Ahli Gusti WWE Pilihan Hatiku Masa Kecil... Hua3!

Masa kecik, aku suka tengok wrestling. Kalau dulu ia dikenali sebagai WWF, sekarang dipanggil WWE. Macam-macam version dalam WWE tapi yang aku selalu tengok WWE SmackDown. Mungkin ada yang akan cakap, ala gusti dalam WWE tu tipu jek. Haha... Memang la diaorang berlakon jek tapi tetap syok ditengok.

Cuma sekarang aku tengok jalan cerita dalam WWE dah tak best macam dulu. Tak banyak cerita yang ganas-ganas. Watak dalam WWE sekarang aku tengok macam skema jek. Tapi tu pada pandangan aku jela. Lain orang lain dia punya taste. Rasanya zaman The Rock dengan Stone Cold la paling cool. Heh!

Kali ni, aku senaraikan nama ahli gusti paling cool sepanjang hidup aku. Ahakz! Senarai ni ikut selera aku jek lah. Selera orang lain ye lain. Hehe…

1. Stone Cold Steve Austin.

Bunyi kaca pecah menandakan mamat ni datang. Imej kepala botak, badan tak lah tinggi sangat berbanding ahli gusti lain dan suka pegang tin. Paling seronok dia punyer smack. Tendang tut musuh, kemudian hentak kepala musuh dengan bahu. Nampak simple tapi musuh tu terguling-guling bertempiar. Agak-agak la kalau nak buat show pun. Haha.

2. The Rock.

Kalau dia ni, aku suka masa dia datang. Lagu "If U Smell" memang ditunggu-tunggu. Kalau satu episod tu takder The Rock, rasa kecewa giler. Rasa rugi jek tahan mata tengok tv. Seingat aku, dia pernah buat Rock Bottom dekat Big Show. Peh! Kesukaan aku bila tengok. Masa kecik-kecik lah, dah besar suka biasa-biasa jek. :P

3. The Undertaker.

Yang ni memang femes. Gaya macam setan hidup. Pastu suka julingkan anak mata sampai hilang. Kecik-kecik aku takot lah. Dah besar haram aku gelak-gelakkan jek dengan member. Sekarang orang tua ni masih aktif lagi dalam WWE. Ubat apa dia makan aku pun tak tau lah. Teh misai kucing kot.

4. Goldberg.

Goldberg aku minat sebab badan dia smart dan besar. Pastu gaya pemusnah dia jenis sondol perut orang guna bahu. Memang giler la. Kalau aku kene kompom terberak. Takpun tercirit sikit jek.

5. Rikishi.

Haha… Kalau kena selet dengan punggung dia memang termuntah lah. Eeee… Geli giler kalau bayangkan. Hak3! Sekarang ni entah kat mana la mamat nih hidup.

6. Triple H.

Dia ni kira paling macho lah konon-kononnya di kalangan ahli gusti. Smack dia senang jek, kepit kepala lawan celah kangkang, pastu hentak ke bawah. Takderlah power mana pun cuma bila member aku buat kat aku, bapak sakit. Hehe..

7. Kane.

Dulu pakai topeng, sekarang dah tak. Mamat ni besar gak. Gaya setan-setan. Hehe…

Orait, tu jek lah aku nak cerita pasal ahli gusti WWE yang aku minat. Sekarang aku dah kurang layan WWE, aku lebih layan Ultimate Fighting Championship (UFC). Yang ni real punyer. Tengok diaorang sepak terajang memang style!

Comments

Nadiene said…
wakaakaka. aku menyampah tengok coz banyak cakap, poyo jew,, ohooOHOHoHo..
ayisy said…
fid, hehehe.. Kalau kita faham diaorang cakap mesti best. Takpun diaorang cakap bahasa Melayu, mesti gempak! Hahaha..
Mdm. Love said…
hehe..ske gak tgk wwe..dlu ske sgt,tp skang da kurg..ayah n nnek je msih ngn hobi die..tgk wwe
ayisy said…
akudansesuatu, peh! ayah dan nenek tu. Sporting lah. Hehehe..
fndrocka said…
the rock dgn stone cold mana lagi heh-bat di gelangang mahupun di ranjang?huuuu. dua-dua ada berlakon movie..tapi stone cold macam tak reti sgt berlakon.the rock reti gak lak melawak-lawak skiet2
ayisy said…
fndrocka, hahaha.. gelanggang beb! stone cold aku tak tau la plak dia ada berlakon kat cerita. tapi The Rock mmg pandai berlakon kat filem. :)
Anep Cenation said…
kalau skrg neh . takde JOHN CENA , RANDY ORTON mmg bosan laa .
btw aqu suke wwe yg ad story line merapu neh . aqu biase ikut story line jek , yg lwn2 uh tgk ar kalau yang lwn uh best macam JOHN CENA , RANDY ORTON , NEXUS , EDGE , kira yang femes larh .
zizie said…
banyak ahli gusti dah bersara la bro..,,umur dah tua tak larat nk gusti.,,hehe..,,tu yg tak best tuh mcm dulu..,,mcm the rock sibuk berlakon filem.,,tapi sekarang muncul ahli gusti generasi baru mcm joth cena ,brooker T dan lain2..,,

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???