Dari IPGMKTAA ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang.

Memulakan perjalanan dengan muka tak mandi. Ahhhh! Tak boleh blah.

EX5... Bunyi kau sungguh mengasyikkan. Hehe... Setakat nak tapau 135LC, no hal lah. Iyeke? Iyekan sudahh.. Orait beb. Sabtu lepas Ayisy dan sejumlah sepasukan member menunggang motor secara aman ke Air Terjun Chamang, Bentong Pahang. Siapa yang dari Kuala Lumpur boleh pergi lalu Lebuh Raya Karak dan boleh layan lap kat situ dulu. Tapi pastikan motor korang cukup power agar tidak terkencet di tengah jalan. Hehehe...

Ayisy dan member bertolak lebih kurang pada pukul 8.30pagi. Masa Ayisy pergi tu tak mandi lagi walaupun bangun awal sebab sejuk wey Kuala Lipis ni. Lagipun bukannya orang tahu Ayisy tak mandi lagi sambil merempit ke Chamang. Sumpah mereng siapa yang minat kat mamat bernama Ayisy tu bila dia tahu mamat tu tak mandi. Heheh! Walaupun Ayisy tak mandi lagi, muka tetap cool wey masa sarapan kat warong. Kata nak mandi air terjun, watpe mandi awal-awal ye tak?

Baru beberapa kilometer kitaorang meratah jalan, tiba-tiba motor Kimi pancit tayar belakang. Aiseyman, baru memulakan cabaran dah diberi ujian. Nasib baik ramai so kitaorang pun lincah cari workshop. Last-last masuk pekan Benta yang tak jauh dari tempat kejadian tersebut. Haa.. Kat situ la Ayisy sarapan dengan muka cool macam orang dah mandi sambil menunggu motor yang pancit tu siap. Pekan Benta ni punyala style beb, walaupun agak pedalaman tapi siap ada BSN dan Public Bank macam kat bandar besar. Kalau korang terasa nak usha boleh la pergi yer. Dekat jek dengan Kuala Lipis. Makanan? Mak datokk! Murah sungguh ye makcik. Nasi lemak lauk ayam dengan air tin berharga rm6.00. Takpelah makcik, Abang Ayisy redha dan tabah yek. Lain kali Ayisy datang lagi. Wekkk!

Singgah di Benta sementara menunggu motor Kimi dibetulkan.

Jalan dari Kuala Lipis ke Bentong memang superb! Takder traffic jam, takder orang bawak kereta terlalu slow dan takder mat rempit bawak aweks. Hua3! Sejuk mata memandang sambil melayan jalan yang syiook. Tapi jalan area bandar Raub dan sesetengah pekan kecil agak mengecewakan la sebab tak rata dan mengkematukan punggung. Heh! On the way ke Bentong tu kitaorang singgah ke Felda Lurah Bilut. Peh! Tempat bersejarah tu brader. Brader tak tau? Meh Ayisy cakap, Lurah Bilut tu Felda pertama dibuka kat Malaysia. Dah nama pun Felda Lurah Bilut yang femes tu, kitaorang pun apalagi, bergambaran la kat situ. Makcik-makcik yang kat situ mesti buat muka pelik bila tengok kitaorang. Huhu...

Ahah! Ayisy di Felda Lurah Bilut untuk mengisi minyak.

Setelah hampir 2jam membakar jalan, akhirnya kitaorang masuk ke simpang Air Terjun Chamang. Baru simpang jek, belum sampai lagi. Haha.. Dari jalan utama nak masuk ke air terjun Chamang memang drastik wey dia punyer jalan, naik bukit sambil dihiasi selekoh-selekoh manja 90darjah. Layan corner sampai Ayisy rasa nak cecahkan kepala lutut jek. Nasib baik tak pakai pad kalau tak dah bergesel lutut kat jalan tu. Mak aih, kencang giler ko cerita Ayisy.

Baru sampai ni. Muka Ayisy tengah serabut sebab pakai helmet lama sangat. Pastu wat muka pelik plak bila orang amik gambar. Hehe..

Gambar ni ada sorang brader yang tolong ambikkan. Thanks bro!

