Coklat Oh Coklat.

Coklat Toblerone berbentuk segi tiga yang unik. Coklat terbaru yang aku cuba.

Salam semua dan selamat sejahtera. Ok, kemungkinan seminggu aku tak online mulai hari esok. Alah, lantak ko lah online ke tak online Ayisy, ko bukan artis femes pun. Hak3! Tapi kalau sempat, aku tetap online walau kejap. Esok aku dan member berjoli sejoli-jolinya selama dua hari sebagai penutup bulan cuti berjoli tahun ini. Haha. Kemudian aku akan berkemas, servis kapcai aku dan kemudian merempit dengan ayunya untuk pulang ke kampus. Huhu. Aku harap WiFi di IPGM ok. Kalau WiFi ok, yeehhaaa! Celcom Broadband aku di kampus macam crettt!

Korang suka makan coklat tak? Walaupun coklat kebanyakannya disukai oleh kaum wanita, tetapi aku suka gak. Bila makan coklat satu perasaan tenang, aman dan happy menerjah ke dalam tubuh aku. Hehe... Coklat apa yang korang selalu makan? Coklat Apolla? Cadbury? Van Houten? Vochelle? Toblerone? Choki-choki? Tak kisahlah apa jenis coklat pun kan janji suka makan coklat.

Dulu masa zaman sekolah, aku suka makan coklat choki-choki. Sebab kenapa? Sebab murah, ye lah zaman sekolah duit jajan sehari RM1.00 jek. Choki-choki jek lah yang mampu. Hehehe. Masuk sekolah menengah, aku mula beli coklat Cadbury. Masa tu Cadbury bagi aku dah grand dah. Tapi lama-lama aku tak suka sebab manis sangat. Aku bertukar kepada Vochelle plak. Sedap gak jenama Vochelle nih. Nyum3!

Habis sekolah, aku mula cuba beberapa jenama pelik-pelik macam Van Houten. Bagi aku Van Houten memang terbaek lah. Tiap kali nak beli coklat mesti beli Van Houten. Memang setia, nak curang pun serba salah. Hehe... Kadang-kadang aku layan gak coklat mahal yang bulat-bulat dalam ada kacang badam/hazel. Tu pun masa tengah kaya lah. Sebotol dalam RM16-20. Makan sambil surf internet sedar-sedar dah habis tak sampai 2 jam. Haha.

Sekarang, aku mula berani mencuba beberapa jenis coklat. Sejak belajar di IPGM, alhamdulillah duit nak beli coklat ada la. Jadi boleh la cuba yang baru. Terbaru aku beli Toblerone dan Tudor Gold Dark Chocolate. Toblerone aku tengok agak femes di kalangan remaja cuma sekarang aku baru makan. Boleh tahan sedap cuma bagi aku terlalu manis dan cepat cair bila dipegang. Tudor Gold plak? Pehh! Memang terbaekkk! Sumpah sedap. Haha. Aku memang minat dark coklat dan setakat ni Tudor Gold la terbaek. Huhu.

Well, makan-makan gak. Gosok gigi jangan lupa lagi-lagi bila makan waktu malam. Coklat memang berkhasiat tapi kalau makan banyak sangat tak bagus gak. Jadi pandai-pandailah bahagikan masa makan coklat dengan makan nasi. Hik3! Peace! Apa pula coklat kegemaran korang?

Yummy! Toblerone, Van Houten dan Tudor Gold.

Ada duit lebih, beli coklat macam ni.

*Oh yer, cokelat dalam filem Charlie and the Chocolate Factory tu ada tak dijual? Jenama Willy Wonka? Huhu... Willy Wonka, Willy Wonka, lalalalala...
*Ejaan Coklat menurut Kamus Dewan adalah Coklat, bukan Cokelat.

Comments

missiesya said…
mak oi..cedapnya..aduh.tergoda
AJ said…
nyam2,sedapnya toblerone itu..dah lama tak makan toblerone..minta satu?

http://eyriqazz.blogspot.com/
Cik Yaya said…
ak plg suke choki2 la..mahal2 pun lyn ferero rosyeee jee..(ejaan sukehatiaku)..hahaha
.ShazaSulaiman. said…
wahh!!ayisy gyle coklat..
haha..

toblerone much2 delicious!
like it..

