Kereta Dash Yonkuro.


Vrooooom! Yehh! Hari ni takda kuliah lagi. Jadi Ayisy boleh update blog ni dengan sukacitanya. Orait, cerita yang Ayisy nak cerita pada pagi ni adalah apakah permainan kegemaran korang masa kecik-kecik dulu? Haha... Bila diimbas kembali zaman comel-comel dulu (yang comel jela, yang gigi rompong tak comel eh), mesti ada permainan yang korang selalu main. Permainan di sini bukan permainan macam main masak-masak, rumah-rumah, kawen-kawen dan nyorok-nyorok tapi permainan yang bermusim la. Contoh macam Digimon, KungFu Man, Kereta Dash Yonkuro, BayBlade, Gasing, Guli dan Bidaman.

Kereta Dash Yonkuro, haa... Yang ni bagi Ayisy paling femes dan gempak masa kecik-kecik dulu. Huhu... Dan mungkin antara musim paling lama bertahan berbanding musim permainan lain. Benda ni jadi musim sebabnya budak-budak terpengaruh dengan cerita kartun Dash Yonkuro masa tu. Pastu Tamiya keluarkan kereta mainan tu betol-betol. Pasal tu la kereta Dash Yonkuro ni hot! Pengeluar mainan macam Auldey pun tiru gak dan buat kereta Dash Yonkuro macam Tamiya tapi kualiti kurang sikit la, harga pun lagi murah. Murah ke? Rm9.00 masa tu mak aihh... Mahal tu... Nak beli mesti kena mintak parents. Ngeh3! Kalau masa sekarang tu lain la, tak pandang rm9 tu. Buat taik gigi jek kalau wat makan. Heee..

Ok, kereta Dash Yonkuro first Ayisy ialah model Horizon. Pehh..ingat lagi tu beb. Beli kat kedai Ah Seng Senggarang tepi jalan, masa tu kedai tu kecik dan burok jek. Sekarang dah besar. Heee... Lepas beli ngatkan dah terus boleh main, rupanya kereta tu kena pasang sendiri. Komponen-komponen kereta tu masih terpisah lagi. Oh my goocchh! Masa tu mana reti nak pomen-pomen benda teknikal macam tu. Nak tak nak soh ayah pasang. Heee...

Haa.. Ni model kereta Dash Yonkuro Ayisy yang pertama. Horizon.

Bila dah ada kereta Dash Yonkuro ni, mesti la kena race kan dengan kereta orang lain. Selalu Ayisy pergi race sekilo kereta ni kat dalam longkang kering. Tapi kurang syok la sebab kena lari kejar kereta tu. Ntah camne satu hari tu dapat idea buat litar sendiri. Guna getah paip, sambungkan jadi bulatan. Hak3! Masukkan kereta tu dalam bulatan dan race! Wow! Walaupun cuma pusing-pusing keliling getah paip tu, tapi syok woo! Dapat race kat litar Tamiya yang cun tu lagi syok tapi nak beli jejak ratus-ratus beb.

Litar tempat nak sekilo!

Zaman budak-budak, biasala kalau ada mainan mesti pomen sana-sini. Nak bagi laju kereta tu, ada beberapa petua dia yang Ayisy belajar daripada kawan. Antaranya kalau nak laju pakai enjin yang warna hitam. Kalau warna biru atau putih tak laju. Heee… Padahal sama jek. Nak betol-betol laju beli enjin jenama Tamiya Racing punyerla. Harga masa tu puluh-puluh bai… Mana ada duit ye tak. Buang body dia(housing) bagi potong angin pun dikatakan boleh tambah laju. huhu... Kemudian paling radikal sekali letak minyak pelincir dalam enjin dia. Mak aih.. terus jahanam kereta tu. Nangis meleleh-leleh bila tengok kereta tu rosak. Tak boleh blah! Hak3!

Enjin kereta Dash Yonkuro with turbocharge. Ahazkk! Tipu jek.

Sekarang, benda ni dah kurang. Susah nak cari. Jenama pelik-pelik ada la. Kalau nak jugak boleh usha kat ebay. Tahun lepas Ayisy ada ternampak kereta ni dijual kat Mahkota Parade Melaka. Tu pun tinggal berapa bijik jek. Ok.. Akhir kata.. Jom sekilo kereta Dash Yonkuro…! Entry akan datang Ayisy cerita pasal Digimon plak. Vrooooooom!

Foto credit to:

www.kaskus.us, www.tamiya.com

Comments

aZRi aZLaN said…
weh, teringat zmn muda2 dlu. hahaha, skrg aku pun main gak. tp keta kontrol. keta ni dh ssh nk cri la...
diba said…
a'ah la skang pyh nk cri..tpi bese laki je maen...pompuan jrg..huhu~
Bila ko cite pasal keta ni..teringat aku pasal kisah lalu...keta ni paling aku minat..Tapi biasanya aku beli jenama Auldey je la..x mampu beli tamiya ori..ye la bdk sklh..,Mcm Auldey..,aku beli rm 10 tapi aku bikin keta tuaku buat adjustment sikit.,dan aku jual balik dengan harga rm30 beb..Laku beb..Dengan benda nilah aku cari duit lebih..nak test prestasi lak..,sewa trek dia..1 jam 50 posen..haha..

http://pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com/
ayisy said…
haha... jual balik rm30? pehh.. untung giler. hehehe..
Nadiene said…
tapi kan,,, benda paling bes aku pena kalahkan ko men keta ni,,,,,huuhuhuhuh
ayisy said…
oooohhwww! aku tak puas hati.. jom kita beli, pastu kita race skali lg! hahahahaha...
amalina wahida said…
ehe~~
adalah mende ni mase kecik2 dulu!!



*waa~~ dah tua rupanya aku nih*
chanz said…
mine also Horizon! Miss this!

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???