Friday, 16 October 2009

Budi Bahasa Budaya Kita.

Situasi-situasi di dalam keretapi (train).

Situasi satu. (aku dan mak cik).

"Aaa... Cik, ni tempat duduk makcik ke?" Aku bertanya.

"Tak. Adik dok sini?" Makcik tu cakap.

"A'ah, tiket saya sit sini." Aku jawab sambil senyum seikhlas hati.

"Adik boleh duduk tempat lain tak. Duduk belakang sini." Mak cik tu selamber cakap.

"Ok". Aku cakap.

Situasi dua. (aku, budak dan mak cik).

"Ni tempat duduk adik ke?" Aku bertanya.

"Tak". Budak tu jawab.

"Adik, adik dok tempat lain boleh, ni anak mak cik nak duduk, dia takut." Tiba-tiba mak dia backup plak.

"Ok". Aku jawab.

Situasi tiga. (member aku dan seorang mak cik).

"Cik, saya duduk sini". Member aku cakap.

"Dok sini, ada tiket?. Mak cik tu cakap kuat-kuat.

"Ada". member aku jawab.

"Tunjuk tiket tu?" Mak cik tu cakap dengan penuh kekerekkan.

*Member aku pun tunjuk tiket lalu mak cik tu buat muka tak bersalah. Blah gitu jek. Bukan nak minta maaf. Dah la takder tiket, buat kerek dan kecoh. Takder tiket buat cara takder tiket.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Oklah, situasi di atas adalah situasi sebenar yang pernah aku rasa. Boleh dikatakan kalau naik train, mesti tempat duduk aku ada orang kebas. Orang yang kebas ni orang yang takder tiket ataupun yang sibuk nak duduk dengan member lah, mak ayah lah, pakwe makwe lah. Sibuk sangat nak duduk dengan orang tersayang mereka sampai hak orang lain dikebas. Aku tak kisah kalau diaorang nak duduk sit aku. Aku boleh tolak ansur duduk tempat lain. Tapi apa lah salahnya bila aku tanya tu, jawablah elok-elok, senyum sikit ke, minta maaf, lemah lembut dalam tutur kata dan berbudi bahasa. Lu dah la ambik sit orang, pastu boleh buat kerek plak. Agak-agak la bai.

Satu lagi kes yang takder tiket. Ok, aku paham korang terdesak. Tapi bila kita nak duduk sit kita, blah la elok-elok. Ni siap tanya macam tak percaya tu sit kita. Weh, yang takder tiket saper? Lu ke gua? Tak kira la lu orang tua ke, nenek ke, mak cik ke, brader je, aweks ke, dah takder tiket buat cara takder tiket. Memang orang tua perlu dihormati. Habis, aku yang beli tiket mahal-mahal, naik train 7-8 jam takkan nak diri atau merempat dalam train tu. Itu hak aku. Lain kali kalau nak naik train, rancang awal-awal. Beli tiket awal-awal.

Memang kita sebagai orang Islam dididik menghormati dan bertolak ansur dengan orang yang lebih tua. Cuma janganlah disebabkan korang lebih tua korang tak reti berbudi bahasa. Yang muda juga perlu dihormati. Utamakan yang berhak dahulu. Bukan aku sibuk sangat nak duduk kat sit aku, cuma kalau kita dah tak duduk kat sit kita, nanti jadi harok bila sit lain yang kita duduk tu ada orang punyer (naik dari stesen lain). Kita plak merempat ke hulu ke hilir cari sit padahal kita dah ada tiket. Kadang-kadang pikir gak kesian kat orang lain, tapi kadang-kadang terfikir gak kita beli tiket mahal-mahal tapi macam takder tiket. What The F kan?

Kepada golongan kerek tu, malulah sikit. Orang asli jauh lebih berbudi bahasa daripada korang. Kah3! Gurau jek. Peace!

12 comments:

paan said...

orang tua yang sepatutnya menjadi tauladan xdapat memberikan tauladan...tapi patut dijadikan sempadan...

ALiE said...

lau yang sama muda or y budak-budak aq cakap lek lok dlu,lau wat bebal baru aq sound balik...sodapp2 punyo

lau y golongan emas ni,hati mudah kuyu,biasanya panggil je pak cik baju biru tu...

:) dah lama tak nek train..

Finaz said...

Aisey...susah lah kalo dah tua2 pun x reti bahasa gak..

ayisy said...

paan, betul tu. sekarang aku tengok ramai orang dewasa atau dah tua tak boleh dijadikan tauladan. :)

Alie, haha, jom arr pindah ipgm ktaa, nanti boleh naik train yang sungguh best tu!

Finaz, memang susah. Nak marah diaorang dah dewasa atau tua. Emmm...

norashikin rahmat said...

erm..stakat ni saye tapernah lagi jumpa orngtua camtu. tapi kalau ngan orgtua memanglah kena sabar.. bukan niat diorg nak begitu, tapi dalam situasi dan keadaan tertentu diorang sendiri dah takboleh nak consider ape yang diorang perlu buat.

sabarlah ye. Allah takkan mensia-siakan amalan baik yang anda buat..

ayisy said...

kadang-kadang, orang tua atau dewasa dah tak sesuai naik keretapi. patotnya anak diaorang la hantarkan ke apa. emmm... tu belum kes yang tido kat sudut gerabak keretapi. mengganggu orang lain jek. sabar jelah.

aZRi aZLaN said...

jangankan keretapi, bas pun ada macam tu jugak.

aku tak pernah kena tapi ada satu hari tu, sampai nak bergaduh dia orang rebutkan tempat duduk.

aku naik seram bila tengok perempuan+perempuan bergaduh...

ayisy said...

Azri Azlan, peh, pompuan gadoh rebut kerusi? Ganas giler... :O

pudding pie said...

tabik la bro!!
masih sabar yek.. bagus la tu..
hehehehe

mana tau kot2 makcik tu bg jdk menantu ker?? keh2

ayisy said...

pudding pie, sabar? masa kat train tu memang sakit hati la. tapi bila dah jejak kampung jek, terus lupa. Hehehe.. menantu? huuuu.. tak nak! kih3!

fndrocka said...

apa kaitan dgn org asli lak.org asli memg pandai2.huuuu

ayisy said...

fndrocka, takder kaitannya. cuma saja nak cakap. sebab hari tu ada pameran orang asli kat tempat aku. hehehe. jadi aku boleh nampak cara diaorang. diaorang mmg dah maju sekarang. Baguslah. :)