Monday, 12 October 2009

Nilai Sentimental Pada Barang.

Kita mungkin akan menyayangi sesuatu barang jika ia berharga, mahal, pemberian insan tersayang, sukar didapati atau sudah lama berbakti kepada kita. Selalunya kita akan sayang pada barang yang baru kita dapat. Tapi lama-lama barang tu akan terbiar bila kita puas menggunakannya atau sudah bosan. Aku pun gitu gak. Cuma ada beberapa barang peribadi yang aku rasa sayang sebab dah lama aku pakai. Walaupun barang-barang tersebut tak mahal, tapi disebabkan sudah lama aku gunakan, banyak kenangan dan ada nilai sentimental, jadi aku jaga elok-elok.


Pertama, barang yang aku rasa paling sentimental dalam hidup aku dan masih digunakan sekarang ialah bekas pensil jenama Little BobDog. Tengok nama jek dah kiut walaupun menatangnya najis. Hehe... Bekas pensil ni aku beli pada tahun 2003-2004 gitulah, tak berapa pasti. Sekarang tahun 2009 maknanya dah dekat 6 tahun dan aku masih guna lagi buat pergi kuliah. Skema giler aku pakai bekas pensil macam budak perempuan. Kah3! Bekas pensil inilah yang aku guna buat masuk periksa PMR dan SPM. Little BobDog! Kemon-kemon seyy! Ungg! Unggg! Hak3!



Kedua, selipar Asadi aku. Dibeli awal tahun 2005. Lama beb selipar ni aku pakai. Dekat 5 tahun tapi still tahan lagi cuma sekarang dah jadi selipar masuk bilik air lah. Selipar ni dah bawak aku jalan satu Malaysia dari Sabah, Kelantan sampailah Kedah. Hehe... Setakat sekarang inilah selipar paling lama bertahan dalam hidup aku. Memang Grand!!!



Ketiga, jam Casio AW-49H aku. Beli masa awal tahun 2005. Lama dah jam ni berbakti dari zaman aku sekolah sampailah sekarang. Dulu jakun giler dapat beli jam yang ada analog dan digital. Paling canggih la pada aku masa tu. Masuk IPGM, aku buang-buang jek sebab dah beli jam lain. Nasib baik bulan 6 lepas aku tersedar bahawa jam ni mempunyai nilai sentimental bagi diri aku. Masa tu jam ni dah takder tali, bateri pun dah kong. Aku hantar kedai servis. Bila tengok dia hidup balik, peh! Bestnyer tengok jam tu gerak. Sekarang, kadang-kadang aku pakai jam tu bila terasa rindu zaman sekolah. Huh..cepat betul masa berlalu...


Keempat, baju t-shirt Levis hitam aku. Beli pada pertengahan tahun 2005 kalau tak silap. Sampai sekarang aku pakai dan tak rosak. Baju ni pelik sikit sebab aku pakai tak boring-boring. Tak macam baju lain, pakai sebulan dua dah boring. Dah 5 tahun pakai pun rasa cool jek. Memang terbaek la t-shirt ni.



Kelima, beg akak-akak ada cop JPN Johor. Beg ni aku dapat free masa form 5. Sampai sekarang aku pakai buat pergi kuliah. Memang vintage la beg ni. Walaupun kena psiko beg pergi pasar, tapi tetap style bagi aku. Kalau lepak kat Johor rasanya memang ramai budak pakai beg style camni. Aku usha kat JB pun berlambak beg ni dijual. Yang penting, beg ni lah beg aku aku paling sayang. Hua3! Orait, setakat tu jek aku nak kongsi tentang barang yang bagi aku mempunyai nilai sentimental dalam hidup aku. Korang plak, kalau ada barang yang dah lama, jagalah elok-elok. Bila dah hilang atau rosak baru nak touching-touching tak guna. Hehe.. Bye!

14 comments:

AzwaZynal said...

aku macam pernah ada je beg tuh. hahaha.

ayisy said...

Azwa, emmm? mungkin kau pernah pergi bengkel kat Hotel Landmark di BP. Masa tu dah nak dekat SPM. Huhu..

FiNa said...

aku dah agak awl2 da, jam tangan mesti tersenarai punyer la.. huhuhu...

ayisy said...

Fina, hahaha. Ceh! Jam tu aku sayang beb. :P

FiNa said...

eleeeeeh... skrang baru tau sayang.. dulu campak2 je...

ayisy said...

hehehe.. dulu tak hargai, tiba-tiba sekarang baru sedar. kih3!

FiNa said...

kalu istri ko buat camtu gak ek>?

ayisy said...

Fina, kalau isteri tak la. Hargai dari mula kawin sampai ke akhir hayat. Hehehe. :)

FiNa said...

alah... Dan2!!!

ayisy said...

dan2 apa maksudnya?

FiNa said...

dandan= yoyo'o.. je!

FiNa said...
This comment has been removed by the author.
ayisy said...

oh.. tapi betul tau. hargainya sampai bila2. serius. Hehehe..

FiNa said...

hopefully, ko akn hargai mrk spt yg ko kata tu...

p/s:mereka ke??? erks!