Asrama... Ku Merinduimu...


Dah lama tak update blog. Sejak seminggu dua ni aku sibuk sikit. Dengan kerja kursus, amali dan yang terbaru terlibat dalam Pameran KEDAP Orang Asli di IPGM aku. Bila dah open nanti, jom arr ramai-ramai pergi IPGM aku. Pameran tu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB. Dr. Mohd Puad Zarkashi. Cara?

Cerita lain pulak. Tinggal di asrama ketika zaman persekolahan memang menyeronokkan. Walaupun ditekan dengan peraturan dan disiplin yang ketat, tapi aku rasa best jek duduk asrama. Pehal tah.


Bab makan, heh! Ingat lagi zaman form 1-2, tukang masaknya tak best. Makanan tak best. Lauk tak best. Hehe. Nak tak nak telan gak. Kang tak makan mati plak. Masuk form 3 sampai form 5 baru best. Makan best-best padahal bayar sehari rm1 jek. Murah betul rezeki. Hari Sabtu makan nasi ayam. Kadang-kadang ada ais krim. Wuh! Syoknyer masa tu hanya aku yang tahu. haha. Paling radikal, nikmatnya makan biskut kering 3 keping cicah air teh masa kudapan petang. Peh! Sedap giler! Cuba sekarang, biskut kering kat atas meja tak pandang kan. Haha..


Kalau bab mandi plak, bila takder air memang kaw-kaw la seksanya. Tapi bila pikir balik, bestnyer. Hehe! Air takder, masing-masing menggeledah seluruh kawasan sekolah cari air. Mandi kat suraula, tandas cikgu la, makmal sains la, paip-paip kat sekitar sekolah lah. Fuh! Bila mandi, of coz open. Huuhu. Aku masih ingat masa form 2, mandi kat perigi takungan dalam hutan belakang asrama. Giler betik beb! Tanyer budak asrama SDBL, mesti diaorang tahu. Mandi kat atas kaki lima dewan pun style. Nak buang air? Jangan cerita lar, amik air kat luar asrama, seret baldi masuk jamban asrama. Seksa tak seksa masa tu.

Ponteng prep? Curi masuk asrama waktu rehat? Ingat aku kisah dua tiga orang senior aku nyorok dalam lokar bila cikgu spotcheck. Aku pun sama. Kah3! Walkman? Barang paling mewah diwaktu itu. Siapa ada walkman memang otai la. Nak dengar walkman pun nyorok-nyorok. Kes walkman kena pinjam senior tak pulang-pulangkan satu hal. Memang crettt la.

Kes gadoh? Ada la tapi taklah teruk. Pernah dulu aku tengok senior gaduh. Giler seram ahh. Aku masa tu form 1, cinonet lagi. Kecut bila tengok. Tapi sekarang senior-senior tu semua masuk U. Ada bakal cikgu lagi. Kah3! Bagus betul didikan asrama buat diaorang sedar.


Outing. Suatu keadaan di mana penghuni asrama dibenarkan keluar ke bandar untuk berfoya-foya. Haha.. Gurau jek. Bermula hari Isnin sampai la Ahad, setiap waktu aku duduk di kawasan sekolah. Bayangkanlah duduk di kawasan sekolah tak keluar-keluar. Cuma hari Sabtu jek, antara pukul 1 petang sampai 6 petang, itulah waktu outing. 5 jam sahaja. Peh! Bila dapat keluar, gembira bukan kepalang. Masing-masing muka senyum sombeng. Keluar, jalan-jalan, pergi mall, makan-makan dan sebagainya. Waktu outinglah yang sangat ditunggu-tunggu oleh penghuni asrama termasuk aku. Nikmatnya dapat outing tak boleh digambarkan. Huh! Aku masih ingat bila beberapa orang member aku tak boleh outing sebab ada kes. Tak boleh blah tengok muka diaorang sememeh kesedihan bila tengok aku bergembira nak outing. Muka memang menyentuh perasaan lah. Aku boleh bayangkan lagi muka diaorang masa tu. Hik3!

