Kenapa Saya Suka Wallpaper Saya?

Peraturan:

1) Anda perlu "PrintScreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang.

2) Beri tahu mengapa anda suke "wallpaper" anda itu.

Sebab kenapa Ayisy suka wallpaper a.k.a kertas dinding ini adalah kerana... Senang cerita la. Ianya berwarna hitam, ada graffiti dan style! Warna hitam menyebabkan laptop Ayisy nampak cool. Graffiti tu plak mengingatkan Ayisy kepada zaman persekolahan di mana zaman tu orang tengah giler Hip Hop. Ingat lagi masa time sukan kalau tak silap, abang-abang senior battle breakdance kat gelanggang. Cool giler bai! Sama macam kat tv. Respect beb! Pastu semua dok layan lagu rap cam Too Phat, Jay-z..bla3... Sampaikan Ayisy pun boleh terpengaruh dan cuba mempelajari skill menari breakdance. Hehe.. Tapi Ayisy paling hebat pun boleh buat Turtle jek, tu pun sampai nak terberak masa buat.

Gambar rail kereta api tu takda kena mengena dengan kereta api KTM yang aku naik ehh. Sory sikit.. Jangan perasan la KTM oii yang suka delay-delay tu. What the shame?

Haa.. Cuba tengok kat sebelah kanan dekstop tu, ada Yahoo Widget tuu. Bangga siot! Dah lama Ayisy downlod tapi baru semalam guna. Dulu masa RAM 512mb, mak aihh.. Sampai tersedak-sedak laptop Ayisy dibuatnya. Tapi takper, itu dulu. Sekarang Ayisy dah upgrade RAM kepada 2gb. Ingat nak sumbat 6gb, tapi motherboard tak support la plak. Hensem dan nampak canggih jek letak benda alah ni kat dekstop. Tapi yang tak syoknya, mak datokk.. Mentekedarah RAM betollah Yahoo Widget ni. Nak cantik punyer pasal, layankan jek lah YW ni. Siapa-siapa yang laptopnya hanya mempunyai 512mb of RAM, lupakan jela hasrat nak pasang benda ni. Kalau korang tak kisah laptop korang terkencet-kencet keluar taik kuning..why not?

*kepada sesiapa yang berkata dalam hatinya “menda la Ayisy masih pakai Windows Xp, tak maju betol”. Aku akan cakap kat korang balik “Windows Xp. Dulu..Kini dan Selamanya..”. Ayisy merupakan salah seorang kipas tak mati-mati Windows Xp.! Wowowo...

**ini merupakan tag daripada Idayu. Terima kasih diucapkan. Mintak maaflah kalau Ayisy tukar tag tu kepada entry. Tersedap menulis sampai jadi entry. Hee... :)

Comments

diba said…
ooo...itam cool ek
bole la..huhu
.ShazaSulaiman. said…
wallpaper k0 byk semart laa..
de grafiti bgai..
hee..
^_^

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???