Tuesday, 27 October 2009

Huk! Mesej Iklan Yang Mengganggu Hidup Aku.


Yah! Ambik kau iklan dari diriku..! Muahaha..!

Emmm… Semenjak dua menjak ni, handphone aku asyik terima mesej iklan jek. Iklan muat turun lagu lah, video lah, ringtone lah, caller ringtone lah dan Stone Cold (eh, gurau jek). Hehe… Hampir setiap hari Celcom dan Maxis hantar mesej iklan tah pape. Tak nak meluat plak kan. Kadang-kadang masa kita tengah sibuk, handphone berbunyi. Dah la susah nak korek kocek tengok handphone. Tengok-tengok Celcom hantar iklan, kecewa giler dengan sikap Celcom.

Ni lah contoh mesej iklan tuh. Sory gambar kabur, susah giler nak amik gambar mesej nih. Hehe.. (Pakai webcam jek, kamera digital takder. Beli jam boleh, nak beli kamera rasa mahal giler. Kih3!)

Aku tak pasti adakah Celcom atau Maxis yang hantar mesej iklan tu ataupun syarikat lain. Kalau syarikat lain pun, menda la pergi hantar mesej ngokngek camtu. Penat aku nak delete dan asingkan mesej iklan dengan mesej penting. Paling sakit jiwa masa tengah bawak motor. Syok-syok bawa motor tiba-tiba kocek bergegar. Nak tak nak berhenti jap tepi jalan mana tau ada mesej penting kan. Tengok-tengok mesej iklan. Emmmm…

Pada korang, ada tak cara nak stop spam ni? Aku tak berapa pandai sangat bab-bab handphone ni. Hehe... Oh yer, masa cuti Depavali hari tu, korang mesti dah tengok iklan P1 Wimax yang bikin aku gelak jek. Hak3! Maksud mendalam tuh! Psiko kaw-kaw punyer. Ok, bye!

*Fuh, setiap hari update blog. Maklumlah, tengah tak busy. Minggu lepas-lepas busy semacam. Minggu depan mungkin aku start busy, dah nak final exam. Huhu… Kepada semua guru pelatih IPGM seluruh Malaysia, aku ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan. Minggu depan start study week, belajor-belajor! Hehehe…

*korang dah potong belum? Aku belum. Sebab..sebab kat K.Lipis mana ada line P1 Wimax. Hahaha...

6 comments:

Finaz said...

yelah...Kak Finaz pun tiap2 hari dapat..tak suka betul..bukan kira time pagi buta, tengah malam..tak sopan betul Telco kat Malaysia nih!

najwa hazirah halmi said...

cuber reply balik ngn STOP ALL...ataupon DELETE ALL...dlu pnah la wt cmtuh...tp penghantar dy bukanla clcom o maxis...
tp try jer la..

noor afzan said...

ermm.biasa dapat..
tapi mmg x reti nak sekat la dik..
ok gak idea najwa tuh..

geram gak ngan iklan tuh..

ayisy said...

Kak Finaz, memang Telco Malaysia tak sopan. Servis pun teruk kadang-kadang. emmmm...

Najwa, Orait! Thanks. Nanti saya try buat. Huhuhu..

Noor Afzan, dulu jarang dapat benda2 camni, sekarang jek banyak. Leceh betul. Malas nak delete2 mesej tu. Huhu..

fiD said...

daftar la spam,, xpon, tuka digi kampus!

ayisy said...

fid, ada gak terfikir nak tukar. tapi sekarang aku dah jarang guna handphone. dah jadi macam perhiasan handphone aku. Maklumlah kan... Heeee... Lagipun K.Lipis line Digi aku tak yakin lah..