Mega Raya IPGM KTAA dan Mega Accident.



Raya Aidilfitri tak lengkap kalau tak buat jamuan bagi makan free. Hehe... Semalam, peristiwa memberi makan free kepada guru pelatih IPGM KTAA telah berlaku dan ia adalah suatu usaha yang amat digalakkan. Ekeke. Selain dapat menjimatkan duit guru pelatih, ia juga dapat merapatkan tali silaturrahim sesama guru pelatih, pensyarah dan sesiapa sahaja yang berada dalam institut. Walaupun duit guru pelatih dapat save, akan tetapi duit pihak atasan telah kopak. Kih3!

Jamuan Mega Raya anjuran IPGM KTAA diadakan bermula jam 2.30 petang sehingga bila entah, aku dah cabut awal. Heee... Aku sebat nasi himpit, makaroni, tembikai, air sirap ada bijik-bijik hitam dan lemang. Kau ni Ayisy badan jek cikeding tapi makan macam... Susah nak cakap. Heh. Jamuan semalam tu dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu raya oleh guru pelatih. Pensyarah dan Timbalan Pengarah pun nyanyi sama. Canteks! Sporting abes.

Memang Poh Paleh! Poh Paleh!

Malam tu pula, aku keluar makan dengan member. Baru sekerat jalan, tiba-tiba dari jauh nampak orang suluh-suluh lampu picit. Dalam hati, ek elleh, asyik-asyik roadblock. Sekali tengok eksiden laa. Lori bawa kayu, kayu yang dibawa terkeluar lalu terkena kereta dari arah lain. Habis bersepah kayu atas jalan dengan kaca sampai tak boleh lalu dah. Memang poh paleh orang Pahang kata. Nasib baik yang kena kayu tu kereta, kalau motor aku rasa memang dah gol. Dan kebetulan ditempat kejadian ada warong. Ceh! Memang good-good jek keadaan ini. Terus makan kat warong tu. Ok, babai!

Ni pun Poh Paleh! Kuchar Lanar! (Ayisy mula belajar dialek negeri). Kepingan kayu bertaburan di sekeliling jalan.

Comments

IMANSHAH said…
wah, makan free je sekarang ni, dah tinggal berapa hari lagi ni
abangfaizul said…
makan free bro... jangan tolak tau. kalau tak larat, post je kat kitorang kat sini
ayisy said…
imanshah, haha. makan free jangan ditolak. :)

sayalahfaizul, hehe, kalau makanan tu boleh post, memang dah post. :) takpun datang jek sini.
Afzainizam said…
salam dari aku untuk dikau ayisy http://firestartingautomobil.blogspot.com/
adoi bestnya makan lagi... sejak-sejak ni murah rezeki ko ni ye... orang belanja besar-besaran lah..meraikan ko.. makanan melimpah ruah.. kenyang perut suka hati...

sporting abis tim pengarah ko tu siap menyubangkan suara .. ni mesti lagu orang-orang veteren ...

tentang xcident tu adengan yang paling aku ngeri sekali...malang tak berbau...Ya allah selamatkan aku dari segala malapetaka...Amin
ayisy said…
Afzainizam, makan free memang best, lagi2 boleh tambah sesuka hati. Hehehe..

Pensyarah kat IPGM aku memang sporting. :)

Excident memang tak berbau. kadang-kadang salah orang lain kita yang kena. Emmm...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...