Review Filem Gadoh




Aku tak pasti sama ada aku sudah terlambat untuk review filem "Gadoh" ni atau tak. Filem ni dah lama gak dan aku dapat tahu melalui sebuah blog beberapa bulan lalu. Aku tak pasti filem ni ada tak kat wayang. Nasib menyebelahi aku entah macam mana member aku ada simpan filem ni. Jadi apa lagi layan la beb. Dah lama aku nak tengok cerita ni. Sebab kenapa? Sebab filem ni menggambarkan realiti sebenar dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Sinopsis boleh baca di sini.

Cinta-cinta tak main la dalam filem ni. Lawak bodoh pun takder. Yang ada cuma adegan dua kumpulan pelajar samseng berketurunan Melayu dan Cina, semangat perkauman yang tinggi, pelajar yang sering dibuli, guru yang tidak berwawasan, guru yang berwawasan, kerenah birokrasi dan dua insan yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan ini.

Filem ni memang kasik bakar la siapa yang tengok. Unsur-unsur perkauman ditunjukkan dengan jelas dalam filem ni. Tetapi bukanlah ditunjukkan untuk membakar semangat perkauman sesiapa yang menonton, cuma nak beri pengajaran sahaja. Kerenah birokrasi, kabel-mengebel (bahasa pasar) dan bodek membodek orang atasan untuk mendapat pangkat ditunjukkan dalam filem ni. Sikap sesetengah guru yang tidak berfikiran jauh juga ada.

Antara dialog yang terdapat dalam filem ni yang bikin panas telinga antaranya ialah:

"orang Melayu tak hormat orang Cina punyer"
"semua orang dalam sekolah ni bodoh"

Sebenarnya banyak lagi dialog yang berunsur perkauman dan panas sampai aku pun terfikir dua tiga kali nak tulis ke tak dalam blog ni. Kang kalau tulis tak pasal-pasal kena ban blog aku ni. hehehe...




Kesimpulan, aku rasa filem Gadoh ni wajib ditonton oleh guru-guru sekolah, pelajar-pelajar mahupun seluruh rakyat negara ini. Serius aku cakap. Sekian terima kasih. Peace!

Comments

amalina wahida said…
actually dh tgk lama dh citer nih..
yup! mmg bleh kene ban blog kmoo kalo tulis dialog2 tuh.. huhuhuhu!!
Mr.J said…
Citer menarik mengenai kenyataan Penduduk Malaysia.

www.pengeRindu.com
ayisy said…
amalina wahida, wah, tengok kat mana? tapi apa yang terkandung dalam filem ni adalah kenyataan. Memang terjadi dalam masyrakat kita. Saya pun pernah dengar dialog kurang ajar ni daripada mulut orang masa zaman sekolah dulu. :)

Mr. J, orait bro. :)
amalina wahida said…
yup2 mmg citer nih realiti.. n still berlaku lg kt sek yg campor2... amal tgk dari membe.. tatau mana dia download.. lama dh citer nih n rasanya citer nih kat cinema limited.. juz ada kat gsc mid valley.. sama kes ngan citer karaoke rasanya...
ayisy said…
amalina wahida, sekolah saya dulu biasa gak Melayu dengan Cina gadoh. Huhu...

Cerita karaoke? Aiseh, camne boleh terlepas pandang nih. hehe.. kene carik gak nih.
amalina wahida said…
ayisy.. filem karaoke tuh bru nk dtygkn.. yhis disember rasanya.. tp hnya ada kt gsc mid valley..
skieyn said…
filem nie sangat lantang.. sape2 yg tgk memang akan terasa pedas terutamanya pihak atasan..
ayisy said…
amalina wahida, oh... tapi takper, budak2 mesti ada failnya. hehehe..

nurul sakinah, memang lantang dan patut ditonton oleh mereka. bagi mereka pengajaran yang sewajarnya. huhu...
Nadiene said…
this comment has been removed by SKMM
Nadiene said…
mi, t ko dah balek kite p mlake r, apehal2 contact maxis aku
ayisy said…
fid, orait beb.
dfsdf said…
cite nie best...smmgnya rakyt malaysia mcm2...realiti kehidupan
ayisy said…
roslina, mmg best dan kasik bakar. Hehe... Filem ni takder hipokrit macam cerita lain.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Barang Made In ???