12 Fakta Negatif Rakyat Malaysia Dalam Kepala Aku.


1. Aku hairan kenapa ramai anak remaja sanggup berhabis duit untuk mengundi peserta Akademi Fantasia. Padahal kalau peserta kesukaan diaorang menang, bukan diaorang dapat share pun hadiah yang artis tu dapat. Realitinya, artis tu bolot sorang-sorang. Blah la!

2. Aku paling benci bila bayar kat cashier, dia cakap “ada duit syiling 30sen, 40sen….?”. Aduaaii… Dah tahu berniaga, sediakanlah duit syiling banyak-banyak. Pastu kalau customer cakap takda duit syiling buat muka masam. Lempang nak?

3. Budak-budak kita suka beli seluar jeans levis tak ori berpuluh-puluh ringgit. Padahal kalau beli brand ori macam Edwin, Brittania, Diesel dan Lois boleh dapat paling murah rm50. Kan lagi murah daripada levis tak ori dan kualitinya lebih bagus. Apa barang Levis tak ori ada cop coca-cola kat kocek. Hee.. jangan terasa ehh siapa yang ada.

4. Kenapa orang sibuk kecoh kalau kedai runcit biasa jual barang mahal. Kalau 7Eleven mahal tak kecoh plak walaupun realitinya barang kat 7eleven memang lebih mahal daripada kat kedai biasa. Emmm... Slurpee? Kecik-kecik dulu bolehla layan menda ni. Sekarang NO!

5. Pekerja KFC yang moody membuatkan Ayisy rasa macam nak sumbat jek ayam kat lubang hidung die. KFC tu bukan bapak kau punyer, kau tu cuma cashier yang dibayar gaji untuk memberikan perkhidmatan mesra + bagi ayam percuma kat aku! Heee..

6. Ayisy rimas kalau masuk kedai jek salesgirl tu sibuk ikut Ayisy ke mana Ayisy pergi. What the shame? Dia ngat Ayisy nak curik ke? Ataupun konon-konon nak membantu Ayisy memilih barang. Nasihat Ayisy, jangan sibuk ikut customer, biarkan dan bila customer panggil baru datang kalau tak nak customer anda blah begitu sahaja.

7. Satu lagi, Ayisy rasa macam nak tempeleng jek muka salesgirl kedai tu bila dia cakap “mau cari apa?”. Menda la salesgirl tu boleh tanya ayat bodoh camtu. Kalau sekali jek dia tanya, biasala. Tapi kalau dah aku wat bodoh masa dia tanya, diam jela. Banyak songel plak.

8. Ayisy rasa geli bila tengok orang yang pakai kereta Proton Wira, Waja atau Saga tukar lambang Proton tu kepada Mitsubishi. Hek eleh... Hina sangat ke pakai kereta Proton sampai nak tukar lambang. Macam la orang tak kenal kau tu pakai kereta apa. Tapi apa boleh, hak orang kan.. Layankan jek..

9. Kenapalah budak zaman sekarang terlalu taksub dengan fungsi 3g semasa membeli sebuah handphone. Takder fungsi 3g taknak beli. Padahal diaorang bukannya guna pun fungsi 3g tu. Kalau guna pun agaknya berapa kali jek. Ntah-ntah servis 3g tu pun diaorang tak tahu guna. Kah3! Lawak Antarabangsa betullah.

10. Orang bawak kereta lembab lepas potong kita. Huh! Ini merupakan perkara biasa yang Ayisy hadapi masa tengah bawak motor. What the hekk tengah sedap-sedap bawak motor tetibe ada kereta potong dengan lajunya pastu bawak slow depan kita. Pastu kita potong balik, dia potong balik jugak pastu bawak slow depan kita. Aduaaiii... Sondol bumper belakang keter tu kang baru tau.

11. Kenapa budak sekarang rasa susah dan mahal kalau nak apply broadband atau servis internet padahal diaorang habis berpuluh ringgit untuk topup handphone jek takpun beli handphone 3g beribu ringgit tapi tak gune 3g nya. Pastu sibuk bising wireless institut atau company lembab, putus-putus atau takda langsung. Nak free jek. Kalau boleh semua nak free. Nak free buat sendiri la beb. Kawan-kawan Ayisy yang terasa jangan marah ehh.. Hee...

12. Ayisy pelik kenapa ada orang cakap berbual pasal politik boleh mematangkan diri, kalau tak join nanti jadi katak bawah tempurung. Why? Orang yang berbual politik semuanya bagus ke? Matang? Berfikiran terbuka? Ceh! Blah la kalau bila berbual politik sampai gaduh-gaduh, kutuk-mengutuk dan benci-membenci. Matang ke kalau macam tu? Makin bangang ada la. Ayisy paling meluat bila tengok orang berbual pasal politik pastu sedaya upaya suruh orang setuju dengan pendapat dia padahal umur masih belum cukup untuk mengundi, sunat pun tak kering lagi. Dammm! Hee. Jangan marah eh budak yang layan politik.

*penulis memohon ampun sepuluh jari kalau ada yang marah atau terasa dengan artikel ini.

Comments

Cik Yaya said…
yaya sokong yg pekerja KFC moody..semalam jer dah kne..sial tul..rase nk sepak2 jer..tp disebabkan dy hanya pekerja KFC xpe la..hahaha..jaatnya aku..dy yg mule dlu eh..
WaNnY said…
haha. ye2, tak ske kalo salesgirl asyek menyebok je ikot org nak beli ape. menyemak + merimaskan...bleh wat org hilang mud nak beli teros..
ayisy said…
to yaya: lempang jek pekerja kfc tu. ayisy penah jumpa pekerja kfc pondan pastu moody2 plak. Haktuih!

to wanny: tau takper. huhu..
aZRi aZLaN said…
pendapat masing2. bnyk fakta dprd autar dlm entry ko kalo ni. semuanya aku sokong 100% lagi2 bab salesgurl tuh. dh tau kedai baju nak tnya cari apa. bodoh giler...
rhapsody LiN said…
h0h0~

ku seronok shopping petang td

(^_^)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???