Hari Paling Ngeri:Pembedahan Gusi


Salam semua. Sejak dua tiga hari ni, aku mengalami sakit gigi geraham yang amat sangat. Huk3! Selama ni, aku tak penah kene sakit gigi sesakit hari ni. Pagi tadi, aku nekad! Aku nekad nak pergi klinik pergigian kat Batu Pahat. Jadi, aku bertolak dari rumah seawal jam 7.15 pagi beb. Giler awal semata-mata tak nak kene menunggu giliran lama-lama. Tapi nasib aku tak baik pagi tadi. Punyer la semangat aku pergi awal-awal pagi, tapi rupenyer Jalan Rahmat(jalan utama nak pergi klinik) tu ditutup oleh polis. Adoiii! gigi dah sakit ni, jalan pun sakit gak. Jam panjang giler! Nasib baik aku bawak motosikal, boleh aku mencilok sambil mengasah bakat mencilok aku yang kurang baik ni. Keh3! Jadi, aku pusing ikut jalan lain. Mula-mula aku pikir nak ikut jalan sebelah Summit Parade tu, tapi lepas sampai simpang nak masuk Jalan Rahmat tu, rupenyer ada polis halang jugak. Waduh2 wak, kok diblok jalan utama Batu Pahat ini wak. Gue sudah sakit kok kue blok jalannyer... Jadi, tanpa membuang masa, aku mengambil tindakan drastik! Aku ambik jalan jauh dengan berpusing seluruh Bandar Batu Pahat bermula dengan Jalan Kluang---->Jalan Bakau Condong---->Jalan Nak Pergi Bustand----->Jalan Berhampiran Jalan Rahmat---->Jalan Rahmat---->Jalan Mohd Khalid----->dan akhirnya Klinik Pergigian Batu Pahat!!! Yeeehoooo!!!
Giler! Dua kali round Bandar Batu Pahat, siap singgah isi minyak dulu tu...

********************************************************************

Masuk jek klinik tu, aku dah cuak semacam tengok muka nurse-nurse kat situ. Rileks beb, rileks beb... Kecuakan aku hilang seketika apabila disapa mesra oleh doktor@nurse di kaunter pendaftaran. Hehehe... Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, tapi orang dah agak ramai. Tak samapai 10minit, tibala giliran aku masuk bilik rawatan. Gigil gak beb masa masuk bilik tu. Pastu ada seorang doktor panggil aku dan suruh duduk di satu kerusi. Bila aku baring jek dan nampak lampu kat atas, aku dah start gigil balik. Cool beb, cool beb... Pastu, doktor tu tanya kenapa? Aku pun jawab la gigi aku yang ditampal pecah dan gigi geraham aku sakit. Masa dia check, aku dapat dengar dia cakap "karies...karies". Arggggh! Sah gigi aku rosak! Huk3! Dalam hati aku kata 'Penipu punyer berus gigi Oral-B Cross Action, kata boleh buang plak!' Pastu doktor tu cakap, gigi aku perlu ditampal dan gigi geraham tu kene cabut. Tapi kene buat salah satu hari ini. Jadi, aku cakap cabut gigi geraham dulu la sebab tengah sakit giler.

********************************************************************

Kemudian.. Saat-saat mengerikan sudah tiba. Aku tengok doktor tu amik alat pembius. Mak oiii, besor giler! Tapi mase die bius, tak sakit sangat pun. Huhu.. Selamat aku. Tapi lepas lima minit tunggu, aku tak rase kebas sikit pun. Doktor tu tekan-tekan gusi aku, aku rase sakit. Doktor tu pun bius aku sekali lagi. Peh! Dalam badan aku ni ada jin ke sampai ubat bius pun tak berkesan. Hampeh tol la.. Lepas lima minit, baru aku rasa kebas kat bahagian mulut aku. Fuh! Selamat sebab ubat bius berkesan. Hehehe..

********************************************************************

Tiba-tiba, aku nampak doktor tu pegang playar macam playar nak bukak skru motor! Giler ahh! Mati aku kalau camni. Tapi takper. Rileks-rileks bak kata orang puteh. Masa die nak cabut gigi geraham aku tu, aku rasa beb ada benda tekan-tekan dan tarik-tarik gigi aku tu. Fuh...Cuak beb. 5minit----6minit----10minit----15minit-----20minit----gigi aku tidak berjaya dicabut. Aku dah mula takot giler. Apesal tak boleh dicabut? Terlebih kalsium ke? Ah sudah... Doktor tu pun pening kenapa tak bleh dicabut. Akhirnya, doktor tu nak buat x-ray gigi aku. Alamak! Adakah gigi aku berada di dalam keadaan kritikal? Aku dah mula pikir bukan-bukan... Lepas x-ray, haaa! Patotla gigi aku tak bleh cabut, rupenyer gigi geraham aku ada satu belum tumbuh dan menghalang gigi yang nak dicabut tu... Adeh... Camne bleh jadi macam ni. Huk3!!!

Doktor tu cakap kat aku, kenen buat pembedahan. Apa?? Pembedahan? Aisey men... Gigil lutut beb dengar perkataan pembedahan. Takper-takper, kental beb, kental! Doktor tu bagi aku surat untuk aku tandatangan membenarkan pembedahan dijalankan. Jadi aku pun tandatangan la. Dalam hati, apa nak jadi, jadi la.

********************************************************************

Mase doktor tu cucuk pisau bedah tu, rasa pedih gak la. Masa kene bedah tu aku tak tahu la doktor tu wat ape. Last-last die jahit balik gusi aku tu. Hehehe.. Seram beb... Nampak benang tu ditarik-tarik. Huuuu.... Lepas die kasik ubat, kapas dan antibiotik, aku dibenarkan pulang. Mulut masih kebas lagi tapi aku kuatkan hati bawak motor tu. Takot gak kalau-kalau pitam ke, pengsan ke masa bawak motor tu kan. Akhirnya selamat gak sampai rumah. Huuuu...

********************************************************************

Jadi, setakat ni jela aku nak cerita untuk hari ni eh... Hari Paling Ngeri:Pembedahan Gusi

Comments

naz. said…
ngee.
free keppa ko operate gusi nyh?
haha..
lawak la cte ko ni..
cam bdk2 kecik!! :-p
Anonymous said…
fuyoo....
tringat zmn cek2 gigi kt skola...
haha
Anonymous said…
This comment has been removed by the author.
lieeen said…
nsib bek la gigi ak tak mengalami laalah sgt, tampal2 jer. seram ar tgok dental punye peralatan.eieieiee
Anonymous said…
haha
nasib baek x nanges
:P

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???