Web Browser Review By Budak Sengal.

Ok. Hari ni Ayisy tak sibuk dengan kuliah jadi rasa nak update blog dan share pendapat dengan korang semua tentang apakah web browser terbaik bagi Ayisy. Ramai yang akan kata Mozilla Firefox paling best dan laju. Tapi sungguh malang sebab Mozilla Firefox kat laptop Ayisy sangat lembab dan tersenggut-senggut macam nenek tua berjalan. Padahal dulu masa belum upgrade laptop, laju jek. Tapi sekarang lembab semacam macam tak cukup vitamin.

Tanpa membuang masa, Ayisy senaraikan web browser terbaik buat masa ini. Ingat, senarai ni mungkin berbeza dengan pendapat korang dan mungkin ada yang setuju dan tidak. Tak puas hati, nangis sorang-sorang la…

1. Google Chrome

Dah dekat setengah tahun Ayisy guna browser ni. Masa mula-mula guna, memang tak suka sangat sebab terlalu simple. Tapi lepas sejam dua guna, Yeeeh! Tu die.! Laju dan sungguh mudah. Nak bookmark website semudah tekan dan close. Nak delete, tekan delete jek. Pastu ada thumbnail preview, ala kalau korang bukak tab baru, keluar website kecik-kecik yang selalu korang layari. Kalau nak tengok, tekan jek. Tak payah nak taip url atau cari kat bookmark. Kang senang dan laju tu. Hehehe.

Security dia pun power beb. Bile kite bukak website yang ada malware, die terus detect dan block. Tapi tak tau la kalau dia saje jek kelentong nak tunjuk die punyer security power. Huhu… Yang paling best, die boleh automatik save password website yang korang log in kalau korang nak. Tapi benda ni Ayisy tak galakkan guna kalau korang begitu pemurah meminjamkan laptop kat kengkawan. Kang tak pasal-pasal diorang buat dajal kat laptop korang tu. Curi password lah, edit akaun Friendster korang tanpa kebenaran lah. Haiisshh… Jahat tol. Amarika! Tapi yang penting…..! Google Chrome memang besshh! Laju dan simple. Percayalah!

Mesra pengguna :@@@@

Keselamatan :@@@@@

Rempit(laju) :@@@@@

Ciri-ciri :@@@

Pertolongan :@@@@

Laju masa bukak :@@@@@

2. Opera

Browser ni pun bagus gak. Laju jek. Tapi tak selaju Google Chrome la bagi Ayisy. Kalau Ayisy nak tengok Friendster ke, Myspace ke guna Opera la sebab….sebab ape ekk. Ntahlah. Tapi memang sedap la kalau surf social website guna Opera. Nak scroll atas bawah laju giler. Sejuk mata memandang. Hehe…

Mesra pengguna :@@@@

Keselamatan :@@@@

Rempit(laju) :@@@@

Ciri-ciri :@@@@

Pertolongan :@@@

Laju masa bukak :@@@@

3. Internet Explorer

Huhu… Ramai yang duk komplen ini browser. Ada yang cakap lembab lah, tak best la. Emmm. Tapi bagi Ayisy sedap ajek. Cuma kurang laju la berbanding Google Chrome dan Opera. IE nilah yang mengenalkan Ayisy dengan dunia internet. Dulu masa ula-mula surf internet guna IE ni la. Dulu mana ada macam sekarang.. Goole Chrome la, Mozilla Firefox la, Opera… Masih lagi mantap dan sedap!

Mesra pengguna :@@@@@

Keselamatan :@@@@

Rempit(laju) :@@@

Ciri-ciri :@@@@@

Pertolongan :@@@@@

Laju masa bukak :@@@@

4. Mozilla Firefox

Haa! Sapa yang tak kenal dengan Musang Berapi ni. Antara browser paling femes selain IE. Tapi musang ni dah tak berapi kat laptop Ayisy sebab asyik terkencet jek. Jalan sikit tersenggut-senggut tak tahan nak terberak. Aduiii.. Apa boleh buat… Tapi ramai orang kata browser ni la yang terbaik di dunia. Layann…

Mesra pengguna :@@@@@

Keselamatan :@@@@

Rempit(laju) :@*

Ciri-ciri :@@@@@

Pertolongan :@@@@

Laju masa bukak :@*

*ni disebabkan oleh kebiolan laptop Ayisy.

Comments

paan said…
IE tu adalah antara pelopor..huhu.dulu2 antara yg popular IE ngan nestcape kot..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???