Tidak agresif kecuali terpaksa.

* Lemah dari segi kesihatan perut.

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

* Minta disayangi.

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

* Terlalu mengambil berat.

* Rajin dalam membuat kerja

Yang kena:

1. Agak pendiam kecuali dirangsang. Memang betul aku pendiam, tapi kalau ada orang start aku tak la diam sangat. Haha. Jumpa member lama harok!

2. Tidak suka benda remeh-temeh. Ya! Nak kawen nanti pun kalau boleh aku nak nikah dan kenduri jek. Tak payah sanding2, melaram baju berhelai-helai, berarak satu kampung, berhias bagai nak rak, dan segala ber...ber lah. Tapi tu semua hanya impian dan keadaan sesimple itu takkan berlaku kan. Hehe.. Kesian kat pihak pengantin perempuan. :P

3. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Ini semestinya betul. Aku payah betul nak lupa kehidupan pahit manis di sekolah menengah dulu. Asyik teringat zaman sekolah dan kawan sekolah jek. Kehidupan sekolah aku sangat bahagia kalau korang nak tahu. Cikgunya pun aku tak boleh lupa. Setiap kali cuti sem jek mesti singgah sekolah lepas rindu. Hahaha.. Lepas ni sambung Master mintak jadi cikgu kat SDBL. Hueeeee!

4. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Aku dari kecil memang camni. Aku mintak maaflah kalau aku macam kerek-kerek jek. Sebenarnya aku tak reti dowh nak start berkawan. Korang tegur aku dulu lah. Lepas lu orang kenal aku, tahulah aku camne. Aku pemalu gituw.. Auwww! Hak3!

5. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Aku dah maafkan tapi asyik teringat jek. Walaweh... Ni kisah rahsia la bro... Hahaha. Nyanyi sikit!

Yang tak kena:

1. Sangat peramah. Well, aku ni insan pendiam dan pemalu mengalahkan anak dara dowh. Sejak bila plak aku jadi peramah. Kerek adalah.

2. Berjiwa sentimental. Yang ni kalau korang tak nak percaya yer sudah. Aku tak suka puisi, sastera, kisah cinta agung dan bla3.

3. Suka duduk di rumah. Hahaha. Kat dalam blog ni aku pernah cerita ke "kenapa saya suka rumah saya?" Well, aku suka melancong.

4. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Ini kenyataan yang paling salah. Aku cekeding walaupun melantak McD/RFC/KFC/Big Apple seminggu dua,tiga kali.

5. Rajin dalam membuat kerja. Aku pemalas buat kerja lagi-lagi kerja berkaitan akademik. Haha. Aku rancang nak kerja kuat-kuat dan berniaga kumpul RM2juta, simpan kat ASB dan berhenti kerja. Aku nak hidup goyang kaki, melancong seluruh dunia, main motor/kereta dengan duit dividen ASB jek. Hahaha.. (yang ni serius, kalau ada yang berangan nak kawen dengan aku, sila cari lelaki lain. Aku lelaki yang macam ni)

Ok, tu lah sedikit sebanyak tentang diri aku. Benda yang baik kita tambah baik dan benda yang buruk kita cuba ubah. Cara? Peace!

Comments

Sayang Amirah said…
ohh dem tak suka tunggu kawan .. tipu2
ayisy said…
huhu.. kenapa? pernah kena tipu ke?
ehh sama lah kita!
yup penah baca benda ni..n ampir semua mmg betul ouh:)
ayisy said…
sniffa93, wow! give me 5! mmg byk yg betul. hehehe..
hans said…
oit..aku Julai juga...
nih tetiba aku sayang ko nih
hahaha
ko brapa hb?
ayisy said…
hans, hahaha. aku 3 hb. Aku ada dua member 3hb jugak. :P
hans said…
owh,aku 26
member aku ada 4hb
wah,ko tua dari aku
bagus2
hahaha
ayisy said…
kau lahir 1989 ke?
Afzainizam said…
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

Salam buat ayisy.... lahir bulan julai eeeemmmm bulan tengah tu.... ape pun

Kat sini saya nak kongsi sikit kajian mengenai bulan dan sikap , yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Kalau tak salah saya, beliau telah menjalankan kajian ni hampir 25 tahun. Tapi ni untuk bulan Julai je la ye. Harap maaf untuk bulan lain, sebab sekarang ni dah masuk Jualai ok. Harap faham dan maklum. Mari kita lihat sikap mereka yang lahir dalam bulan Julai.

JULAI

* Sangat suka didamping.
(kwn2 suka kwn ngan dia)

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
(watch out man out there !!!)

