Aku Bakal Jadi Tokey Disko?


Entry lepas aku ada sebut pasal ciri-ciri orang yang lahir bulan Julai kan. Kali ni aku terjumpa satu lagi info pasal ciri orang yang lahir bulan Julai. Aku memang ada keinginan untuk berniaga. Dan info tersebut ada menyebut tentang perniagaan. Lepas baca jek, aku gelak giler dowh. Antara petikan yang membuatkan aku tertarik adalah seperti berikut:

Kerjaya dan Kewangan

Dari segi kerjaya, orang Cancer (June 22 to July 22) memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian . Dengan yang demikian, Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja. Pada Cancer, dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi ‘panglima perang'. Cancer gemar bekerja dengan anak-anak, sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi. Dari segi kewangan, Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga. Walaupun ianya bukan milik keluarga sendiri, tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana kekeluargaan di tempat kerja. Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah dalam perniagaan yang berbentuk hotel, restoran , kelab malam atau urusan jual beli tanah. Untuk memantapkan pegangan kewangan. Cancer perlu memperbaiki diri , misalnya mengurangi rasa murung, dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan.

Ya! Perniagaan berbentuk KELAB MALAM! Hak3! Oh... Mengapa pernigaan seperti ini yang sesuai untuk insan yang lahir pada bulan Julai macam aku. Mungkinkan aku bakal bergelar tokey disko ternama? Adakah kebanyakan tokey-tokey KELAB MALAM di luar sana lahir pada bulan Julai? Hahaha. Entry ini hanya sekadar main-main. Bukan bermaksud aku nak bukak KELAB MALAM/KELAB DANGDUT atau sebagainya. Info di atas hanya sebagai hiburan. Jangan plak kita ikut 100% apa yang dikatakan. Hehe. Peace!

Sekadar gambar hiasan.

*gambar kredit kpd commons.wikimedia.org
*entry ini hanya sebagai hiburan. jangan ambil serius.
*aku tak nak jadi tokey disko!!!

Comments

Aidi-Safuan said…
wahhh.besh2...da jadik tokey satgi jangan lupa banjer okay.huhu
ayisy said…
aidi, hahaha. kalau aku jd tokey disko habis kena belasah dgn org Islam. :P
ayisy said…
lagenda. hai! :)
Admin said…
ahhhoooo~
hmm nnt kaye raye jgn lupe kte da lar..=P
Unknown said…
bole lah disco.....tapi kene bukak lagu nasyid aje....kih kih kih
hans said…
hahahaha
gila la ko
xnak la jadi share partner bisness ko
huhuhu
zella y said…
owh... igt nak kaya cpt jadi tokey disco... hehehhe

p/s: nk bukak disco yg gempak2 pun kena ada modal gak heheheh
ayisy said…
ahsfantasy24, uisshh.. tak nak lah kaya hasil buat disko. hehe..

mila, hik3! disko nasyid? mesti kecoh satu Malaysia klu buat. hehe..

hans, hahaha. takkanlah aku nak buat disko. habis kena rejam aku nanti.

zella, bahaya jd tokey disko... huhu.. disko yg gempak mmg byk modal. disko kecik pun kena modal gak. hehe..
Finaz said…
hahaha...kalau kurang modal bagitau Kak Finaz mana tau kita leh jadi share partner haha!
ayisy said…
kak Finaz, hehehe... takkan nak bukak disko kak Finaz. hehe. kang tak pasal2 kena bakar dgn org. klu nak bukak hotel mau makan ratus ribu, juta ringgit.
Afzainizam said…
salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

amboi.... ko nak bukak hotel ngan disco pub ke..... boleh untung ke... kalau asyik kena serbu aje dgn penguatkuasa aje ..... line tak clearlah sekarang.....

Jadi Taukey disco kena ade body guard jaga bisnes kalau tak nanti ade orang kacau..... aku suka tengok cerita cina Young and dengeres citer pasal ahli kongsi gelap yang adev pelaburan ngan hotel dan club disko tu... risiko tinggi beb... tapi selalu ade pergaduhan kat disko,,,,
ayisy said…
afzainizam, haha, tak lah. takkanlah aku nak buka disko... buat dosa jek aku buka. hehe..
hans said…
hahahah
kita buka bisness mee udang
kuikuikui
ayisy said…
hans, haha. ada peluang best gak bukak restoran. hotel pun best!
ayisy said…
sharinginfoz, huhu.. takdelah, takkanlah nk bukak disko. huhu..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???