Thursday, 18 June 2009

Buah Hati Baru: G-Shock Mudman Military G-9000MS-1

Sebelum aku menulis artikel ni, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang member paling baik aku (Firdaus) sebab sudi memberi pendapat dan menemankan aku ketika membeli jam kejut-G baru aku ni. Alhamdulillah, selama 5 lima bulan aku mengumpul duit kerana mengidam untuk menambah cawangan baru masa cuti bulan 6 ni. Hehehe... Kesian dekat G-Shock Polygon Slim Series aku ni sebab terpaksa bermadu dengan bini baru aku iaitu G-Shock Mudman G-9000MS-1. Huk3!!! Mesti meleleh air mata G-Shock lama aku tu tengok tuan dia dah ada buah hati baru. Hehehe... Jadi, jom ikuti perbualan aku dengan Daus semasa hendak membeli jam G-Shock ni The Summit Parade BP.

Babak Pertama.

Sedang aku berjalan-jalan dengan kawan aku, tiba-tiba semasa aku melintas di sebuah kedai menjual jam tangan, tergerak hati aku untuk memasukinya.

Ayisy : Eh, jap. Aku nak usha jam baru la.
Firdaus : Jom.
Salesgirl : Mahu cari jam macam mana?
Ayisy : Emmm... Boleh tengok jam tu tak?
Salesgirl : Boleh... Ni G-Shock special edition punyer.
Ayisy : Jam ni, berapa you boleh kasik harga?
Salesgirl : Yang ni I bagi you rm335.
Ayisy : rm335? rm 290 boleh tak? (aku ckp camni sbb dah usha kat ebay)
Salesgirl : Tak boleh la. Ini special edition punyer. Memang rm335. Tak boleh kurang lagi.
Ayisy : Emm.. Takpe lah. Thank you.
Salesgirl : Ok.

Babak Kedua.

Lepas keluar jek daripada kedai tu, aku pun sambung aktiviti berjalan-jalan bersama Daus. Tiba-tiba baru aku perasan yang aku tengah lapar. Jadi, aku mengambil keputusan untuk makan di Pondok Pizza. Apa? Pondok Pizza? Mende tu? Pizza Hut laa mak cik. Hehehe...

Ayisy : Aku lapor la. Makan yok.
Firdaus : Jom..
Ayisy : Kau nak makan kat mana? Kat Luar Summit atau dalam Summit?
Firdaus : Suka hati, aku layan jek.
Ayisy : Jom Pizza Hut?
Firdaus : Jom...

Lepas jek aku dan Daus menjamu selera di Pondok Pizza, aku terus pergi ke kedai jam satu lagi. Nama kedai tu Classic Hour, lebih style la berbanding kedai tadi tu. Pilihan pun lebih banyak. Boleh juling mata beb kalau tengok. Mula-mula aku dah set nak beli jam G-Shock, tapi ntah camne boleh terpandang sebuah jam jarum bertali kulit (Casio Edifiec). Smart giler beb. Harga dia kasik rm270. Lagi murah daripada G-Shock Mudman yang aku nak beli. Kedai tu letak harga mahal sikit untuk Mudman yang aku minat, dia taruk harga rm340. Tapi aku lebih suka yang kat kedai ni la pasal nampak kemas dan official sikit. Hehehe... Pastu aku mintak dia keluarkan dua-dua jam yang aku pilih iaitu Casio Edifice dan G-Shock Mudman.

Ayisy : Mana lagi smart ahh?
Firdaus : Yang ni lagi smart (Casio Edifice). G-Shock sporty la.

Salesgirl : Yang ni boleh pakai untuk jalan-jalan, jumpa amoi, pakai dengan kemeja pun smart. Kalau G-Shock untuk sporty dan lasak.

Ayisy : Aiseymen, nak beli mana satu ni ekk Daus?
Firdaus : Kau beli ikut pilihan asal kau la.
Ayisy : Pilihan asal aku nak beli G-Shock ni.
Salesgirl : You ambik ni la (Casio Edifice), nampak lagi smart. Boleh pakai untuk macam-macam.
Ayisy : G-Shock ni rm300 boleh?
Salesgirl : Aiyoo.. Jauh sangat tu.. rm340 you ambiklah.. Ni special edition punyer.
Ayisy : I beli bukan nak special edition tp sebab lawa. (dalam hati).
Salesgirl : Ok la, I bagi you rm338, ok?
Ayisy : Jap, pikir jap.**********
Firdaus : Peh.. Smart-smart.. (ayat macam psiko)
Ayisy : Tak la. Aku dah lama kumpul duit nak beli ni. Dari bulan 1 lagi.
Ayisy : emmm... Ok lah. Saya amik yang ni (G-Shock).

Hehehe.. Akhirnya dapat juga aku beli buah hati baru aku ni. Usaha aku kumpul duit selama 5 bulan berbaloi juga kerana apa yang aku impikan tercapai. Jadi lepas ni boleh la aku mencapap kat Batu Pahat. Hak3!!! Peduli la apa orang nak cakap, G-Shock out of date ke ape ke, janji gua puas beb. Babai!
*artikel ini ditulis bukan untuk mencapap, tapi sebahagian teknik SEO yang aku cuba lakukan. Keh3!!! Berangan jek aku ni.

Tu dia buah hati baru aku... hehehe..

kotak sebelah jam tu aku ngat nak buat tabung la... boleh beli jam baru akhir tahun ni kan??? hihi..

g-shock a.k.a kejut-g

rupa g-shock yang sungguh mengiurkan... :p

10 comments:

.sHaZa. said...

hee..
memg smart ur new aweks tuh..
c0ol..
^_^

.sHaZa. said...

aku blaja kat uitm perk..
h0h0,.
merantau jup

Nur Hidayah said...

hehe..thanks tempek award tu..hee nice jam..

Nur Hidayah said...

lappy yaya msuk sepital sbb otak dy da jam..heee..nk beli bru tunggu sape2 yg yg terlalu byk duit la hadiahkan..heee

AzwaZynal said...

haha mane ko ajk..mbe ko asek jom je erk..kwn mithali tol..

Anonymous said...

Salam, smart gak a..cuba cari G-shock C3, special edition titanium.Dasat+gempak beb!

ayisy said...

w.salam. G-shock C3 mmg style dan nampak moden. Skrg tgh dok pk nak beli G shock klasik DW 5600e plak. Hehehe..

pau said...

bro camne aq nak tau beze g shock or ngn ciplak

aq nk angkat G 9000 3V ni

bole tolong ark

please..

ayisy said...

pau, Bro, nak tau ori ke tak kita boleh lihat pada jam tu. Bg aku, kalau yg tak ori, buatannya tak kemas, potongannya nmpak kasar, font tulisan pun tak halus. Nak senang tgok jek yg kat pasar mlm, mmg tak ori.

Kalau takut kene tipu, bro boleh mintak tolong kwn yg tahu pasal jam teman beli. Selalunya jam ori casio siap dgn waranti setahun, buku manual.

Takpun bro bleh beli kat kedai jam yg dipercayai mcm City Chain. Bg aku, kdai jam yg besar2 dan byk jual jam berjenama mahal, akan jual jam yg ori sahaja.

Ataupun bro tanya otai jam untuk malklumat yg jelas mcm http://detikduabelas.blogspot.com/ dan http://duniajam.blogspot.com/. TQ :)

Mohd Sharilbun said...

Ada lg tak jam mudman nie jual skrg? Teringin la nk beli...