Waktu balik kampung, perasaan suka tu jangan cerita lah. Dua tiga hari sebelum balik dah teringat-ingat nak balik. Khamis malam Jumaat dah siap kemas dah. Hehe... Sebelum balik, lepak dulu kat bus stand. Balik rumah naik bas jenama Coastal. Masa tu pandangan aku terhadap kampung punyerlah jauh. Kira-kira 45 minit baru sampai. Macam kat perantauan dah rasanya. Padahal sekarang kalau naik motor ulang-alik dari kampung ke Batu Pahat tu 30 minit jek. Tak rasa menda pun. Buat main-main jek. Heh! Oklah, cukup setakat ni rasanya. Papepun, korang yang pernah duduk asrama, mesti kata best kan. Huuuhu...

Comments

ayisy, saya pun rindu asramalah. bestnye asrama, persahabatan dengan kawan2 akrab sangat. masetu sume murah dan mostly free..hehe..tapi bila masuk u, baru terasa susah sikitlah..

asrama membentuk saya jadi manusia berdisipilin sedikit sebanyak. ayisy ade cita2 nak jadi warden asrama plak ke? ekeke :)
M.o.2.@. said…
asrama yg best..
pkul 12mlm kuar lpak kt tman perdana or cermai..
pnteng tuisyen,last2 kntoi jgk..

syahmi kalu jd warden?spe idola?
khatam ka?
ayam ka?
katik ka?
husin ka?
or zhafri?
Nadiene said…
ahah.. takde citer antu kat asrama??? ade benda penah menyamar jadi aku dulu..
ayisy said…
norashikin rahmat, betul tu. saya takder cita2 pun nak jadi warden. hehehe..

moza, haha, aku ingat, aku ingat. haha.. aku kalau jadi warden idola aku ayam beb. Hak3!

fid, citer hantu aku tak tau nak cerita camne. pasal ada hantu menyamar jd kau aku tak tau la plak.
kurmadu said…
hahahah.wargh!
sgt rndu nk duk asrama balik..
rindu nk men kjar2 ngn wrden,
dgr bebelan si ibu (penyelia)
dan jelingn mnja para senior.

khabar apakah mereka??
Afzainizam said…
Salam dari ku http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
Emmmm bertahun tahun aku dok asrama dari Sek. Men. Vokasinal Johor Bahru.. Bertukar ke Asrama IKM Bertukar ke Institut Veterinar Malaysia... Pengalaman yang amat indah yang aku lalui hidup di asrama... bagi ku aku tak kisah klu masakan lauk-lauknya ade ulat ke.. biskut keringnya ke.. ikan nya yang sudah busuk tu.. sebabnya klu nak dikira sekarang ni aku kerja ni pun nak makan 5 kali sehari boleh pokai lah serapan pagi dah berapa RM 4 tambah makan tengah hari mau RM 5 minum petang RM 3 dan makan malam RM 5 dan akhir minum malam RM 3 klu di campur tu semua tak lari dari RM 20 sehari.. aduh kali dengan sebulan sekarang aku pening lah.... makan kena berjimat masak sendiri lagi tak sedap dari masakan asrama.. makan maggie tak ade zat...

ape pun aku berterima kasih kerana asrama mengajar aku erti hidup berdikari sendiri.... hidup ku tak mau menyusahkan orang lain.. pandai buat tanggung sendiri... thanks my warden kerana mendenda aku dan hukum aku kerana kesalahan aku... thanks senior kerana ko suka nak buli orang jadi aku balas balik masa aku jadi senior... adik ko aku buli habis habisan padan muka adik ko tu.... kisah benar dari ku http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
ayisy said…
mizatiqah, peh, main kejar-kejar dengan warden. mesti syok. hehehe..

Afzainizam, aku dulu pun ada kes makanan berulat. sedih jek waktu tu. maklumlah, masih kecik. tapi dah besar tak pikir pe dah. hehehe..

dah besar sehari makan memang habis rm10-20. hehe, aku yang masih belajar pun sehari habis dalam rm10-15 untuk makan jek. kes buli-buli tu biasa lah masa kat asrama. tu sebenarnya didikan untuk kita jadi lebih tahan. :)
WoO, gambo aku pOn ade tuh...
tu xkire lagi yg kes 'fly' kantoi...
siap kne gantOng ostel lg... spe ntah:)
ayisy said…
hehehe.. special gambar tu. :)
kau pernah kantol fly ke? hehehe.. biaselah tu zaman duduk asrama. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...