Citizen Eagle 7 Automatic.

Keboooommmm!!!!

Aku terjaga daripada tidur. Bunyi apakah itu? Aku kebingungan. Dengan pantas aku turun daripada katil dan mencari arah bunyi letupan tersebut. Shhhhhhh... Aku berjalan perlahan, hatiku berdebar-debar takut. Tiba-tiba, aku ternampak satu cahaya hijau di sudut ruang tamu. Aku semakin berdebar. Bau asap menusuk hidung aku. Tittt...tittt. UFO? Bisik kecil hatiku. Ahhh... Mana mungkin ada UFO terhempas di dalam rumahku. Aku cuba menampar pipi. Sakit! Rupanya aku tak bermimpi.

Aku cuba untuk menghidupkan fungsi inframerah cermin mataku tetapi gagal. Perlahan-lahan aku mendekati objek berlampu hijau itu. Lalu aku menyentuh objek misteri tersebut. Aaaaaaaaaaaaa!

Aaaaaaaa! UFO! UFO terhempas!!!

"Misi berjaya. Kita selamat mendarat di rumah Ayisy" kata salah seorang alien.

"Ayisy, jagalah pemberian kami ini sebaga tanda persahabatan antara peminat jam di bumi dan peminat jam di Marikh." kata ketua alien tersebut.

Alien tersebut memberi aku seutas jam tangan. Ketika aku memegang jam tersebut, tiba-tiba satu cahaya putih memancar. Aku silau. Tiba-tiba aku terjaga. Cisss! Mimpi rupanya! Sedang aku menggosok-gosok mata, aku terperasan aku sedang memakai jam tangan padahal aku tak pakai sebelum tidur tadi. Ehh? Ni jam yang alien tu bagi masa dalam mimpi tu. Aku tercengang. Mana mungkin perkara ini betul-betul terjadi.???

Hahaha. Kat atas tu cerita rekaan jek, ok kita ke cerita betul-betul pulak yer. :P

Memang impian aku nak cari jam yang pakai kunci (manual winding). Cari punyer cari, aku ternampak jam jenama Citizen model Eagle 7 Automatik di internet. Jam ni bagi aku spesial sikit sebab harganya murah, enjin mekanikal automatik dan juga boleh kunci kira 2 dalam 1 la. Hari tu, ternampak sebijik Citizen Eagle 7 kat sebuah blog. Aku tertarik dengan luminous marker jam tu. Macam lampu disko atau UFO siyut. Tak pernah aku jumpa luminous marker style camtu. Memang kena rembat sebijik model nih.

Pusing Batu Pahat, Rengit dan Kluang tak jumpa plak model yang luminious marker disko tuh. Rupa-rupanya dia nyorok kat sebuah kedai jam lama di Parit Raja. Ceh! Nasib baik ada lagi sebijik. Suka betul aku masa jumpa tu. Beli terus tukar tali kulit sebab kalau pakai tali bracelet aku nampak macam orang veteren seh. Hak3!

Berdasarkan kod kecik yang tertera di dail jam, aku rasa jam Citizen ni menggunakan movement Citizen (Miyota) 8200 automatik dan boleh dikunci. Tu yang aku nak sebenarnya! Haha... Aku suka pusing crown jam ni, bunyi krik3! Tak payah nak goncang-goncang macam main Digimon. Hihihi...

Style atok-atok veteran.

Klasik dan retro.

Hadiah daripada alien planet Marikh. Kih3!

*Gambar tak clear. Emmm..bilalah nak angkat kamera digital ni. Kalau boleh nak yang DSLR. Baru amik gambar cun!!

Comments

Nadiene said…
aku mimpi ko kasi free jam swatch ko kat aku, ihihihih
syazana amira said…
smart eh jam tuh..=)
ayisy said…
fid, hahaha. Bahaya mimpi tuh. nanti jumpa kau aku pakai bg hilang mimpi tuh.

sya_am, jam tu biasa2 jek. Beli sebab nak rasa pakai jam kunci. Hehehe...

Seri, thanks. Tapi jam tu nampak mcm utk atok2 pakai. Hehehe..
Finaz said…
Jam tgn mmg exclusive bg yg tahu hargai. Ayisy, u are a man sbb man yg sebenar2 man mmg minat jam tgn. x caya? later bila u dah start keje believe me u'll be checking around branded watches starting from TISSOT and above...
ayisy said…
Kak Finaz, yup, kebnyakan lelaki saya tengok mmg minat jam. Kawan2 pun ada yang minat jam tp ada sesetengah tu tak minat langsung. Pakai pun tak mahu. Huhuhu. Dah kerja nanti mungkin akan beralih kepada jam yang lebih branded. Dan yg lebih penting target pergi Switzerland, sebuah negara pembuat jam terbaik di dunia. Hehe..
Anonymous said…
cakap Swiss Made akak dpt satu hadiah dr kawan2 masa kerja dulu hadiah xmas. Diorg bg jam tgn hehe..bestnya..
ayisy said…
Kak Finaz, dapat hadiah jam Swiss Made? Untungnya! Hehe... Jam Swiss Made stakat ni yg mampu brand Swatch jek. Jenama Swiss made yang lain tu boleh buat bayar wang hantaran kawen. Kih3!
Afzainizam said…
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Sorry lama tak ziarah blog ko aku amat sibuk sikit...

wow ko ni boleh buka kedai jam... minat ko pasal jam....

mula-mula mmg aku ingatkan UFO terhempas cehhh jam rupanya...

ape pun teruskan entry menarik ko tu...
ayisy said…
afzainizam, huhu, kalau ada peluang memang aku nak buka kedai jam. Kalau betul2 UFO terhempas kat rumah, aku dah jual cerita aku kat media, boleh buat duit. Hahaha..
ayisy said…
pejuang kesenian extreme, hahaha. cerita nak lebat. Hahaha..
duniajam said…
Aku pun baru angkat Citizen Eagle 7. Aku suka enjin dia. Tak macam Seiko, enjin Citizen boleh winding. Harga pun tak mahal. Sangat berbaloi dengan harganya. Nanti aku review dlm blog. Masih banyak jam yang belum aku review.
ayisy said…
duniajam, Tu lah, sayang seiko tak buat enjin mcm Citizen. Aku malas nak goncang2 klu dah mati. Hehe.. Klu Citizen cume putar2 jek crown dia dah jalan balik. hehe..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???