Johor Bahru Travel.


Stesen Bas Larkin. Sini pun boleh shopping.

Selalu melancong tempat orang jek, kali nih aku melancong dalam negeri pulak. Aku ni nama jek lahir kat Johor tapi entah berapa kali jek aku turun Johor Bahru sepanjang hidup. Di sini perlu diingatkan bahawa ejaan ibu negeri Johor adalah Johor Bahru, bukan Johor Bharu. Aku pernah nampak signboard tulis Johor Bharu. Adehhh! Haha. Merepek dah. Aku rasa cuma 2,3 kali jek pernah turun JB untuk jalan-jalan tak termasuk lawatan masa sekolah la kan. Jadi, apa salahnya aku kasik gegar JB sekali-sekala. Ceh! Ayat nak kencang dan lebat. Hik3!

Memikir masa depan ketika di dalam bas.

Aku pergi naik bas jek, trauma seh naik motor. Jalan sibuk semacam kalau naik motor. Sampai jek Larkin, usha dulu kedai-kedai kat situ. Banyak giler kedai kasut dan baju. Kalau budak BP yang giler Converse, sini barang baik punyer. Kedai agak old school tapi barang superb! Kedai jam ada 2,3 buah tak silap aku. Jam agak old school. Siapa minat jam New Old Stock (NOS), kat sini ada pilihan. Jenama macam Orient, Citizen dan Seiko model lama ada.

Kemudian aku lepak City Square. Dulu pernah pergi sekali tapi masa tu muda lagi. Orang kata CS ni tempat fesyen. Memang aku tak nafikan JB memang tempat fesyen yang style. Melaka, BP dan Kuantan pun aku rasa tak sehebat JB daripada segi kestyloan fesyennya. Haha... Banyak kedai baju daripada jenama antarabangsa sampailah jenama tempatan di dalam CS. Budak-budak aku tengok berani melaram. Dan yang paling penting! Kebanyakan salesman/salesgirl kedai-kedai kat sini pandai melayan dan mesra! Takder yang moody-moody atau kerek-kerek aku jumpa sepanjang perjalanan. Mungkin nasib aku baiklah kali nih. Haha...

Tujuan utama aku ke CS adalah untuk beli jam Swatch. Memang aku target nak beli kat CS sebab butik Swatch kat JB lah paling dekat. Nak turun KL jauh plak. Mula-mula usha kat internet nak beli model Swatch Living Swiss atau Red Sunday. Tapi bila pakai kedua-dua model ni di butik tuh rasa macam terlalu biasa plak. Puas memikir sambil dibakar oleh Fid dan aweks butik tu, last-last aku angkat model Swatch Solid Mind. Style agak funky tapi sekali-sekala pakai jam agak mencapap taklah boring sangat kan. Haha. Cuma yang tak best harga takder diskaun. Tapi harga semua jam Swatch sama jek walau berlainan tempat. Jadi, tak payah risau kena tipu dengan tokey kedai. Kau pergi KL kalau harga jam tu RM195, kat JB pun RM195 malah kat USA pun RM195+- duit Malaysia.

Sukar membuat pilihan bijak. Muka nak serius.

Cuba dulu. Berkenan? Angkat!

Ok, nanti aku buat entry khas pasal jam tuh. Lepas dapat jam, aku try usha baju plak. Banyak sangat pilihan tapi harga pun kaw-kaw la beb. Kat JB taknak mencanak plak dia punya pilihan. Singgah jap butik Crossover. Teringat dulu zaman sekolah, brand ni jadi kegilaan aku dulu. Hak3! Ingat nak sambar sehelai dua baju tapi fikir-fikir balik rasa macam dah tak sesuai nak dress up funky lebih-lebih lagi aku tengah belajar dekat IPGM.

Semasa dalam perjalanan pulang, aku singgah jap apa nama entah tempat tu area-area pintu masuk Tambak Johor. Banyak orang Singapura keluar masuk lalu bangunan nih. Tengah sedap lepak dan ambik gambar, tiba-tiba ada polis@kastam tahan aku dengan Fid. Cuak sey masa kena soal siasat. Dia tanya aku dan Fid ada tak ambik gambar area situ. Well, sebab dah takut ngaku jek lah kan memang ada ambik. Dia pun suruh aku bukak gambar tu dan delete depan dia. Masalahnya, apesal tak letak signboard "KAT SINI KORANG TAK BOLEH AMBIK GAMBAR". Dah la paisey kena tahan macam orang kena tahan seludup dadah. Huh! Lepas puas lepak area CS, aku pun balik. Bersambung....

Lepak.

Salah sebuah kedai komputer di CS.

Comments

Nadiene said…
Yang paling bes kite jadi singaporean!
.ShazaSulaiman. said…
ayisy neh memg gyle jam la.
dlu pn ade bli jam jgk kn.
huhu
.millalara. said…
fid.. motif?? haha~

JB terchenta tetap terbaekk ohhh! ;)
ayisy said…
fid, lepas ni kita tengok chanel Suria belajar dialek Singapura. Haha. Aku pun hairan nape org ingat kita orang Singapura. Padahal kita dari kampung boy. Hak3! Hidup Jawa!

shaza, aku memang minat jam. Dari kecik lagi dah minat cuma bila dah besar baru mampu beli. Hihi..

millalara, JB memang style! Aku lebih suka JB berbanding KL. Haha..
Finaz said…
oh ho...most Johorian yg akak kenal pun mmg slalu guna kata "seh" style gitu..
ayisy said…
Kak Finaz, perkataan seh tu penyedap ayat. Hehehe..
saufiahmad said…
tron x calling2..len kali tron jerk larkin calling2..miahaha
saufiahmad said…
tron x calling2..len kali tron jerk larkin calling2..miahaha
ayisy said…
saufiahmad, larr. kau duduk JB ke? apesal aku tak tahu ni.. haha..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???