:))
wawaney said…
toblerone terbaek dr ladang ah!
Suraya I. said…
cet, nh kalo dpt g lgkawi bgs gk nh..leh borng coklat~
Unknown said…
ko penah rase snicker x???perh!! itu pun sodap beb!! faveret aku tuh....ngee~~

tp layan gk tobleron tu...
m[i]era said…
sedap nyer toblerone..
slalu mkn coklat uh ..

nak skit ..

(willi wonka , willy wonka) haha


@)---;---
kainbatiksaya said…
walaupun aku perempuan sejati gituh.ceh put da perasan da.. oke stop. sambung balik.. x suke coklat weii.. soriii gula-gula suke la .. PEACE!!!
Afzainizam said…
Selamat Datang Tahun Baru
.dari kami warga
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

... Azam baru...

kehidupan menempuh alam dunia
Menghabiskan waktu yang tidak lama
Usia bertambah senja tanpa terasa
Semakin dekat akhir tahun, menjelang tiba
Akhir tahun sebagai sarana evaluasi
Melihat kualitas hidup dari sisi diri
Menjadi kualitas pribadi yang mandiri
Untuk mencapai prestasi yang hakiki
Era baru datang menyongsong
Persiapkan diri jangan sampai kosong
Jangan mimpidi siang hari
Patah tumbuh hilang berganti
Semangat bersimpuh tanpa henti
Untuk hidup yang lebih baik & hakiki
Perjuangan hidup terus disokong
selamat datang tahun 2010
Selamat maju jaya....

Kepada anda semua kami ucapkan
selamat pada kedatangan tahun baru dengan azam baru…

Soory lama aku tak datang sini.... sorry aku sekarang agak sibuk sikit lah sekarang baru aku dapat ziarah singgah ni...

tapi orang perak cakap cekelat tu gula-gula... pelikkan.... berhati-hati bila beli cokelat kerana sesetengah ade kandungan alkohol....
zella y said…
sedapnyer coklat...
semua coklat sy suka heheh
tp xsuke mkn gula2..hahah

selamat tahun baru! =)
wahaa cite bout coklat pulak dah.

haha semua coklat yg ada dlm gamba tuh dah penah mkn..

plg suka coklat toblerone,fererro,kinder bueno n cadburry.aha
ayisy said…
missiesya, hehehe. biar tergoda dgn coklat, jangan benda lain. hehehe. :P

eyriqazz, hehe. dah habis la bro. :P

yaya, frrero rosyam nor ok gak! hik3!

shaza, suke toblenrone eh. ramai ekk yg minat. huhu..

wawan3y, memang terbaek dr ladang!!!

suraya, dgr kat langkawi coklat murah ehh? nape tmpat lain mahal ekk..

zaza, snicker? aku layan gak lg2 klu tgh travel. huhu..

miera, ramai yg minat toblerone nampaknya. huhu.. willy wonka! kih3!

candy dandy, coklat dgn gula2 adik beradik. hik3!

afzainizam, ha'ah. byk member aku panggil coklat tu gula2. konpius aku. hak3!

zella, huhu, selamat tahun baru jugak! ;)

sniffa93, give me 5! kinder mmg sedap dlmnye pehh! huhu..
Admin said…
toblerone+hershekises!!
love it damn!! =D
ayisy said…
ahsfantasy24, hershekises saya belum cuba. huhu.. nnt nak beli lah. :)
midorimina said…
wawa~..
sdapnye lah coklat toblerone 2. lama da x mkan toblerone.
ayisy said…
misz-monique, suka eh toblerone. ramai ekk yg suka toblerone. saya baru sekali makan. hehe..
jan.naimah said…
aku rse kalo ade coklat jename WILLY WONKA tu,
mst peminat2 coklat gumok.
hehehehehe
:P


ske DAIM & TOBLERONE
Aini said…
suka jugak! =)
ayisy said…
jan, Daim? Saya hari tu baru termakan sekali. tu pun adik bagi. hehehe.. sedap gak :)

aini, perempuan mmg byk suka mkn coklat. :)
Anonymous said…
sangat menarik, terima kasih

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???