* Agak pendiam kecuali dirangsang.
(ni org len kna mula dulu, pastu baru la da topic nk ckp kn; then terlebih ramah plak bercerita)

* Ada harga dan maruah diri.
(pandai jaga diri ok)

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
(suka tolong org, mendahulukan keperluan org len dari kehendak sendiri)

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
(kalau kena cara pujuk, bleh cair ni; sumtime innocent & lampi sket, Huhuhu...sapa la tu)

* Sangat menjaga hati orang lain.
(btul2; sopan gitu)

* Sangat peramah.
(kn td dah ckp; ramah bla d rangsang)

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
(emo la sket,jgn la suka lukakan hati kami ye)

* Berjiwa sentimental.
(mudah tersentuh; tak leh tngok benda2 yg menyayat hati, konfem nangis & sedih)

* Jarang berdendam.
(amalan mulia ni; tak bek ooo berdendam ni)

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
(maaf diterima ngan penuh tulus & ikhlas ok, tp kadang2 terkenang gak la peristiwa tu )

* Tidak suka benda remeh-temeh.
(straight to da point, no massy2 ok,)

* Membimbing cara fizikal dan mental.
(ye la kot)

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
(sesuai utk jadi calon isteri atau suami, bakal ibu dan bapa yg mithali ni ;)

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
(tak kira kpd perempuan atau lelaki)

* Tinggi daya simpati.
(sbb tu emo sket)

* Pemerhatian yang tajam.
(yeah...sgt suka perhatikan org; jaga2 la ye)

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
(1st impression tu penting; & good observer too)

* Mudah dan rajin belajar.
(aiseh... tp napa sy sgt mls tuk study eh ?)

* Suka muhasabah diri.
(berfikir, merenung tentang diri sendiri)

* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
(I miss all my old time, miss my frends yg giler2 tu, lg satu suka dlm mode memory lane)

* Suka mendiamkan diri.
(diam-diam berisi tau; diam lebih baik dari bercakap, dan bercakap lebih baik dari diam......)

* Suka duduk di rumah.
(oh good gurl, mcm gadis pinggitan gtu)

* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
(not really gud, but friends like them ok)

* Tidak agresif kecuali terpaksa.
(jgn cabar atau uji kesabaran kami, leh meletup tau)

* Lemah dari segi kesihatan perut.
(benar sekali bla PMS melanda ahaks...slalu gak angin)

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
(betul...betul... diet from now)

* Minta disayangi.
(huhuhu...no comment)

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
(walau luka dah sembuh, parut tetap ada kan? )

* Terlalu mengambil berat.
(tp tak la smapi jd bz body, just concern je)

* Rajin dalam membuat kerja
(huhuhu...mmg la rajin, tp bla dh mai mood malas tu, tah yah nk ckp la)

Segala sikap kita, hanya kita dan orang sekeliling kita ja yang tahu dan perasan. So, dah tahu kan macam mana sikap warga-warga Julai ni. Jadi, pas ni pandai-pandailah kita nak melayan mereka. (or macam mana nak melayan saya Eh...tak kami)
Dari kajian tu, ada banyak kebenaran dan kesamaan yang saya dapat lihat dalam diri warga Julai ni. EXcuse me, saya kan bakal kaunselor, so, kena tahu la serba-sedikit.
Yang dalam kurungan tu, adalah pendapat saya semata-mata berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Hehehe...
ayisy said…
afzainizam. hahaha. Kajian tu ada yang kena dan ada yang tak kena. Apa pun yg betul2 mengenali diri sendiri adalah kita. Oppss? Nak melayan orang bulan Julai ni payah ke? Hehehe...
Nazz@Purple said…
Julai dengan jun lebih kurang je perangai dia..kan..kan..
bujang_cun said…
bulan 4 tader ker ayisy..?
ayisy said…
nazz@purple, emmm? agaknya kot. Hehe.. Lahir bulan Jun ehh?

bujang_cun, aiseymen bro, aku lahir bulan Julai. Kalau nak tahu tentang bulan 4, cuba google mesti ada punyer. :)

Fiffy, Jun dengan Julai adik beradik kot. Hihihi..
hans said…
aku lahir 1988...
owh,ko 89 ke?
Nadiene said…
hahahaha... aku lahir memang malam jumaat..

mane ko tawu nie???heheheh
ayisy said…
hans, aku lahir 1989. hehehe.. kira aku lagi muda lah.

fid, aku teka jek. hahaha..
Unknown said…
wow sama la, akk pun bulan 7 jugak. 23 Julai...
midorimina said…
aku lahir 14hb Julai.
drpd hsil kajian dr. fadzilah kamsah tu, mostly bnyk btullah. except yg psal mudah gemok tu. aku mkan bnyk mana pun badan ni camni gak. x naik2 pon.
ayisy said…
misz_monique, tau takper. sy pun kurus jek walaupun makan byk. hehehe..
zety said…
salam bro... aku google2, ko nyer website ni yang first, so aku masuk la... aku da penah bca kelahiran2 ni dlu2, tapi aku tak copy pown.. tak salah aku , 6 tahun yang lepas... wohaaa... aku pown lahir bulan julai bro... give me 5!!! hehe... mmg betoi cakap bro, orang lahir bulan julai ni mmg susah nak jumpa.. tak taw nape.. pelik pown pelik gak..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???