Sunday, 21 June 2009

What The Hekkk My Room???

*abaikan tangan kucing di atas, die cume sedang dalam kemarahan yang amat!

Sebelum aku memulakan kata-kata Hot&Spicy aku, aku nak tanya korang semua. Apa perasaan korang bila ada orang tumpang rumah, tempat tinggal, atau bilik korang pastu blah dengan meninggalkan rumah atau bilik korang dengan keadaan macam **&^%*. Sebelum diorang datang rumah@bilik korang, korang punya la bersungguh-sungguh kemas dan bersihkan itu ini. Tapi lepas diorang tumpang, habis bilik korang bersepah dengan sampah dan bekas makanan yang tak dibersihkan. Paling *&&%* bila ada barang korang yang hilang. Aku yakin kalau keadaan ni terjadi pada korang, mesti korang menyumpah seranah sambil memasukkan jampi Jawa@keliwon kan? Hehehe...

Sebenarnya aku cakap camni ada sebabnya. Tadi petang aku selamat sampai ke Kuala Lipis setelah hampir 6jam perjalanan dari Johor dengan menaiki kereta api KTM(Keretapi Terlaju Malaya). Hahaha.. Nyampah aku dengan KTM yang tak habis2 delay. Buang karen jek aku tunggu dekat stesen kereta api.

Bila aku masuk jek bilik aku...What The Hekk??? Sampah bertaburan di depan pintu bilik, banyak beb, bukan sikit. Lepas tu, aku ternampak roti basi, jem basi dengan gula pasir bersepah kat atas meja study aku. Panas beb hati bila tengok bilik kita macam tu. Pastu aku nampak ada bekas air tumpah kat lantai dengan bersemut. Cilaka betol la. Dah tumpahkan air tak bersihkan. Pastu plug extension dan hanger aku hilang. Kemon la wei... Takkan dah besar tak pandai jage barang orang.. Bapak tak ajor ke??? Aku pun pening tak tau nak salahkan siapa. Mungkin yang buat peserta KDC, penyelia asrama dan mungkin salah aku sendiri kerana terlalu berniat baik meninggalkan barang dengan harapan takkanlah hanger orang nak curik.

Tapi benda dah nak jadik kan. Biar jela. Papepun, aku halalkan plug extension tu sebab kalau aku tak halalkan kang tak pasal-pasal meletop extension tu. Silap-silap boleh terbakar rumah@bilik orang yang amik tu. Hak3!!!

Jadi, aku nasihatkan lah kat korang, kalau nak buat baik, pikir-pikir la dulu. Buat jahat bila orang buat jahat kat kita. Hik3!!! Jangan tiru sudahhh...

2 comments:

Nur Hidayah said...

haha..biase lah,,
yaya pon slalu hangen gak..
dyorg mmg suke curi hanger la..
bknyer mhl pon..
xkn xmampu..
hehe..
KDC...KDC..

.sHaZa. said...

hee..mst bengang thp cipn kn..
^_^
btw..sal tagged tu kn..
k0 juz menkn lgu kat wind0w media player..
then bile nk jwb ques 1st tu..tgk lgu pe yg k0 tgh denga skunk..
then nk jwb ques 2nd,k0 klik butt0n next kat wind0w media player tuh,n tgk plak lagu pe k0 denga..ha xkire la ans tu xseiring dan xsejaln ngn ques tuh..
hee...xde m0tif pn..
juz 4 fun..
bile k0 bce blk mst cam pelik + lawak..
hee..trust me..

^_^