Tuesday, 2 June 2009

Telefon Bimbit Zaman Renaissance.

Gambar di bawah merupakan koleksi telefon bimbit keluargaku yang tinggal sejarah. Keluargaku mula membeli telefon bimbit pada tahun 1996-1997 berjenama NEC di sebuah kedai dekat Summit Parade. Aku ingat lagi masa nak beli telefon tu, aku dan keluarga aku sanggup pergi Batu Pahat dari Mersing (masa tu aku dok Mersing) semata-mata nak beli telefon bimbit tu. Masa zaman tu, aku jakon giler tengok telefon bimbit tu, walaupun besar gedabak macam botol air berbentuk telefon bimbit, tapi aku rase tu la telefon yang paling terkecik di dunia. Keh3!!!
**************
Lepas ayah aku beli telefon tu (harga aku ingat dalam rm600 gitula) bukan terus boleh pakai beb. Kene tunggu sehari dua baru boleh daftar kat Celcom. Lepas daftar, siap kene test2 kol orang plak tu. Macam-macam lah macam nak beli kereta plak. Kui3!! Telefon tu ada fungsi speed dial, jam, penyimpan nombor telefon dan keypad lock. Skrin hitam putih petak-petak macam game yang beli kat pasar lambak tu...
**************
Kemudian, pada tahun 2000 kalau tak silap, ayah aku beli handphone baru berjenama Siemen.Handphone tu kecik giler berbanding yang mula-mula beli dulu tu. Tapi fungsi biase-biase jek. Cuma ada SMS. Yang lain lebih kurang macam yang dulu cuma lebih kecik la macam handphonezaman sekarang.
**************
Pada tahun 2002-2003, ayah aku beli handphone baru berjenama Sony Ericsson. Kecik gilerhandphone tu, aku rasa takder handphone sekecik tu walaupun handphone zaman sekarang. Jadi, aku selitkan la sedikit gambar handphone-handphone yang telah menjadi sejarah.Hehehe...

Sony Ericsson, handphone terkecik dalam keluarga aku.

Siemens

dari kiri: NEC, Siemens dan Sony Ericsson

Handphone baling anjing boleh mati!

2 comments:

fafa said...

zaman renaissance fon pon belom cipta lg ar!
auta jer entry nih
:P

WaNnY said...

ahaha...i have that NEC one before ;D