Apabila Ayisy Beromongan Tentang Antivirus Pilihan Hatinya.


Baby Please… Love Me..Loooovee Meee…! Dah3! Cukup la tu Ayisy. Lu ni giler bayang ke apa bro? Ok! Hari ni Ayisy rasa nak kongsi satu tajuk yang dah lama terpendam dalam kepala hotak ni. Huhu... Korang yang ada blog ni tahu guna komputer kan? Dan apabila pandai guna komputer, sudah tentu korang semua tahu apa itu Antivirus. Tahun lepas, kawan-kawan Ayisy sibuk nak beli Antivirus selepas banyak kes komputer dan laptop kawan-kawan kitaorang kena virus. Maklumlah, kalau dah namanye kena virus, nak tak nak format jela kalau nak selamat. Kalau tak nak selamat, korang boleh membiakkan lagi virus-virus tu dalam komputer sehingga menjadi penternak virus berjaya. Bila virus dalam komputer korang dah beranak-pinak... Hahaha... Siap sedialah kumpul duit untuk baikinya atau beli komputer baru terus! Huuuhuu! Lupa plak, sebenarnya Ayisy tengah dok pikir nak beli netbook yang cute tu.. Huhu.. Tapi bajet takder la… Takper-takper, kau kan belajar kat Kuala Lipis, jadi kau mesti boleh kumpul duit punyer. Setakat nak kumpul rm1500, pejam celik jek kau boleh kumpul kan..kan..kan.. Ayisy?

Ayisy nak cerita sikit pasal jenis-jenis Antivirus yang pernah aku pakai. Sejak mula kenal komputer sampaila dah ada laptop sendiri. Kalau korang nak tau, punyer la bengap Ayisy ni masa kecik-kecik dulu, dia ingat AVG tu jela satu-satunya Antivirus kat dunia ni. Hua3! Kalau orang bebual pasal Antivirus jek, Ayisy akan cakap AVG dengan nada bangga dan bajet asler IT. Tapi nasib baik la Ayisy diberi petunjuk bahawasanya banyak lagi jenama Antivirus di dunia fana ini. Hahaha.. Paisey giler.

Oklah, tanpa membuang masa, Ayisy nak kongsi dan memberi pendapat apakah jenama Antivirus yang terbaik bagi diri Ayisy sendiri. Buat masa ni, Ayisy nak cerita dulu Antivirus yang free dulu sebab rata-rata pengguna komputer Malaysia ni menggunakan Antivirus percuma. Ramai orang kata Antivirus percuma ni tak boleh pakai la, tak bagus la, tak dapat detect virus la dan macam-macam lah. Ayisy dulu pun berpikiran macam tu jugak dulu-dulu kala. Siap dok ngutuk member yang pakai Antivirus percuma tu. Sian die kan. Poyo giler aku ni. Tapi selepas lama berkecimpung dalam dunia IT ni, baru aku sedar setiap produk Antivirus tu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing walaupun aku sebenarnya bukannya expert sangat IT ni. Setakat pandai taip-taip, main game, dengor lagu, surf internet...Tu jela yang Ayisy tau. Hehehe...

1. Avira

Pertama sekali. Antara Antivirus percuma terbaik pada pendapat Ayisy setelah menggunakannya hampir setahun adalah Avira. Huuhuu! Why? Kenapa? Kenapa Ayisy pilih Avira? Senang jek jawapannya kerana ia berkesan dan mudah digunakan serta ringan. Sejak Ayisy guna Avira ni, memang selesa la. Update ok. Kadar mengorek virus di celah-celah fail aku baik sekali. Dan yang paling penting sejak aku guna Avira, laptop aku tidak pernah kondem akibat diserang virus. Hehehe... Ayisy baca-baca dekat website dan forum pun ramai orang bagi nasihat suruh guna Avira. Sekarang plak, Avira dah keluarkan versi terbaru siap dengan antispyware skali. Huuhuu! Pasni takde la orang nak skodeng laptop Ayisy tanpa kebenaran. Kih3!!! Jadi.. Sapa-sapa yang dah gatal nak pakai Avira, boleh download kat sini. Tapi korang jangan salahkan Ayisy plak kalau berlaku apa-apa terhadap laptop korang yek. Peace!


2. Avast

Seterusnya.. Hak3! Pehal la lu ni Ayisy. SPM dah habis la wey. Masih lagi buat karangan macam SPM. Takper.. “Forget It!” (sebut dgn intonasi macam Laura eh). Hak3! Ok, Antivirus percuma kedua terbaik pada pendapat Ayisy la, jatuh kepadaa... Avast! Caution! The virus has been detected! Hahahak! Memang masyuk dia punya sound bila dapat kesan virus. Avast ni merupakan Antivirus pertama dalam laptop Ayisy.. Ayisy pakai dalam setahun gak la sebelum laptop dimakan virus sampai jahanam. Tapi Ayisy tak galakkan la pakai Avast sebab pening sikit la dia punya menu tu. Macam DVD player. Walaupapepun, kalau korang nak guna gak, guna la sebab Avast pun ok. Nak download, klik sini.


3. AVG

Antivirus ketiga terbaik pilihan Ayisy plak ialah AVG Antivirus. Dulu syok beb pakai AVG sebab interface dia cantik dan nampak macam antivirus yang dibeli. Sebenarnya, bagi Ayisy, AVG ni untuk orang yang pakai komputer untuk buat kerja jek dan bukan untuk penagih tegar internet. Atau dengan perkataan lain, AVG tidak sesuai digunakan oleh insan-insan bergelar blogger, penyedut filem, lagu, video, software dan sebagainya. Sebab kenapa Ayisy cakap camtu, sebabnya ialah AVG ni kurang sikit bab detect mendetect virus. Tapi tu bagi Ayisy je la. Ada orang lain cakap bagus. Jadi, terpulang. Lagipun benda ni kan percuma. Nak kondem banyak-banyak pun tak guna sebab orang dah bagi free. Lain la kalau beli berpuluh-puluh ringgit. Huhu.. Nak download AVG? Klik sini ha.

So, apa pilihan korang plak???

*sory la wei kalau Ayisy dah 2hari tak update blog ni. Sebabnya Ayisy dah dua hari kena selesema. Nasib baik selesema biasa. Kalau selesema babi? Tak ke naya. Tak pasal-pasal IPGM KTAA (IPTAA) dapat cuti seminggu. Hahaha.. Dan akhir sekali, kalau sempat, Ayisy akan cerita apa jenis Antivirus yang kene bayor pilihan hati Ayisy.

Comments

naz. said…
haha pilihan hati aku adelah kaspersky..
tp nk update die agk lmbap sket lah..
nk donlod antivirus besh g kart katz.cd..
aZRi aZLaN said…
komen sket ley?
kejap ayisy, kejap aku. mana 1 nih? guna 'aku' pun ok sbb kita doa pun guna 'aku'...

aku guna avast. ok sgt3. tp asal ko ltk no 3? hahaha...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???