Sampai jek kat air terjun Chamang, terbeliak mata Ayisy bila tengok punyer la cun air terjunnya. Ayisy rekomen kat korang supaya pergilah Air Terjun Chamang, gerenti puas hati. Air terjun Chamang memang cun, tapi bertambah cun apabila ada papan notis tentang rekod kematian pengunjung di air terjun tersebut. Giler kuat die punyer jin kat sini. Heheh! Port mandi kat air terjun ni memang comfortable la. Batu tak banyak, air paras-paras pusat. Sangat sesuai untuk orang yang asler berenang macam Ayisy ni. Haktuih! Tapi siyes bai air terjunnya sungguh sedap untuk dilayan. Macam-macam aksi korang boleh buat kat sini. Buktinya, ramai member Ayisy buat aksi akrobatik untuk menarik perhatian aweks-aweks kat situ tapi tetap tidak dilayan. Hua3!

Ayisy sedang mengejar hantu air. Wakkhhh!

Aksi seorang ahli akrobatik wakil olimpik yang kepalanya tercacak di dalam dasar air terjun.. :p

Lepas puas mandi, kitaorang singgah makan dulu kat Bandar Bentong. Tengah sedap-sedap makan terjumpa plak adik Rosyam Nor. Ayisy tak kenal sebenarnya tapi member yang cakapla. Dia dengan member dia kot. Kalau abg dia Rosyam Nor tu yang datang, kompom Ayisy melompat kegembiraan dengan muka tersipu-sipu malu. Hihi... Habis makan apalagi, blah la. Masing-masing bawak motor macam nak sekilo, mentang-mentang Ayisy naik EX5 jek, bolehla korang eksen. Takper-takper, kalau ikut nafsu, esok jugak Ayisy beli 125zr takpun FZ150i, bagi makan asap kat korang. Nasib baik Ayisy dah target beli kereta dulu baru beli motor baru. Huh! Last skali, kitaorang sampai la ke IPGMKTAA yang indah dan permai tu. Sekian.... Jap-jap! Sabtu ni dalam perancang nak merempit ke Jengka. So! Budak-budak UITM Jengka, wait for me bebeh!

IPGM's Next Top Model. Ahakz! Gelik jek aku...

Comments

@reLoG said…
ayisy..nmpak la mUke mU yg xmndi tue..hihihi..xleh nk sOrok la bro.. =)
Admin said…
owh..top model??? hmm abe jibb paling ensem 2,hehe..

ble nk bwk kte lak nie?..
lalalaaaa~
=P
ayisy said…
aiseyman... walaupun Ayisy tak mandi, tp Ayisy ttp wangi.. Hihihi..
ayisy said…
to ahsfantasy= hehehehe... ada motor? kalau ada, jom sabtu ni pergi Jengka. tp masih dlm perancangan lg.. :)
.o r k e d. said…
pergh.gile besh.msti happening,kn?
ayisy said…
Yup! Memang happening! :)
Dan said…
bestnye..=)
Deqna said…
uitsss ,,

dari ritu kejaa mandimande je ko ayisy ea..

jelez plak deqna..

=P

(ahaha kantoi x mandi pagi.wekk!)
.millalara. said…
le tour de ayor terjun je kerojenye ye... haishh~~

jelesh amat!
ayisy said…
to deqna= hehehe..skrg member ayisy tgh musim mandi air terjun.. huuuhuhuu.. uiks! walaupun aku tak mandi, tp di air terjun aku mandi.. hihihi..

to babymilosh= hehehe... tengah free so jalan la puas2.. nnt dah berlambak asigment takder masa nak jalan2.. huhuhu...
PK said…
slm...

wah..siap berkonvoi g air terjun ekk....
ayisy said…
huhuhu.. saja jalan2 makan angin.. :)
Cik Yaya said…
umah yaya kt bentong la..
huhu..
windu2...
tp kn kt air terjun chamang berhantu..
hehehe~~
ayisy said…
haa? ada hantu? uiks! patotla byk org mati kat situ.. huhuhu..
Admin said…
hehe.. xpe, t tmpg ayisy jea,
haha..
.ShazaSulaiman. said…
ayisy..sonok banget neh g mnd ayak tejun!
hee..ma clas pn nk wat trip g mnd mnda t..
h0h0..
cant wait!
^_^

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???