Jam Q&Q


Jam Q&Q memang femes. Nak cari jam jenama ni senang jek, banyak kedai jual. Kat pasar malam atau pasar lambak pun ada jual. Member aku pun ramai yang pakai jam jenama Q&Q ni selain Casio. Aku rasa jam jenama ni tahan lama dan reliable. Harganya jangan cakaplah, cukup murah. Bawah RM50 dah boleh angkat. Setakat ni yang aku jumpa semua jam Q&Q menggunakan movement quartz walaupun ada otai jam kata terdapat beberapa jenis jam Q&Q menggunakan movement automatik. Kat internet pun aku ada jumpa jam Q&Q automatik. Gempak gak jam Q&Q nih. Dan yang paling penting, jenama ni Made In Japan mari.


Canggih dan cantik. Tak sangka ada jam Q&Q Chronograph dan Radio Controlled. Mungkin nak bersaing dengan Casio. Cuma setakat ni aku tak jumpa lagi kat kedai. Emm...

Sepanjang hidup aku, ada 2 buah jam Q&Q aku pakai. Yang pertama masa darjah enam. Masa tu kecik tet lagi. Kumpul duit RM60, pastu nekad naik basikal sorang-sorang pergi kedai jam kat Pekan Senggarang. Bila pikir balik rasa macam nak tergelak plak kan. Masa beli tu, tokey kedai tu buat bodoh jek. Mentang-mentang aku kecik tet lagi. Aku plak masa tuh memang pemalu nak cakap dengan orang tak kenal, diri punyer lama kat kedai tuh. Dalam hati, tokey aku nak jam tuh. Korang bayangkan, seorang budak kecik sorang-sorang pergi kedai jam dengan dress up selekeh nak beli jam. Hak3! Last-last aku panggil guna tangan kalau tak silap. Tunjuk jam yang aku nak, pastu dengan nada takut-takut mintak kurang harga. Harga asal RM69 aku mintak RM60 sebab bawak duit cukup-cukup RM60. Kih3! Nasib baik dapat. Suka betul aku bila dapat jam tuh. Aku masih ingat apek yang jual jam tuh tapi bulan lepas aku pergi kedai jam tuh apek tu dah takder. Mungkin dah meninggal kot (ceh, ayat baik giler). Yang jaga kedai tuh 2 orang dewasa mungkin anak-anak dia la tu.

Yang sebelah kiri, model iras-iras jam Q&Q aku masa form 2. Sebelah kanan model iras-iras jam Q&Q masa darjah 6 dulu. Hehe... Sayang aku tak simpan, kalau simpan boleh tunjuk kat cucu cicit aku nanti. Pastu cakap, ni lah jam atok masa darjah 6 dulu cu...

Jam Q&Q kedua, jenis jarum biasa jek. Beli masa form 2 kat The Summit. Harga seingat aku RM29. Mintak mak ayah belikan. Hehe.. Tahan jam tuh dari form 2 sampai form 4. Last-last hilang masa mandi, mungkin ada budak rembat pasal aku letak kat dalam gayung mandi. Hampeh! Lepas hilang jam Q&Q tu, aku beli jam Casio yang sekarang masih bertahan. Hehe...

Tadi bila aku surf nak dapatkan information terbaru pasal jam Q&Q, aku tengok makin canggih koleksi dia. Dah ada koleksi kronograf dan solar. Jam diver (100m) pun ada gak. Design pun cun giler. Tiba-tiba terasa macam nak beli satu plak buat koleksi. Hehe.. Tengok tabung duit syiling ada rm80, memang sah la nak kena angkat satu ni. Hek3! Jadi, kalau ada di antara korang yang berhajat nak beli jam tapi bajet kurang, belilah jam jenama Q&Q nih. Murah, tahan lama dan sedap-sedap dipakai.

Comments

Finaz said…
ye ke dah mninggal? ntah2 ada kat rumah tgh baca N3 nih.. hahhaha gurau jer..
ayisy said…
Kak Finaz, kalau tokey tu bace entry nih, mesti dia terharu ada pelanggan yang ingat kat dia. Hihi...
aku sokong...silap2 jadikn ko cucu angka dia..haha

Ayisy,..aku perasan sesuatu kat blog ko.


ummmm..,ko memang minat jam ke..
ayisy said…
Pejuang Kesenian Extreme, kalau aku jadi cucu angkat dia, senang la aku nak dapat jam free. Hak3!

Aku memang minat jam. Sejak kecik lagi. Cuma sekarang baru mula kumpul dan study pasal jam. Hehehe..
Afzainizam said…
salam buat kamu http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Pasal jam Q&Q hah aku teringat jam aku jenis Baby-G ala-ala G shock cam tu lah.. ye lah dulu aku tak mampu nak beli jam... tu je yang aku termampu...

dulu masa aku sekolah rendah lagi teruk tak pernah pakai jam tangan... cuma klu nak tau pukul berapa tu tengok matahari klu matahari tepat terpacak tu tengah hari... time aku balik sekolah... eeemmm kesiankan...
ayisy said…
afzainizam, jam Baby-G tu adik beradik G Shock. Cuma dia comel sikit la, nama pun baby. Hehehe...

Tengok matahari? Huhuhu.. Aku dulu penah buat, amik batang kayu pastu tengok bayangnya. Terpengaruh Ustaz ajar. Hehe...
duniajam said…
Aku ada 1 Q&Q automatik. Boleh kata homage kepada Rolex Datejust pasal bentuk dia nak sama. Guna enjin Miyota. Payah nak jumpa jam Q&Q auto. Kalau pi kedai jam pun, si seller pun tak tau ada Q&Q auto. Hehehe...

Kalau ko simpan lagi jam tu, mesti best. Aku masih simpan lagi jam2 masa aku sekolah rendah dulu. Rasa best pulak bila tengok balik. Kenangan semua tu...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???